Ads Top

Hanya Orang Yang Pandai Menulis Boleh Berblog!


Betul ke? Korang ingat aku pandai menulis ke? 

Aku dalam kalangan yang menulis biasa biasa je. 

Kalau aku pandai menulis, rase nye aku dah ade novel atau buku sendiri agaknye. (Walaupun aku bercita cita satu hari nanti aku ade eBook aku sendiri haha)

Pada aku nak mulakan blog bukan perlu pandai menulis. Tapi perlu MINAT MENULIS.

Kalau tak minat menulis tu susah sikit nak tolong. Kecuali korang boleh bayar penulis setiap kali nak letak post kat blog. Itu cerita lain.

Blog bukan kertas jawapan karangan Bahasa Malaysia. Yang itu aku pasti.

Kat blog korang boleh tulis apa apa yang korang nak dengan gaya penulisan tersendiri. Tiada format. Tiada betul atau salah. Cuma pastikan kita bertanggungjawab terhadap apa yang kite tulis.

Rahsia untuk berjaya dalam penulisan adalah banyak kan menulis.

TULIS. TULIS DAN TERUS TULIS.

Macam tu lah latihan untuk jadi blogger yang berjaya. Bukannya belajar menulis dulu baru start blog. Tapi blog dulu dan belajar cara menulis sepanjang berblog.

Setakat ni aku sedang cube dua gaya penulisan.

Separa fakta dan santai.

Kat blog ni aku tulis dalam gaya santai. 

Kat blog wikicara aku tulis dalam gaya separa fakta (formal).

Aku pun masih belajar.

Dan terus belajar.

Aku harap semua orang akan terus memberikan yang terbaik dalam blog korang :-)

Berblog itu sendiri sebenarnya adalah satu proses pembelajaran. 

Macam aku..

Aku belajar bukan bidang komputer pun..

Tapi aku minat bidang ni..

Aku belajar dan terus belajar..belajar kod HTML sikit..belajar menulis..belajar marketing dan lain-lain lagi..

Pada aku..memulakan blog kita takkan rugi apa-apa pun..Mulakan blog korang sendiri..tulis sendiri..rasakan menjadi seorang blogger. Kalau dah maju kemudian hari, barulah boleh outsource kerja-kerja lain..bukannya awal-awal dah outsource..

Itu pendapat dan pengalaman aku la..Orang lain mungkin berbeza..

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.