Ads Top

Google Adsense berwajah baru dan menarik!





Wow! Google Adsense nampaknya ada interphase baru.

Penampilan Google Adsense kali ni lebih menarik dan elegan. Lebih mudah juga untuk aku lihat progress pendapatan blog aku dari Google Adsense. Walaupun blog aku masih bertatih-tatih dalam menggunakan Google Adsense sebagai salah satu cara buat duit dengan blog, tapi aku rase perlu jugak aku lihat perkembangan pendapatan, mana la tahu ada perkara yang boleh ditambahbaikkan.

Aku kene ambil tahu iklan mana yang perform baik dan juga iklan mana yang tak berapa baik. Itu semua bergantung kepada kedudukan iklan yang aku letakkan. Kalau korang tanya aku mana yang terbaik, aku pun tak boleh nak bagitahu sebab aku sendiri masih bereksperimen berkaitan perkara tu.

Beberapa hari lepas aku ade buat perubahan kat blog aku. Aku tukar banner atas tu kepada banner Contest Menang Handbag LV tu.

Nampaknya, perubahan tu menyebabkan pendapatan Google Adsense aku sedikit menurun. Jadi aku perlu fikir cara lain untuk promot orang join contest tu.

Ataupun aku biarkan je la..haha

Lagipun contest Handbag Louis Vuitton tu sampai 5 November 2106 je.

Tapi kalau dikira-kira balik. Mau rugi dalam USD10 jugak kalau nak tunggu sampai contest tu habis huhu..

Aku kene cari perancangan yang WIN-WIN untuk kedua-dua situasi..Orang kata..

"Kenapa harus memilih kalau boleh pilih dua-dua" ..haha

Tapi aku teringat jugak orang kate..

"Orang tamak selalu rugi" huhu..

Takpelah..aku tengok pendapatan Google Adsense aku dalam 2 3 hari lagi macam mana.. Kalau tetap menurun..sesuatu perlu dilakukan..

Bagi yang belum apply Google Adsense, silalah apply secepat mungkin..

The truth is - Nothing to Loose

Paling teruk pun kene reject. Tapi bukan bermakna tak boleh apply semula..Pengalaman aku apply akaun penuh Google Adsense pun boleh tahan susah jugak..huhu..maklumlah blogger baru nak bertatih..mesti la jatuh dulu..bangun balik..jatuh lagi..

Orang buat mentol pun gagal 1000 kali baru berjaya..

Pokok pangkalnya..jangan putus asa dari memberi manfaat..Google Adsense akan datang secara naturally..hehe :-)

No comments:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Powered by Blogger.