Ads Top

Kaitan Harga Minyak Naik dan Blogging


Jangan terkeliru dengan gambar kat atas tu. Harga minyak dunia yang turun. Harga minyak kat negara kita naik ye. Tapi bulan ni lagi istimewa. Minyak masuk dan minyak petrol, sama sama naik. Kadang kadang aku terbayang, berapalah agaknye harga minyak 10 tahun akan datang.

Setakat November 2016, harga petrol pada bulan ni (November 2016 = RM1.95) adalah yang paling tinggi berbanding bulan lain dalam tahun ni. Walaupun harga minyak dunia turun, dalam masa sama nilai matawang negara kita pun susut, sebab tu la harga naik. Tu yang aku faham la daripada cara pengiraan harga minyak yang YB Rafizi Ramli terangkan kat Facebok die.

Minyak masak pula lagi lah mendadak kenaikannya. Pening kepala penjual pisang goreng tepi jalan.

Tapi persoalannya, apa persediaan yang boleh kite buat untuk menghadapi kenaikan harga minyak ni?

Satu perkara yang aku hampir pasti, kenaikan harga barang biasanya tak akan turun selepas naik.   

Macam sebelum sebelum ni, menjadi lumrah kalau minyak naik, secara automatik harga barang lain akan naik. Di tambah minyak masak naik, pasti makanan di kedai makan akan bertambah mahal.
Setakat ni apa yang aku cuba buat untuk tampung kenaikan dan ketaktentuan harga barang adalah dengan berblog.

Secara puratanya, perbelanjaan keluarga aku akan naik sekurang-kurangnya RM200 sebulan selepas kenaikan harga minyak ni. 

Dengan blog ni dapat la jugak sikit sikit duit poket. Buat beli susu anak dan juga bayar bil. Cumenye aku harap dengan peningkatan harga barang, pendapatan blog pun boleh la bertambah. Haha. Baru balance orang kate.




Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.