Ads Top

5 Sebab Gagal Buat Duit Dengan Blog


Siapa yang suka gagal? Aku pasti tak ada siapa sukakan kegagalan.

Tetapi hakikatnya kegagalan adalah inspirasi kepada kejayaan. Begitu juga dengan berblog. Semua orang nak berjaya buat duit dengan blog. Tapi tak semua berjaya melakukannya.

Aku dah berjaya buat duit dengan blog ke? Jawapan ringkasnya DAH. Tapi jawapan penuhnya..dah berjaya buat duit dengan blog tapi masih belum konsisten dan nilai yang tidak menentu..

Berdasarkan pengalaman aku yang tidak seberapa ni, aku rasa ada beberapa sebab yang menyebabkan seseorang blogger tu tidak berjaya buat duit dengan blog langsung. Ini jugalah yang berlaku pada aku sebelum ini.

Tak Sabar

Semua orang kalau boleh nak mulakan blog hari ini, esok dah boleh dapat duit. Hakikatnya, buat duit dengan blog tidak berlaku secepat itu. Dalam kebanyakan masa, kita hanya dapat buat duit dengan blog selepas beberapa bulan kita berblog. Pengalaman aku, selepas aku berblog lebih kurang 3 bulan barulah dapat merasa duit pendapatan daripada blog. Mungkin ada orang yang berjaya buat duit dengan lebih cepat. Tapi mengikut pengalaman aku, ianya tidak berlaku dengan pantas.

Tak Konsisten

Jika korang memang nak buat duit dengan blog. Konsistensi sangat penting untuk berjaya dalam berblog. Perbezaan utama sebuah blog dan laman web adalah blog akan dikemaskini secara konsisten berbanding laman web yang kebanyakannya bersifat statik.

Tak mahu belajar

Ada orang nak belajar tentang blog dulu baru nak mulakan blog. Pada aku belajar dan mula boleh dilakukan secara serentak. Ia perlu berjalan seiringan. Ini adalah kerana perkembangan dunia blog amat pantas dan ilmu yang kita pelajari cepat berubah.

Tamak

Ada juga orang yang mula berblog dengan beberapa blog. Ia mungkin berpendapat bahawa setiap satu blog akan menghasilkan duit dan akan cepat kaya dengan blog. Tetapi ianya tidak semudah itu. Menguruskan lebih dari satu blog adalah sangat mencabar. Aku sendiri merasainya. Aku ada beberapa blog tetapi kebanyakkannya tidak berjaya buat duit pun dan akhirnya berkubur begitu sahaja. Oleh itu, aku rasa, sebaik-baiknya mulakan dengan hanya satu blog terlebih dahulu. Sekiranya sudah agak stabil barulah mulakan blog yang lain. TETAPI seperti yang aku ingatkan, menguruskan blog lebih dari satu SANGAT mencabar!


Tak ada matlamat

Tidak kira apa yang korang lakukan, matlamat adalah sangat penting untuk menilai prestasi sesuatu perkara. Begitu jugalah dengan berblog. Tetapkan matlamat anda dan senaraikan perkara-perkara yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat tersebut pula mestilah seseuatu yang boleh dicapai bukannya angan-angan setinggi langit yang tidak kesampaian.

Ok?

Pada aku itulah 5 sebab blogger gagal buat duit dengan blog. Jika korang ada pengalaman yang boleh dikongsikan, boleh tulis di ruangan komen ye :-) Pengalaman korang akan dapat membantu ramai blogger baru :-)

1 ulasan:

  1. Betul. Semua poin saudara cakap tu kebanyakan blogger ada termasuk aku.

    Tapi kadang-kadang aku terfikir jugak sampai bila kan? So kita kena ada tujuan sebenar nak buat blog ni untuk manfaat jangka panjang atau pendek.

    So keputusan atas kita.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.