Ads Top

Blog Aku, Aset Aku


Rumah itu aset. Emas itu aset. 

Blog tu aset ke bukan?

Semua benda yang boleh meningkat nilainya, pada aku adalah sebuah aset. Jadi blog pun sebenarnya adalah aset. Sebab setiap blog itu ada nilainya. Lebih berpengaruh sebuah blog tu, lebih bernilai blog tersebut. Blog juga boleh dijual beli. Contohnya dengan menggunakan laman web Flippa. Ramai yang buat blog dan kemudiannya dijual di Flippa dengan harga yang lebih tinggi. 

Aku tak lah sampai nak jual blog aku ni (rasenya tak ade orang nak beli pun haha). Pada aku, sesiapa yang belum mampu nak beli rumah. Boleh jadikan blog sebagai aset pertama mereka. Lagipun ni lah aset yang boleh 'buat' dengan modal yang paling rendah :-) 

Pada yang belum tahu, kita boleh semak nilai blog kita secara online. Walaupun mungkin kurang tepat nilainya, tetapi sedikit sebanyak ia memberi gambaran nilai blog kita tu. 

Tetapi..

Membangunkan sebuah blog untuk menjadikannya sebuah aset tu bukanlah sesuatu yang mudah. Memang SUSAH. Pada aku la..pada korang mungkin senang..huhu

Sebagaimana membangun dan membina sebuah rumah, banyak perkara yang perlu dibuat dan diambil kira untuk dapatkan rumah yang cantik dan bernilai. 

Pada aku, ciri-ciri utama blog yang boleh dikira sebagai aset adalah:
  • Trafik yang tinggi
  • Pendapatan yang konsisten melalui blog

Dua perkara ini jugalah idaman setiap blogger. InsyaAllah dengan usaha yang berterusan, semua orang boleh membina blog dan menjadikan blog sebagai sebuah aset.


No comments:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Powered by Blogger.