Ads Top

Pendapatan Blog Bulan Oktober 2016


Oktober 2016 dah lepas. Kita takkan dapat kembali ke waktu tu selama-lamanya..Tapi perkara yang penting adalah apa perkara yang aku dapat belajar dalam bulan Oktober. Macam biasa juga aku akan senaraikan pendapatan blog aku untuk bulan Oktober 2016 dan sedikit perkongsian pengalaman bagaimana aku buat duit dengan blog.

Alhamdulillah. Google Adsense berjaya mencapai USD100 dalam bulan Oktober ni. Jadinya dalam masa 2 bulan sahaja dah berjaya capai minimum payout. Ada beberapa perkara yang aku lakukan dalam 2 bulan ni yang menyebabkan pendapatan dari Google Adsense agak tinggi. Dalam bulan Oktober sahaja blog aku berjaya kumpul $60.

Apa yang aku perasan adalah pendapatan Google Adsense aku meningkat sejak aku mulakan Experiment dalam Google Adsense dan juga letak Google Adsense dalam artikel. Apa yang menariknya adalah pendapatan bertambah tetapi trafik masih di tahap yang hampir sama.

Dalam otak asyik terfikir, kalau aku dapat naikkan trafik lagi mesti pendapatan lagi bertambah. Tapi ianya bukan semudah tu untuk menaikkan trafik.

Terima kasih juga kepada Rahsia Uber yang tidak jemu-jemu memberikan komisyen kepada aku sejak aku sertainya.

Korang mungkin ada perasan artikel aku pasal Jobdirumah yang dah BERSARA. Bulan Oktober adalah bulan terakhir aku dapat komisyen dari Jobdirumah. Aku ada juga tengok-tengok Task.my yang merupakan 'Jobdirumah V3', tapi aku masih belum faham dengan laman web tu huhu..Berkaitan Task.my tu mungkin tu aku akan cerita lain kali..

Klikjer juga ada memberikan pendapatan kepada blog aku bulan ni. Aku sangat berharap ada ebook baru dalam Klikjer untuk di promosikan. Macam dah tepu dengan semua ebook yang ada dalam Klikjer tu.

Jadinya..

Pendapatan kasar yang aku dapat pada bulan Oktober 2016 adalah sebanyak:

Klikjer : RM126
Jobdirumah : RM100
Rahsia Uber : RM120
Google Adsense : USD106 ~ RM424

Setakat ni, Google Adsense masih belum finalize bayaran sebab nilai terkumpul hanya finalize pada 15hb dan pembayaran hanya dilakukan pada 21hb setiap bulan. Jadi pendapatan yang aku dah terima adalah sebanyak RM346 dan selebihnya insyaAllah hujugn bulan akan dapat gaji dari Google Adsense.

Jangkaan untuk pendapatan blog bulan depan..

Aku jangkakan pendapatan blog aku bulan depan akan menurun. Ini mungkin kerana minimum terkumpul bagi Google Adsense masih belum dicapai (setakat ini aku hanya dapat kumpul minimum payout 2 bulan sekali).

Ditambah lagi dengan Jobdirumah yang dah bersara.

Aku sekarang hanya ada Klikjer dan Rahsia Uber.

Oh ya dan satu lagi affiliate iaitu Lazada Affiliate yang masih tak capai minimum cashout huhu..Aku harap dalam beberapa bulan lagi dapat la merasa pendapatan dari Lazada pulak :-)

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.