Ads Top

affiliate method

Siapa Alexa?

Siapakah gerangan yang bernama Alexa. Bunyi macam nama orang.

Aku kenal Alexa ni mungkin sejak 2 tahun lepas.

Tapi masa tu aku tak ambil kisah pun pasal Alexa ni.

Siapa sebenarnya Alexa ni?

Alexa ni adalah juri. Juri yang akan buat analisa tentang blog kita dan kemudian akan bagi nombor kat kita. Macam dalam kelas atau pertandingan. Mesti akan ada yang nombor satu dan nombor terkebelakang.

Alexa ni pulak kerjanya cuma tengok blog yang banyak-banyak dalam dunia ni, analisa dan kemudian bagi ranking.

Itulah datangnya..

Ranking Alexa.

Aku tak tahu pun apa impak ranking Alexa pada sesebuah blog. Cuma yang aku tau kalau blog dapat nombor yang lebih rendah lagi bagus blog tu.

Berapa ranking Alexa blog aku?

Ni aku kongsikan..


Bagus ke tak, aku pun tak tahu..

Nampak macam bagus..tapi masih capai juta-juta tu..

Ranking dalam Malaysia 14 672. Adakah maksudnya blog aku adalah blog yang ke 14 672 terbagus di Malaysia? Aku pun tak tau. Tapi seronok tengok nombor-nombor ni. Hahaha.

Walaupun aku masih belum berapa faham tentang fungsi ranking Alexa ni, tapi aku target kalau boleh dalam jangka masa satu tahun akan datang, blog aku boleh capai kurang dari 1 juta. InsyaAllah :-)

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.