Ads Top

Blogpost Pertama Aku..


Ingat tak blogpost pertama korang kat blog? (dengan anggapan korang pun ada blog)

Bila aku baca balik blogpost pertama aku masa mula-mula berblog rasa macam kelakar pun ade jugak..Mungkin 2 tahun akan datang bila aku baca balik blogpost ni aku akan rasa kelakar dengan gaya penulisan aku sekarang..

Belajar dari pengalaman..

Aku memang tak pandai nak buat ayat berbunga mahupun ayat yang dapat memukau pembaca..tapi dari situlah aku belajar sikit demi sedikit gaya penulisan yang berbeza dan mencari identiti penulisan sendiri..

Orang yang dulu masih sama dengan sekarang, tetapi gaya penulisan sekarang mungkin lebih matang sedikit dari yang dulu dalam berblog..

Teruskan latihan..

Practice make perfect. Setakat ni artikel yang aku tulis tak sampai 500 pun dalam semua blog aku. Maksudnya aku masih kurang latihan dari segi penulisan. Tulis dan terus menulis..Rasanya hanya itu latihan terbaik untuk aku..

Jangan lupa edit blogpost pertama korang..

Aku cadangkan baik korang baca balik blogpost korang yang pertama. Kemudian edit dan tambah maklumat berkaitan. Sebab blogpost pertama aku nampak sangat ringkas dan pendek..haha..

Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama..begitu juga dengan blogging..

Semoga kita terus berusaha dan berjaya dalam blogging!

Jumpe lagi akan datang..

2 ulasan:

  1. Aku pun baru nak start dengan blog ni. Bolehlah korang tengok atau jenguk blog aku nanti.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.