Ads Top

Pendapatan Blog Bulan Januari 2017


Sesuatu yang menarik untuk pendapatan blog bulan Januari 2017. Tahun baru ini aku dapat buat duit secara online dengan cara yang baru. Jika sebelum ni aku lebih menumpukan pada Google Adsense dan Affiliate, awal tahun 2017 nampaknya rezeki aku bertambah dari segi freelancing pulak 👍

Walaupun pendapatan daripada freelancing tu bukan directly dari blog. Tetapi aku berjaya buat duit dengan freelance tu sebab aku ade blog yang dapat ranking dengan agak baik. Jadi pendapatan tu masih boleh dikira pendapatan secara tidak langsung dari blog la kan? hehe

Ok.

Pendapatan keseluruhan untuk bukan Januari 2017 nampaknya tidak banyak beza dengan bulan-bulan sebelumnya. Target aku untuk capai RM1000/bulan dengan blog masih belum tercapai.

Jadi bagaimana performance Google Adsense dan juga program Affiliate yang aku sertai?

Secara keseluruhannya, pendapatan Google Adsense setakat ini masih dalam lingkungan USD1-2 sahaja setiap hari. Jadinya aku masih perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan baru boleh cash out. Untuk menambahkan pendapatan blog, aku masih dalam usaha untuk meningkatkan trafik blog tu. Trafik aku sekarang mendatar antara 1000-1200 setiap hari. Target aku nak capai at least 2000 sehari pada hujung tahun 2017.

Untuk pengetahuan korang blog aku tu baru sahaja dapat Google Adsense Mactched Content tu. Tapi Google Adsense akan cari artikel yang berkaitan dalam blog aku je tanpa iklan. Untuk lulus Matched Content yang ada iklan perlu trafik yang lebih banyak.

Untuk bulan Februari ni aku nak letak Google Matched Content kat blog aku. Harapnya ia akan mengurangkan bounce rate dan juga menambahkan pendapatan Google Adsense.

Dari segi pendapatan affiliate pulak..

Bulan Januari 2017 hanya terdapat beberapa sale dari program affiliate. Aku rasa mungkin aku perlukan teknik penulisan yang lebih baik dalam memberi penerangan kepada sesuatu supaya orang lebih faham dan tertarik untuk beli produk tu. Teknik penulisan ni aku rasa adalah perkara yang perlu dipelajari sepanjang aku berblog.

Selain itu aku nak wujudkan rasa 'percaya' pembaca kepada apa yang aku cadangkan. Sejak akhir-akhir ni aku akan beli ebook atau produk tu dulu baru tengok berbaloi tak untuk pengguna beli. Adakalanya bila aku beli satu ebook tu nampak macam ringkas sangat ebook tu, aku tak promotkan pada pembaca aku. 

Aku juga cuba bagi pro dan cons untuk setiap produk yang aku review. Mungkin ada yang cakap seolah-olah memburukkan produk yang dipromosikan, tetapi pada aku pembaca perlu tahu perkara sebenar dan siapa yang perlu beli produk, software atau ebook tu. Jika tak aku akan rasa bersalah.

Ok.

Jadi berapa jumlah pendapatan blog aku (secara langsung dan tidak langsung) untuk bulan Januari 2017?

Ini adalah pecahan pendapatannya..

Google Adsense - USD31.99 (tidak termasuk Youtube Adsense)
Affiliate - RM82

Kos blogging dan internet:

TM Streamyx : RM150
Mailchimp : RM68

Jadinya adalah lebih kurang RM 100 untuk buat bayar bil TNB pulak. 

Begitulah tamatnya pendapatan aku dengan blog huhu.

Ok. Aku tau ramai di luar sana yang buat duit dengan blog jauh lebih banyak dari aku. Mereka semua tu merendah diri. Apa yang aku cuba sampaikan dengan perkongsian ini adalah tidak mustahil untuk berjaya buat duit dengan blog walaupun mungkin nilainya tidak banyak sepertimana yang diidamkan.

Oh ya,

Jika korang nak buat tempahan artikel atau nak buat blog baru, aku mengambil tempahan untuk penulisan artikel apa sahaja niche dengan harga yang sangat berpatutan dan juga perkhidmatan menyediakan blog di blogspot dengan template yang professional.

Untuk tempahan, sila klik link di bawah:


Itu sahaja dari aku untuk kali ini. 

Kata-kata terakhir dari aku..

Jika korang gagal buat duit dengan blog..fikirkan kembali..dan tanyakan soalan ini pada diri sendiri.."KENAPA AKU BERBLOG?"

6 ulasan:

  1. Salam kenalan. Nampaknya income bulan Januari berkurang berbanding bulan disember.

    sy kagum ramai blog buat duit dengan affiliate. Sy pernah cuba tapi tak pernah dapat jualan. Mungkin teknik sy salah ataupun xde rezeki langsung untuk affiliate ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak dinafikan bukan mudah buat duit dengan affiliate. Perlu usaha berterusan dan belajar banyak perkara.

      Perlu juga ingat bahawa pendapatan dari blog bukan hanya dari affiliate :-)

      Padam
  2. Faktor untuk buat pendapatan dengan adsense memang tak lari dari nilai trafik organic yang tinggi dan penulisan berkesan (ada SEO) mengikut niche yang trending.

    Untuk affiliate; sekali lagi penulisan berkesan, berpengaruh, ada daya penarik & pandai promote.

    Huhu semua tu kena ambil masa nak bina kredibiliti & branding. Takpe, ada hasil sebnayk tu dah kira Alhamdulillah ada hasil juga. Bukan senang nak senang.

    BalasPadam
  3. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Salam kenal. Sy br dlm berblog ni. Jom ke blog saya.

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk perkongsian ini tuan.... memang bukan senang nak dapatkan income dari adsense ni... perlukan traffic yang banyak....

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.