Ads Top

Pendapatan Blog Bulan Februari 2017


Sekejap je dah masuk bulan Mac 2017.

Kehidupan sebagai seorang blogger awal tahun ni agak mencabar untuk aku. Ini kerana Allah baru saje mengurniakan aku insan baru dalam keluarga aku pada 26.1.2017 lepas. Alhamdulillah kini keluarga kecik aku dah ada 5 orang ahlinya.

Nur 'Afiah, itu nama yang aku berikan lepas die genap umur 7 hari.

Macam biasa la bila ada insan baru, semua jadual lama sudah tak terpakai. Jadual blogging pun antara yang 'kelaut' juga.

Sekarang aku kene sediakan jadual baru dan biasakan diri dengan jadual baru.

Jika dulu aku boleh start blogging lepas anak tidur, sekarang anak tidur dan bangun silih berganti.

Itulah sikit kisah kehidupan aku dan blogging.

Tapi memang betul ape yang Allah janjikan, anak itu dikurniakan dengan bertambahnye rezeki.

Bulan Februari 2017 pendapatan aku secara online (blog dan bukan blog) bertambah dengan baik.
Untuk pertama kalinya, aku dapat lebih dari RM1k dalam sebulan secara online.

Rezeki anak.

Nanti aku akan pecahkan ikut sumber pendapatan.

Sekarang aku nak cerita dulu apa yang aku buat dalam bulan Februari 2017.

Template Blog

Pada awal bulan Februari aku mula tukar template blog aku. Lepas aku tukar template blog tu, nampaknya trafik ada naik sikit tapi tak terlalu signifikan. Masih dalam lingkungan 1000-1500uv sehari.

Kadang aku macam buntu dah macam mana nak naikkan trafik blog lagi. Macam semua benda dah buat.

Cuma mungkin aku buat tu bukan dengan cara yang betul kot.

Atau aku sendiri yang tak sabar..

Buat Duit di Ilancee

Kemudian dalam bulan Februari jugak aku dapat satu job penulisan artikel yang agak besar. Dengan anak yang baru lahir, agak kelam kabut juga aku nak siapkan dalam 20 lebih artikel dalam masa 2 minggu.

Tapi Alhamdulillah, semuanya berjaya dilakukan.

Tapi kene bersengkang mata sikit la..Ini semua sebab minat menulis..Kalau tak minat memang rasa lemah nak menulis. Kalau minat, tengah malam pun bangun menulis.

Alhamdulillah perkhidmatan yang aku tawarkan di ilancee ada la juga yang tempah. Tak sangka jugak aku boleh buat duit di ilancee. Pada yang nak tempah perkhidmatan penulisan aku boleh ke sana ye.

Atau pun korang boleh la offer apa sahaja perkhidmatan yang korang boleh buat di sana.

Google Adsense

Topik hangat yang sentiasa menjadi keutamaan aku. Google Adsense aku insyaAllah boleh cashout pada 21 Mac nanti.

Kedudukan iklan dalam blog aku sekarang (template baru) pun aku lebih suka berbanding sebelum ni. Aku harap pulangannya pun bertambah. Tapi setakat hari ini, apa yang aku dapat dari Google Adsense masih sama. Tak ada perubahan pun. Setiap hari dalam lingkungan 1 -2 dolar je.

Target aku untuk dapat 3 dolar sehari dalam tahun 2017 ni tak taulah dapat ke tak kalau begini perkembangannya.

Kalau korang belum ada akaun adsense boleh baca-baca berkenaan nak apply macam mana dan sebagainya di artikel ini - Panduan Google Adsense Aku Dah Habis Baca

Ezoic

Aku masih guna Ezoic lagi. Kalau korang tak tau apa tu Ezoic, boleh baca kat sini - Naikkan Pendapatan Google Adsense dengan Ezoic. Kini rasanya dah tak ade isu dengan Ezoic ni cuma dari segi pendapatan aku tak berpuas hati sangat. Bulan Februari juga aku dapat cashout dari Ezoic. Aku tetapkan cashout pada USD20 je.

Bayar masuk ke dalam akaun Paypal aku. Paypal ni dah macam bank ke 3 aku. Tempat aku kumpul duit yang aku dapat dari online. Tak banyak pun, lepas buat beli itu ini, lesap la tu.

Affiliate

Pendapatan Affiliate aku bulan Februari memang merosot. Cuma ada satu sale je dari Klikjer. Tapi aku tak terkejut sangat sebab aku rasa penurunan tu ada kaitan dengan template baru aku tu. Aku tak tahu kenapa tapi affiliate ni aku masih belum jumpa teknik yang betul.

Gaya penulisan aku pun masih belum baik.

Alasan!

Pay Per Lead

Bulan Februari pun aku ada sertai program Pay Per Lead. Ianya berkaitan pemberian video percuma untuk online marketing dan facebook ads. Aku rasa macam tak tau macam mana nak dapatkan lead tu. Orang yang ade emel list yang puluhan ribu mungkin senang je.

Tapi untuk newbie macam aku ni memang susah la.

Tapi yang aku pelik, kenapa orang tak nak video tu. Kalau ikut klik nampaknya banyak, tapi yang convert tu sikit sangat. Mungkin orang takut kene tipu ataupun tak nak belajar.

Masa aku mula-mula dapat link untuk tonton video belajar online marketing tu, aku terus je nak video tu tanpa banyak berfikir. Benda FREE kan, nak tunggu apa.

Kalau korang nak tonton juga, isikan emel korang kat laman web bawah ni. Jangan takut, 1001% aku belanja. Haha.

 

Bende tu percuma aje. Aku kalau bab belajar ilmu online ni memang laju. Lagi-lagi kalau pecuma. Haha.

Ok.

Masuk nilai pendapatan online aku bulan Februari pulak..

Google Adsense - USD121
Affiliate - RM70
Ilancee - RM800
Ezoic - USD24

Total ada la dalam seribu lebih.

Ini first time aku dapat atas seribu secara online.

Dari sini aku dapat nampak potensi yang ada dari blogging dan juga bekerja secara online.

Kos tiada perubahan.

Internet, elektrik dan lain-lain dalam RM250 termasuk Mailchimp yang aku guna tu.

Aku tau ramai lagi yang dapat lebih banyak dari aku.

Aku ni blogger baru nak tatih-tatih tapi mempunyai cita-cita tinggi. 😉

Harapan aku untuk bulan Mac tak lah tinggi. Asal ada pendapatan online dari mana-mana sumber pun ok. Tapi yang aku pasti berkemungkinan besar tak sebanyak bulan Februari 😑

8 ulasan:

  1. BYK BRO DPT TU..XSANGKA DARI ILANCEE BYK BTUL, KAN..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..Rezeki..😁 lagi best kalau boleh setiap bulan dapat banyak camtu hehe..Ilancee tu kalau ade job ade la income ..

      Padam
  2. Hay guys
    Nama saya jeslin

    Yuk mampir bentar dan dilihat-lihat disini www.casinoqiuqiu.com
    Deposit dan withdraw hanya RP:25.000
    Bonus rollingan hingga 1% loh

    TERSEDIA 5 GAME DALAM 1 AKUN

    *BACCARAT
    *RAOULETTE
    *SICBO
    *DRAGON TIGER
    *SLOT GAME

    Untuk layanan yang lain Anda bisa menghubungi kami melalui YM, Livechat, dan BBM yang sudah kami

    sediakan dibawah ini ya.
    Livechat ; https://goo.gl/aLIle3
    *FACEBOOK: kasino qiuqiu
    *BBM: 2BF7247C
    *YAHOO:CASINO QIUQIU
    *CALL: +855963601198

    Buruan gabung all,salam hoki dari jeslin buat kalian semua ya...

    BalasPadam
  3. wow...hebat sebulan dapat cecah RM1K

    itu dah kira terbaik

    BalasPadam
  4. Tahniah bro.. tp nk tnya la. Pendapatan blog bro ni dari 1 blog je ke? Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang pendapatan blog tu memang dari satu blog je..ilancee tu dah pendapatan lain..tapi pada saya tu termasuk jugak dalam kategori pendapatan blog sebab dari blog jugak la orang kenal gig saya tu :-)

      Padam

    2. Wah, kalau mcm tu masyuk jugak la tu. Teruskan usaha. Saya doakan moga bro terus sukses.

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.