Ads Top

Dari Blogger Kepada Vlogger


Dulu aku turun gelanggang sebagai Blogger je. Setelah setahun lebih aku berblog, satu perkara baru yang aku belajar adalah, kita boleh menarik trafik ke blog dengan Youtube.

Youtube adalah enjin carian kedua popular selepas Google. Walaupun hakikatnya kedua-duanya milik syarikat Google. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku mula aktif untuk bina Youtube Channel untuk blog aku.

Sedikit throwback..

Aku dah mula ada Youtube Channel sejak tahun 2011 lagi. Tapi sejak tu hanya ada beberapa video je dalam Youtube Channel aku.

Masa 2011 tu jugaklah aku pertama kali dengar berkenaan buat duit dengan Youtube. Tapi lepas cube letak beberapa video dan tiada hasil, aku dah putus asa. (Jangan contohi aku ye, cepat sangat mengalah).

5 tahun kemudian iaitu tahun 2016 aku baru mula aktif semula untuk letak video ke Youtube Channel aku. Ye. Lepas 5 tahun baru aku ambil kisah pasal Youtube Channel aku. Tapi pada kali ini aku ada matlamat baru.

Matlamat 2 dalam 1.

Matlamat pertama adalah untuk menarik trafik ke blog aku.

Matlamat kedua adalah untuk buat duit dengan Youtube.

Perasaan menjadi Vlogger?

Malu. Segan. Aku bukanlah orang yang suka menonjol dihadapan orang lain. Sebab tulah untuk permulaan ni aku guna software Screencat-O-Matic untuk buat video aku kat Youtube. Aku rasa itu adalah cara paling mudah untuk buat video di Youtube.

Nak tengok demo software tu? Korang boleh tengok video di bawah.


Selain daripada tu, bagi yang tak nak guna software tu boleh guna Youtube Video Editor untuk buat video. Aku ada kongsikan cara guna Youtube Video Editor dalam video ini.


Aku harap aku dapat buat secara konsisten sekurang-kurangnya satu video setiap minggu. Dalam masa setahun akau akan dapat lebihkurang 50 video baru dalam Youtube Channel aku.

Aku juga nak jemput kawan-kawan semua untuk Subscribe Youtube Channel aku. InsyaAllah banyak perkara bermanfaat akan aku kongsikan 😊 Tekan butang Subscribe di bawah ye. Jika korang ada Youtube Channel juga, boleh kongsikan link di ruangan komen. Aku takkan teragak-agak untuk Subsrcibe korang pulak 😀


2 ulasan:

  1. Dah ada akaun youtube. Masih dalam pembikinan. InsyaAllah nanti saya share ye.

    BalasPadam
  2. Sila share sini ye :-)
    Nt geng YouTube lain boleh subscribe jugak :-)

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.