Ads Top

Google Adsense Invalid Traffic. Perlu Risau ke Tak?


Dah lama aku perhatikan akaun Google Adsense aku.

Setiap bulan mesti ade sedikit nilai yang ditolak kerana INVALID TRAFFIC. Nilai yang ditolak biasanya kurang daripada 5% daripada total apa yang aku dapat pada bulan tersebut. Ianya bukan sekali, hampir setiap bulan mesti ada nilai yang ditolak.

Ini menyebabkan aku terfikir sama ada aku perlu RISAU atau TAK?




Memang aku dah cuba sedaya upaya untuk letak iklan Google Adsense mengikut terma dan syarat Google. Tak pernah aku provok pembaca untuk klik ataupun aku sendiri klik. Cumanya aku terfikir apa yang dimaksudkan dengan invalid trafik tu? Dan ada kesannya atau tak pada akaun Google Adsense aku.

Nak tak nak, aku pun Google tentang 'Should i worried about Google Adsense Invalid Traffic'.

Dalam pembacaan aku, ramai orang semuanya ada invalid trafic setiap bulan. 

Oleh itu aku nak tanya korang ada tak dapat invalid traffic setiap bulan?

Cari punya cari..

Kesimpulan yang aku dapat adalah:

Mempunyai invalid traffic adalah normal untuk semua blog atau laman web, tetapi ianya bergantung kepada berapa peratus invalid traffik yang diterima. Sekiranya invalid trafik yang ditolak lebih daripada 30% nilai bulanan, kita perlu risau dan cari sebab invalid trafik tersebut, tetapi jika nilainya rendah kurang dari 10% ianya boleh dianggap normal.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah apa yang orang-orang dalam forum cakap, bukannya dari pihak Google sendiri. Ada juga yang menyatakan jika invalid traffik terlalu tinggi, akaun Google Adsense boleh disekat.

Jika kita lihat dalam laman web Goolge Adsense dalam bab "How you can help to prevent invalid activity". Pihak Google ada memberikan beberapa tips untuk mengelakkan daripada kita dapat invalid trafik. Antara yang dikongsikan adalah:


Kaji pengunjung blog

Pihak Google menggalakkan kita untuk analytic blog kita untuk melihat daripada mana trafik kita datang. Ini boleh dilihat dalam laporang Google analytic blog kita.


Jangan gunakan perkhidmatan yang kurang dipercayai

Jika anda pernah dengar ada perkhidmatan untuk meningkatkan trafik blog ditawarkan dengan harga yang rendah. Trafik sebegini adalah berbahaya dan mungkin berkualiti rendah dan boleh dianggap oleh Google sebagai Invalid traffic.

HARAM Klik Iklan Sendiri

Walaupun korang berminat dengan iklan yang terpapar pada blog korang, jangan sesekali klik pada iklan tu, nanti Google tuduh korang saje-saje klik. Invalid Klik ni lagi parah kesalahannya daripada invalid traffic. Invalid klik boleh kene banned terus akaun Google Adsense.


Semak tempat letak Iklan

Semak berulang kali tempat kita letakkan iklan. Jangan letak iklan ditempat yang orang mudah terklik secara tak sengaja. Jika Google dapat kesan, boleh dikenakan amaran atau disekat tanpa amaran huhu..

Aku harap aku tak langgar mana-mana terma dan syarat Google Adsense.

Korang ada masalah invalid trafik ni tak? Jika ada kongsilah sikit pengalaman tentang invalid trafik ni..😊

2 ulasan:

  1. nak tanya invalid traffic macam mana nak elakkan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun nak tahu jugak.... sebab traffic banyak datang direct je dari medsos...

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.