Lazada Birthday Blogger Contest 2017 - Kenapa Aku Suka Lazada?
Lazada adalah tempat yang paling aku suka untuk membeli belah secara online. Bagi yang nak belajar membeli belah secara online, aku cadangkan mulakan dengan membeli di Lazada. Dah mula sekali rasanya pasti akan membeli berkali-kali. Hinggakan aku ada buat video khas cara nak beli dari Lazada 😉
Terdapat beberapa sebab kenapa aku suka membeli di Lazada.
- Harga Yang Berpatutan
- Banyak Pilihan Barangan
- Boleh Dipercayai
- Jimat Masa dan Tenaga
Harga yang berpatutan
Terdapat banyak penjual di Lazada yang berlumba-lumba untuk menjual produk yang sama. Ini akan memberikan pengguna pilihan untuk memilih harga yang terendah daripada senarai penjual yang ada.
Banyak Pilihan Barang
Kita boleh cari apa sahaja barang. Hampir semua barang ada dijual di Lazada dari sekecil-kecil barang ke barang yang besar seperti perabot dan lain-lain.
Boleh dipercayai
Rasanya dah tak terkira banyak kalinya aku beli dari Lazada. Setakat ini tiada satupun order yang tidak sampai ke depan pintu rumah. Malah aku beli telefon pintar pun dengan menggunakan Lazada.
Jimat Masa dan Tenaga
Aku tak perlu lagi nak berjalan keseluruh ceruk shopping mall untuk membuat perbandigan harga. Ini akan menjimatkan masa membeli. Selain itu kita tak perlu lagi nak menggunakan kenderaan untuk ke shopping mall memandangkan harga minyak kenderaan pun sekarang semakin meningkat.
Ini adalah 3 item yang aku memang nak sangat beli dan mungkin akan beli dalam jangka masa terdekat.
1. Neewer Microphone Set
Mikrofon ini aku nak gunakan untuk memudahkan aku buat video untuk Youtube Channel aku. Setakat hari ini aku hanya guna perisian Screencast-O-Matic dan telefon pintar aku untuk buat video. Tetapi memerlukan aku untuk gabungkan audio dan video secara manual. Tetapi dengan set mikrofon ini aku boleh rakam video dan cakap dalam masa yang sama. Ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses aku menerbitkan video. Korang semua dijemput untuk subscribe Youtube Channel aku ye 😉
2. SKG Oven
Ok. Sebenarnya aku nak belikan Oven ni untuk isteri aku. Dah agak lama aku bercita-cita untuk belikan satu oven yang special untuk isteri aku. Nak tunggu orang bagi hadiah entah bila kan? 😊 Sebenarnya, aku pun nak guna oven ni untuk masak ayam panggang, kambing panggang, daging panggang dan banyak lagi la yang panggang-memanggang. 😃
3. Xiaomi Mi Mix
Yang ni sebenarnya TEMPAT PERTAMA yang paling aku nak. Tidak lain dan tidak bukan telefon pintar Xiaomi Mi Mix. Mungkin korang tak tau, sebenarnya aku ni memang peminat telefon Xiaomi. Bila aku dapat tahu Xiaomi nak keluarkan Mi Mix, memang berkaca-kaca penuh harapan mata aku. Tapi yang menyebabkan aku tangguh dulu adalah dari segi harganya yang agak mahal. InsyaAllah kalau ada rezeki aku beli. Aku juga cadang nak buat review Xiaomi Mi Mix ni kat Youtube kalau berjaya beli hehe 😋
Fuh tu baru top 3 list yang aku nak beli dari Lazada. Yang ke 4,5,6,7 ....hingga 100 belum senaraikan lagi..hehe..Kalau nak diikutkan dan habis senaraikan barang yang aku nak dari Lazada.
Apa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh Lazada?
Secara keseluruhanya apa yang ada setakat ini sudah mencukupi dan memuaskan. Tetapi satu perkara yang perlu pemantauan yang berterusan adalah dari segi kualiti barangan yang dijual di Lazada. Ini amat penting jika barangan tersebut bukan dijual oleh Lazada tetapi dijual oleh pihak ketiga.
Akhir sekali aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke 5 kepada Lazada. Semoga terus berkembang dan memberikan perkhidmatan dan tawaran yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. Diharapkan jalinan antara Lazada dan Blogger juga akan terus berkembang dari masa ke semasa.
Akhir sekali aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke 5 kepada Lazada. Semoga terus berkembang dan memberikan perkhidmatan dan tawaran yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. Diharapkan jalinan antara Lazada dan Blogger juga akan terus berkembang dari masa ke semasa.
Pada blogger yang masih belum sertai Lazada Birthday Blogger Contest 2017, diharapkan boleh sama-sama sertai contest yang dianjurkan oleh Lazada ini. Untuk mendapatkan cara sertainya boleh klik pada banner di bawah ye 😊
saya suka juga Lazada..namun belum sempat sertai kontest..
BalasPadam