Ads Top

Mana Entri Pendapatan Blog Mac dan April?


Mana Entri Pendapatan Blog Mac dan April?

Maafkan aku..

Aku tak sempat nak mengupdate blog aku yang satu ni..Memang setiap kali bukak laptop akan bersemangat untuk buat entri tu, tapi lepas lepas buka Facebook kejap, buka Youtube kejap..semangat tu tibe-tiba hilang..

Tambahan lagi dalam 3 atau 4 bulan ni aku nak fokus pada Youtube sekejap. Lepas pendapatan dari Youtube dah ok skit, aku boleh mula aktif berblog balik kat sini dan blog utama aku di www.wikicara.org.

Aku target tak banyak pun..dapat setiap bulan dalam USD10 pun dah ok untuk tahap pertama ni..

Lepas capai matlamat tahap pertama ni, boleh proceed untuk tahap seterusnya pulak..

Korang semua dijemput untuk subsribe Youtube Channel aku 😁 Kalau korang ada Youtube Channel jugak, boleh maklum kat aku, nanti tanpa segan silu aku akan subscribe back 😋




Bagi yang pertama kali baca blog aku ni, blog susah senang blogger ni sebenarnya diari atau disebalik tabir pengalaman aku buat duit dengan blog dan secara online. Kat blog ni tak ada panduan, cuma pengalaman je yang ada..kebanyakannye pengalaman pahit jerih aku buat duit dengan blog..

Perit jerih aku mula dapatkan akaun Google Adsense dulu..penat jerih aku buat duit dengan blog tiap-tiap bulan dan banyak lagi perkongsian aku..Jika korang nak panduan PASTI berjaya, kat sini memang tak ada.

MAAF banyak-banyak..

Kenapa beralih ke Youtube?

Sebenarnya aku buat akaun dan channel Youtube sejak 2011 lagi. Masa tu aku baru belajar cara buat duit dengan Youtube. Aku pun terus praktikkan. Dan hasilnya...GAGAL.

Aku putus asa dan just let it go...

Kesilapan aku adalah aku terlalu cepat berputus asa dan nak hasil yang cepat..

Setelah bertahun, aku perasan yang subsriber Youtube aku dah mencapai 1k lebih yang mana memang aku tak sangka pun..

Walaupun aku stop buat video di Youtube masa tu, tapi tak bermakna aku mengalah untuk belajar dan memahami selok belok Youtube..

Ok.

Berbalik pada pendapatan blog aku bulan Mac dan April.

Macam yang aku jangkakan, pendapatan blog aku untuk bulan Mac dan April memang tak sebanyak pendapatan blog bulan Februari 2017.

Secara umumnya jumlah pendapatan blog aku bulan Mac dan April adalah lebih kurang sama dengan pendapatan bulan Mac dan April.

Maafkan aku sebab tak dapat nak pecahkan secara detail pendapatan tu sebab malas dah nak korek balik transaksi duit keluar masuk..

Tetapi ada berita buruk..

Bermula bulan Mei, salah satu program affiliate yang banyak berjasa pada pendapatan blog aku dah tutup. Jadi itu akan menyebabkan pendapatan aku menurun dengan agak banyak. Jika sebelum ini, program affiliate tu boleh bagi beberatus ringgit sebulan, kini jumlah tu dah tak ada untuk bulan-bulan mendatang..

Apa yang aku belajar?

Walaupun program affiliate adalah antara teknik menjana pendapatan blog yang paling efektif, tetapi ia tidak menjamin pendapatan seumur hidup kerana 'produk orang tetap akan menjadi produk orang' dan kita boleh hilang pendapatan bila-bila masa saje..

Kisah ni sama macam zaman di mana Ashadee tibe-tibe stop dulu..ramai blogger yang terpaksa cari income dari affiliate lain..

Walau apapun, itulah cabaran dan pengalaman menjana pendapatan dengan blog..

Tiada duka, tiada la gembira..

Yang penting jangan mudah mengalah dan teruskan usaha..

2 ulasan:

  1. Affiliate apa tu nak tahu jugak. Sebab banyak affiliate saya join. huhu ..

    BalasPadam
  2. Boleh baca di sini: http://www.susahsenangblogger.com/2017/06/program-affiliate-yang-membayar-setiap.html

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.