Ads Top

Bila Kali Terakhir Korang Semak Blogpost Yang Dulu-dulu?


Aku pasti, jika korang dah berblog secara konsisten lebih dari setahun, blogpost korang mesti dah ada paling kurang seratus entri. Itu pun kalau beberapa hari sekali update.

Kalau sehari update 3 kali mau dekat seribu entri dalam setahun.

Hebat!

Aku memang tak mampu nak buat macam tu.

Paling terbaik pun aku buat satu hari satu artikel. Tu pun masa aku baru nak apply Google Adsense dulu. Lepas dapat akaun penuh Google Adsense, dah mula la 'buat perangai'..

Update beberapa hari sekali je..ish2..

Tambah lagi dengan aku sekarang manage beberapa blog dan juga Youtube Channel, memang tak sempat nak buat artikel setiap hari.

At least aku jadualkan hari apa untuk blog apa aku nak update haha.

Blog 1: Isnin
Blog 2: Selasa
Youtube : Rabu
Blog 3: Khamis
Blog 1: Jumaat
Blog 2: Sabtu
Blog 3 dan Youtube : Ahad

Contoh je..

Jangan jadi macam aku..

Serabut..

Paling baik fokus pada yang satu blog sampai berjaya..Dah stabil baru boleh proceed dengan blog baru..

Kalau nak laa..

Ok.

Kembali pada tajuk..

Dalam banyak-banyak artikel yang korang tulis tu..pernah tak korang semak balik, update, tambah info dan lain-lain?

Aku rasa dalam kebanyakan blogger kurang buat macam tu.

Kenapa?

Sebab leceh..

Takkan nak kene edit satu-satu..banyak oo..

Sebenarnya tak perlu edit semua.

Aku belajar daripada Darren Rowse (ala pemilik Problogger tu..)


Macam mana nak update artikel?

Mula-mula korang masuk dekat program analytic yang korang letak pada blog. Biasanya orang guna Google Analytics je. Program lain macam Statcounter pun boleh. Aku guna Google Analytic je..Kalau Google Anaytic pun tak ada..tu berat..sila pasang sekarang..

Tak tau nak pasang, boleh tengok video ringkas kat bawah ni..


Ini video lama huhu..Masa aku baru-baru buat Youtube Channel. Video pun masih 'video bisu'. InsyaAllah nanti aku buat versi yang baru dengan suara yang lebih jelas.

Untuk yang guna platform Blogger macam aku, boleh tengok dibahagian Stats.



Apa yang perlu korang tengok adalah artikel mana yang paling mendapat sambutan hangat bak pisang goreng panas yang rangup di makan bersama sambal kicap (aku orang Johor).

Untuk permulaan. lihat 5 artikel teratas yang paling HOT di blog korang.

Lepas tu semak balik setiap satu artikel. Semak apa info yang boleh ditambah baik. Semak ayat mana yang boleh ditambah baik. Semak samaada terdapat sebarang kesalahan ejaan.

Aku dah buat beberapa kali kat blog aku. Dan daripada semakan tu jugak aku dapati ada:
  1. Kesalahan ejaan
  2. Ayat macam budak darjah 5
  3. Artikel terlalu ringkas
  4. Banyak info tertinggal.
  5. Boleh gelak beb baca artikel yang aku tulis dulu.
Ni adalah penemuan biasa yang aku dapat kat blog aku. Blog korang mungkin kurang kesalahan sebab korang memang terbaik. Aku ni baru belajar. Memang banyak nak kene ulangkaji.

So?

Korang dah sedia nak baca artikel korang yang dulu-dulu? Kalau korang dah praktikkan latihan ni, korang memang terbaik. 😁

4 ulasan:

  1. penulisan awak dah cun bro, tapi semakan blogpost perlu juga.hehe. sebenarnya bagus jugak bila ada 2,3 blog..pelbagaikan dan mencuba iklan2 di blog lain sebagai backup..

    blog yang ada trafik power kita pasang iklan paling berkualiti. cuma kalau terlampau banyak sampai xtrurus xberguna juga.hehe.pndapatan seposen je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq bro. Baca nasihat bro dah nampak memang berkaliber ni :-)

      Padam
  2. Jujurnya saya suka penulisan bro ni. Tahniah.

    Asyraf selalu kesini jika tak tahu nak tulis blog macam mana. Yelah kita kerja opis banyak benda nak setel.

    Bila nak berblog dah tak tahu nak tulis camne. So penulisan blog bro sangat membantu acab yang masih belajar ni.

    Teruskan menulis. Penulisan bro guna bahasa melayu penuh. Suka betoi baca.

    BalasPadam
  3. Tq asyraf. Baca komen macam ni memang terus bersemangat nak tulis blog hehe..

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.