Ads Top

Uruskan Link Affiliate Dengan Menggunakan Cara Mudah Ini..


Aku berani jamin setiap blogger mesti join affiliate lebih daripada satu produk atau website. Malah aku sendiri pun join lebih daripada 10 affiliate termasuk yang individu dan marketplace.

Pada permulaan, aku hanya guna link affiliate ni macam biasa iaitu login di website dan copy link dan letak kat blogpost. Tapi tu kalau satu dua ok la kot. Kalau dah berpuluh website tak ke letih asyik nak login masuk untuk copy link affiliate.

Katakanlah aku nak letak 3 link affiliate yang berbeza pada satu artikel, maksudnya aku kene login 3 kali hanya untuk dapatkan link affiliate. Pada aku semua tu leceh dan memakan masa.

Jadi aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk memudahkan aku 'copy' link affiliate aku tanpa perlu nak login aje.

Jadi inilah hasilnya.


Affiliate Link Manager

Nama macam gempak. Tapi sebenarnya ia cuma dokumen excel yang membolehkan aku listkan semua link affiliate aku serta URL setiap satu.



Jadi aku hanya perlu bukak fail ni semasa nak tulis blog dan aku boleh copy mana-mana link affiliate yang aku nak. Dah tak perlu nak login bagai.

Kalau korang tengok, dalam Affiliate Link Manager ni ada beberapa kolum iaitu:

  1. Produk/ Website
  2. Harga
  3. Komisyen
  4. ID
  5. Affiliate URL
Kita boleh senaraikan affiliate link ikut website contohnya aku ni affiliate untuk Godaddy dan Shopback, jadi tulis la kat ruangan tu.

Tapi untuk marketplace macam Klikjer, kita kena tulis ikut produk contohnya Rahsia Taoboa, IGKaboom dan lain-lain satu persatu. Lebih baik tulis yang korang memang guna je. Tak perlu nak senaraikan semua yang ada.

Macam tu jugak dengan InvolveAsia. Dalam Involveasia ni banyak website contohnya Lazada Malaysia, Zalora Malaysia dan lain-lain. Mana-mana yang korang kerap promosikan, tulis dalam Affiliate Link Manager tu.

Harga dan komisyen tu adalah untuk semakan kita. Jadi korang boleh la buat-buat bajet mana yang nak puluh lebih. Nak bagi semangat gitu. 

ID ni sebenarnya merujuk kepada Sud ID dalam link affiliate korang. Sub ID ni korang kene set dulu kat laman web asal affiliate tu. Contohnya, satu link affiliate tapi korang promosikan pada 2 blog. Satu korang set Sub ID - blog A satu lagi Sub ID - blog B. Jadi bila ada jualan, korang boleh semak jualan tu datang dari blog mana.

Secara keseluruhannya aku dah jimat lebih kurang 5-10 minit untuk setiap kali aku nak tulis artikel. Nampak macam sikit, tapi pada aku 5-10 minit ni banyak bende aku boleh buat.

Boleh main dengan anak-anak.

Boleh pegi toilet.

Boleh pegi cari makanan.

Boleh tidur kejap. 

Kalau setiap hari jimat 5 minit. Dalam setahun aku boleh jimat 31 jam. 31 jam tu dah satu hari lebih tau.

Kesimpulannya, aku boleh jadi lebih produktif dan boleh buat bende lain jugak selain dari ngadap komputer tulis blog hehe.

Kalau korang nak template Affiliate Link Manager tu boleh download kat sini. Tak payah bayar. Aku buat gune Excel je pun. Korang boleh lah edit ikut keperluan masing-masing. Kalau nak tulis sendiri pun takde masalah.

Mungkin jugak korang memang dah amalkan cara ni aku pun tak tau.

Kalau dah amalkan, boleh la kongsi pengalaman kat ruangan komen bawah tu 😁

8 ulasan:

  1. Thank you for sharing. Lepas ni boleh dah susun link affiliate dengan lebih sistematik sikit. Hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Lebih sistematik dan lebih produktif hehe

      Padam
  2. Byk berkesan utk uruskan link dengan cara yang diajarkan. I dah cuba dan dah dapat jimat byk masa I.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah jika ia bermanfaat untuk orang lain jugak :-)

      Padam
  3. Aku pun buat lebih kurang macam ni jugak. tapi aku guna words je ha3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kisah la gune words atau excel, yang penting uruskan link affiliate tu dengan sistematik :-)

      Padam
  4. nak tanya ni.apa nk letak dalam nlog kita?apa guna akaun adword?hrp boleh membantu saya yg buta pasal online bisnes ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang letak pada blog kita tu google adsense. adwords digunakan untuk buat iklan :-)

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.