Ads Top

Pendapatan Blog Bulan Mei 2017


Dah masuk bulan Jun. Maknanye dah tiba masa untuk aku bentangkan pendapatan blog untuk bulan Mei 2017.

Alhamdulillah.

Blog aku masih menjana pendapatan pasif walaupun nilainya turun naik turun naik. Kadang tu turun turun turun. Tapi tetap ada.

Boleh la lepas buat beli lampin anak. Cover duit bil sikit.

Sebelum aku cerite bab pendapatan blog, aku nak cerite apa yang aku hadapi dulu dalam bulan Mei.

Sindrom Malas dah Datang

Penyakit lama aku dah datang balik. Penyakit malas nak update blog. Yang aku geram tu, bila tak depan laptop, idea nak menulis tu mencurah-curah. Bila dah duduk depan laptop. BLUR. Rasa macam tak tau nak tulis apa.


YouTube

Macam aku pernah cerita sebelum ni, bulan lepas aku banyak buat video compare to menulis. Malas nak menulis tetapi macam rajin nak bercakap. Jadinya aku buatlah beberapa video untuk mengisi Youtube Channel aku dan juga untuk mencapai matlamat aku bulan Mei aku nak dapat $10 dari Youtube. 

Target biar realistik.

Ngam-ngam hujung bulan, aku berjaya capai target tu. Alhamdulillah.


Konsistensi

Masalah konsistensi ni memang berpanjangan dan tiada kesudahan. Walaupun aku dah sedaya upaya untuk cuba konsisten, tapi sebab letih dan penah bekerja, kadang kala aku pilih tido daripada update blog.

Kerja Hakiki

Ini dah nak masuk bulan 6. Semua SKT kerja hakiki aku dah nak kena fullfill 50%. Jadinye memang agak sibuk untuk menguruskan kerja hakiki dan untuk menguruskan blog.

Bulan Ramadhan

Alhamdulillah. Ramadhan yang ditunggu-tunggu dah tiba. Masuk bulan puasa ni masa semakin mencemburui aku. Dengan perut kenyang selepas berbuka dan terawikh, rasanya masa untuk mengupdate blog semakin berkurang. Tapi memang patut aku fokus tambah amalan bulan Ramadhan ni daripada asyik nak update blog je..Tak gitu? 

Huh..

Ada yang positif dan ada yang negatif. Tapi kedua-duanya aku ambil dari sudut yang positif.

Oleh kerana sindrom malas, pendapatan aku untuk bulan Mei adalah seperti berikut. Kali ni aku nak pecahkan secara spesifik. Biar orang tahu dgn jelas mana la aku dapat pendapatan.

Affiliate:

Klikjer: RM103
Involveasia: RM28

Ads

AdSense: $115
YouTube:$10
Ezoic: $31
Mobicow: $14
Chitika: $2


Freelancer

Ilancee: RM60

Total pendapatan keseluruhan : Lebih kurang RM900

Satu perkara yang perlu korang tahu. Google Adsense kali terakhir aku dapat payment adalah pada bulan Februari. Korang boleh tengok post pendapatan bulan Februari 2017. Pendapatan Google Adsense setiap 3 bulan baru capai threshold untuk payment. 

Aku masih menjadi penulis ssambilan di laman ilancee. Secara keseluruhan, aku dah dapat lebih kurang RM1200 daripada ilancee tu. Alhamdulillah. Dan gig penulisan artikel aku sekarang rasanya yang terbaik di ilancee. hehe..

Pendapatan Affiliate involveasia macam aku cakap memang banyak berkurang sejak Valued Opinion stop promotion mereka. Tapi takpe, rezeki lain insysAllah ada.

So What Next?

Target aku hujung tahun ni pendapatan YouTube adsense aku menyamai pendapatan AdSense blog aku. Dan aku target hujung tahun nanti aku dapat payment dari AdSense setiap bulan.
Sekarang ni AdSense bayar aku setiap 3 bulan je sebab lepas 3 bulan baru dapat capai payment threshold.

Aku kena pastikan setiap idea yang terlintas di fikiran di catatkan. Ini adalah sangat penting untuk memastikan idea tersebt dapat di lakukan dan tidak terabai begitu sahaja. Cara paling mudah gunakan buku nota, aplikasi nota ataupun aplikasi blogger.

Aku juga nak tambah ilmu baru pasal blogging dan SEO.

Rasanya itu dulu la..banyak banyak pun nanti tak terbuat jugak huhu..

12 ulasan:

  1. wahh.tahniah! baek income tu..bro, saya nak tanya, knapa saya letak iklan chitika dekat 2 minggu xde keluar ek?? dan kalau beberapa TER-klik iklan adsense sendiri,ada efek ke?sbb bila dah terklik kita cepat2 la tutup. Tq

    BalasPadam
  2. Cube tgk kat bahagian chitika - domain. Die ade tulis approved tak?

    Terklik AdSense ni sgt merbahaya pada saya. Kalau Google detect, boleh kene warning atau kne band Oo..kalau google xde bg emel cinta lagi xpela..tp jgn di buat lagi..Syg oo akaun AdSense susah nak dpt pastu kne ban..

    BalasPadam
  3. rm900 sebulan.

    kira banyak la tu beb.

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM900 tu bulan ni. Bulan ni banyak, bulan depan trurn skit sebab AdSense xcapai minimum payment hehe..Cikgu titan lagi hebat..

      Tunjuk ajarku sifu.. :-)

      Padam
  4. Wey banyak tu. Kalau berterusan ya Allah bestnya. Tahniah dan teruskan penulisan macam ni.

    Bro memang terbaik. Saya masih belajar lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak susah nak konsisten dapat banyak macam tu..tapi insyaAllah satu hari nanti akan berjaya dicapai :-)

      Padam
  5. Saya punya income dari Mobicow yang drop teruk. Tertekan beb.. hhehe

    BalasPadam
  6. Salam kenal dari saya bro, tinggi juga income bro, tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. wah salah sorang otai datang bagi komen. Terima kasih bro. Baru nak belajar ni..income pun tak stabil lagi..

      Padam
  7. kalau kitabtrtekan iklan adsense sendiri utk first time apa akan jadi ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara spesifiknya saya tak pasti. Cume lepas ni kene lebih berhati-hati..Jika awak pun mudah terklik, maksudnya pengunjung pun mudah terklik dan Google tak suka iklan yang macam tu..better letak kat tempat lain..

      Takut jugak kalau dapat emel cinta dari Google..nt kat earning boleh tgk ade tak invalid click..

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.