Program Affiliate Yang Membayar Setiap Bulan
Aku rase semua blogger akan sertai program affiliate. Tak kire affiliate yang individu ataupun marketplace. Aku sendiri pun memang BANYAK sertai program affiliate.
Tapi kali ni aku nak kongsikan 4 affiliate yang paling bagus untuk aku. Setiap bulan mesti akan ade pendapatan. Banyak atau sikit ITU soal ke 2. Yang penting ada.
Klikjer
Rata rata blogger memang dah tau pasal klikjer.
Daftar percuma.
Lepas tu promosikan ebook yang ada di klikjer.
Secara puratanya, Setiap 100uv akan ada satu sale. Masa mula mula aku join dulu mmg rajin buat artikel berkaitan produk yang ada di klikjer.
Masa tu bulan bulan boleh la dapat 500 gitu. Sekarang dah kurang sikit. Harapkan artikel yang dah ranking je. Dah jarang buat artikel baru.
Jadinye dapat la lebih kurang 100-200 sebulan.
Kalau korang belum daftar, boleh daftar kat sini.
Involveasia
Kalau klikjer fokus pada eBook sahaja, InvolveAsia ni affiliate untuk laman-laman web lain macam Lazada Malaysia, Zalora Malaysia dan lain lain. Komisyen pulak tak tentu ikut yang di offer oleh pihak publisher.
Komisyen ada dalam bentuk CPA, CPC dan CPS.
Setakat dalam 5-6 bulan ni aku dapat lebih kurang 1k lebih. Ok la dari xde.
Nak daftar Involves Asia ni percuma jugak.
Lepas tu ikut kreativiti la nak promote apa dan macam mana.
Sebelum ni aku ade promosikan buat duit dengan survey di Value Opinion. Dapat banyak jugak komisyen sebab ia CPA. Setiap orang daftar aku dapat RM6. Tapi sejak Mei die dah tutup. Jadi pendapatan aku pun drop jugak la sikit.
Ni sikit bukti yang aku memang pengguna Value Opinion.
Ni sikit bukti yang aku memang pengguna Value Opinion.
Korang jangan ingat aku buta buta je promote Value Opinion tu. Aku dah guna Value Opinion tu sejak beberapa tahun lepas. Jadi aku memang tahu la website tu mmg bagus. Lagi senang aku nak promot.
Banyak lagi affiliate yang korang boleh join kat involve Asia. Korang daftar dan pilih sendiri yang
berkenaan ye :-)
Shopback
Shopback ni tempat nak cari rebat tunai untuk shopping online. Shopback ni pun special. Korang refer orang dapat RM5. 100 orng korang refer dapat la RM500.
Tapi..
Orang yang korang refer tu kne beli belah online at least RM25, baru korang dapat RM5 tu..
APA yang aku suke sebenarnya Shopback ni memang aku gunakan atleast setiap bulan buat beli lampin pakai buang anak aku.
Masuk Shopback, tekan lazada, cari lampin yang nak dibeli. Secara automatic dapat jimat beberapa ringgit.
Rebat akan masuk dalam akaun Shopback, cukup "haul dan nisab" boleh transfer ke akaun bank aku.
Nak tahu lanjut tgk video kat atas tu.
Kirenye Shopback ni memang aku gune la. Promot tu sambilan je.
Kalau korang suke shopping online. Shopback is a MUST!
Nak join boleh daftar percuma kat sini. Boleh earn money dan berjimat beli online!
WHAFF Reward
Ini satu lagi affiliate yang istimewa bagi aku. Whaff reward ni adalah aplikasi android yang boleh buat duit. Tujuan utama aplikasi ni adalah untuk kita cuba aplikasi ataupun game baru.
Lepas korang test die bg la upah singgit dua. Kumpul-kumpul sampai 11.5$ boleh cashout ke PayPal.
Nak refer kawan kene gune invitation code. Comtohnye Kod aku BH10803. Kalau korang join gune kod ni..aku dan korang akan dapat RM1 (USD0.30).
Kalau nak mula sendiri pun Ok. Tapi mula dari TELUR la ;-)
Ok?
Ok?
Ni la pendapatan yang aku dapat dari affiliate. Nampak tak semua yang aku kongsikan ni nature affiliate die berbeza?
Xla semua promot ebook je..
Walaupun namenye affilaite , sebenarnya banyak jenis affiliate yang kita boleh join.
Aku memang sengaja mempelbagaikan sumber affiliate. Lagipun aku kan masih belajar. Kene la cube macam macam kan :-)
Affiliate apa korng ada sertai? Kongsikan kat bawah ea :-)
Terima kasih atas perkongsian saudara.
BalasPadamBagus artikel ni. Nak tahu jugak blog saudara dapat jana income dari mana kan.
So kita pun masih belajar. Jadi nak tahu.
Sama sama belajar :-)
BalasPadamwhaff ni, tak larat nak main sebenarnya.
BalasPadamnak kena main dan daftar game tu malas.
haha
Sy pun installed je sikit2..main 2 3 minit dah..buat syarat dapat duit je haha..
Padamperkongsian yang bagus dan penulisan yang baik, teruskan berkongsi kisah anda.saya akan follow perkembangan blog ini.kipidap !
BalasPadamTerima kasih. Kalau ade apa-apa penambahbaikan boleh la kongsi ye :-)
Padam