Ads Top

Google Adsense Keluarkan 2 Bentuk Iklan Baru

Aku dah lama tak bukak akaun Google AdSense aku. Selalu tinjau guna aplikasi Google AdSense je. Kebetulan aku saje nak buka tengok iklan mana yang paling baik aksinya.

Masa itulah aku baru perasan yang Google AdSense dah keluarkan 2 bentuk iklan baru.

In feed Native ads dan In article native ads.

Bile aku semak balik, rupenye memang baru je iklan jenis ni..

Google AdSense baru umumkan dalam blog mereka tentang Google AdSense native ads ni pada 5 Julai 2017 lepas.



Aku ingat Aku yang dah ketinggalan kapal.

Aku ingat aku yang guna 'internet explorer'..

Nampaknya aku belum ketinggalan sangat la dengan 2 benda baru ni..

Mengikut kata Google AdSense, iklan native ads ni bagus untuk blend kan iklan dengan blog kita. 

Iklan akan kelihatan lebih natural dan menarik.

Aku pun dah cuba google AdSense native ads ni. Pada Aku rupenye memang menarik.

Tapi aku lebih suka gune yang in article punye version compare to in feed.

Sebenarnya template blog Aku tak sesuai untuk gune in feed. Blog akan nampak pelik.

Kata Google AdSense penggunaan Native ads ni boleh naikkan pendapatan google AdSense sehingga 100%.

Biasala..

Cakap je memang senang..

Betul atau tak, aku kenapa tengok pendapatan untuk bulan ni. Harapnya ada la peningkatan yang ketara.


Ape beza ads biasa dan native ads?

Yang aku faham, native ads ni lebih kurang macam iklan yang merujuk kepada 'paid content'. Dengan erti kata lain ianya adalah artikel berbayar. 

Kalau aku salah tolong betulkan..

Ok. Sesiapa yang ada akaun Google Adsense sila la cuba native ads ni.

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.