Ads Top

Apa dah jadi dengan Lynk.my?


Apa dah jadi dengan Lynk.my?

Sejujurnya, aku dah lama tak bukak akaun Lynk aku. Tibe tibe arini tergerak nak buka tengok apa dah jadi dengan akaun aku tu.

Last aku buka rasanye 3 atau 4 bulan lepas.

Masa tu dalam akaun ade RM100 lebih.

RM100 yang aku kumpul dari klik demi klik..

No spamming..

No CTA

No apa sahaja yang langgar terma dan syarat yang Lynk tetapkan.

Tut tup..

Arini aku buka laman web tu rupenye sedang dalam maintainance.

Bile aku nampak je dalam maintainance dan tempoh maintainance sehingga lebih 40 hari, aku tau laman web ni sedang mengalami masalah..

Mengingatkan aku kepada kisah ilancee bercuti..

Sekarang, Lynk pun nak holiday panjang..

Aku pun buka Facebook page Lynk.

Rupenye..

Laman web Lynk dah cuti sejak dari 22 Ogos lagi..

Memang ramai la orang maki hamun kat page tu..

Kebanyakannye sebab tak dapat bayaran..

Masa mula-mula Lynk buka dulu aku memang dah agak akan ada ramai orang yang mengambil kesempatan dengan Lynk ni.

Paid per klik kan..

Lagi banyak klik kat link yang dipendekkan dengan Lynk, lagi banyak orang tu buat duit..

Tapi masalahnya, ramai yang simply nak dapat klik. Secara umumnya macam tak salah sebab lebih banyak klik, akan lebih ramai la orang nampak iklan pada Lynk.

Tapi dalam masa yang sama, advertiser pulak akan takut sebab trafik yang datang ni tak berkualiti..
Bile advertiser lari dari Lynk. Duit pun lari sama la..

Tak dapat bayar dengan publisher..

Pada aku ni adalah kesilapan kedua dua belah pihak..

Mungkin dari segi pengurusan Lynk tu sendiri bermasalah..

Dan juga masalah publisher yang suka mengambil kesempatan..
.
.
.

Tak tahu la sama ada masalah Lynk ni akan selesai tak..

Duit aku yang RM100 tu kalau diorng bagi aku ambil..

Kalau tak pun tak pe lah..ambil la buat bayar hutang tu..

Aku pernah terima duit dari Lynk sekali je dulu..tapi bukan kerana klik..


Bagi yang belum dapat bayaran dari Lynk, bertabah la..ada baiknya muhasabah diri juga mana tau kalau kalau duit tu kurang berkat..

Bagi Lynk pulak, lepas ni terma dan syarat kene perketatkan lagi, dan pengurusan kene lebih baik..itupun jika Lynk mampu survive dalam ujian ni..

Dah..

Jangan nak tunjuk sape yang salah..

Satu jari tunjuk orang lain, 4 jari lagi tunjuk pada diri sendiri..


14 ulasan:

  1. Mula-mula memang terkejut juga dan sedih.. sebab dah banyak tanam link sana sini.. tup2 diberhentikan..

    Memang orang akan abuse jenis iklan pendekkan link ni. Harap lynk.my ni kembali menyediakan servis terbaik selepas melakukan maintainance >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula sy lebih sebab dah banyak tanam link dalam blog..of jadi broken link semuanye kan ke haru biru blog tu nanti huhu..

      Padam
  2. Ni bahaya dan risiko mnjdi publisher klu ada blogger sampai dalan sesuatu ads tu akan merugikan org lain

    BalasPadam
  3. Pulak dah. HerMmm .. okay nampaknya link luar negara lagi better kita tekankan like googl atau bitly and banyk lagi kot.

    Nanti The Haikal boleh SHARE kot hihihi .. (klo boleh nak yang dpt earning) ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..saya pun tak pandai bab klik dapat duit ni..sebab rase macam tak berbaloi sangat dan ramai yang ambil kesempatan dengan link yang bukan-bukan..

      Padam
  4. kalau company Malaysia aku tunggu setahun dua kot baru akan join..sebab setahun pertama memang tak kukuh mana..tgk je le advertlets ngan NN tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tu la..nak sokong keluaran negara kata kan..tak pe lah..mungkin lepas ni lebih baik keadaannya..

      Padam
  5. Lynk mungkin susah jugak utk menjana keuntungan yg cukup utk bayar semua affiliate.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..rasanya margin keuntungan diorang pun kecik je tu..

      Padam
  6. sukar juga untuk buat bisnes cara begini..

    klik dan klik untuk dapat duit..

    mereka yang klik bukan untuk tengok iklan

    cuba buat macam Google Add..

    klik yang berkualiti dan publisher yang kena bayar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju 100%. kat malaysia ni yang macam adsense ade nuffnang dan innity dah kot..

      Padam
  7. benda macam ni, susah nak wat kat Malaysia.

    click bait bersepah. main kotor pun ramai.

    Kalau main cara jujur, susah nak hit RM100 melainkan ada fanpage power.

    Trust me.

    Sebab aku dah main benda-benda macam ni lebih dari 10 tahun. Sejak zaman adf.ly lagi.

    Dan tak hairan, sekejap je leh dapat RM 1k dalam sebulan. Nak dapat lebih pun boleh kalau tahu taktikalnya.

    So, bagi aku..akan jatuh benda ni tak lama lagi. Better tutup dari terus hidup.

    Salah satu sebab lain, company takde backup duit dan hanya berharap pada duit advertiser.

    Jahanam macam tu.

    Haha..

    backup plan diorang, salahkan publisher. Memang lagi jahanam la. Depa bukan big syarikat macam google yang leh ban dan salahkan publisher ikut suka hati depa.

    so, sayonara la lynk ni.

    leh move on.

    BalasPadam
    Balasan
    1. peh mantap komen ni..kalau wakil lynk baca ni boleh menangis ni..huhu..

      Padam
  8. Tapi sekarang dah online website Lynk.my tu? Macam mana ya. Agak agak dah jadi seperti biasa ke

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.