Ads Top

Nak Berjaya? Amalkan 4 Nasihat Daripada Pengasas Kedai Al-Ikhsan Ini


Semua orang nak berjaya.

Berjaya di dunia.

Berjaya di akhirat.

Masa aku on the way pergi kerja aku buka radio ikim fm..

Masa tu ada temubual dalam program inspirasi dan yang dijemput adalah Tn. Hj. Ali Hassan bin Mohd Hassan, Pengasas dan Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd

Siapa yang tak kenal dengan jenama AL-Ikhsan kan? Antara pembekal barangan sukan nombor satu di Malaysia.

Aku memang suka dengar temubual berinspirasi macam ni..

Rasa macam bersemangat nak buat sesuatu lepas tu..hehe

Dalam temubual tu banyak perkara yang dibincangkan salah satu yang dikongsikan adalah rahsia kejayaan pengasas Al Ikhsan tu..

Sebenarnya perkara tu bukannya rahsia tetapi sesuatu yang beliau amalkan  hingga berjaya..

Kalau nak diikutkan perkara yang di kongsikan tu semuanya logik dek akal je..tapi dalam masa yang sama, masih ramai yang lupa atau ambil ringan tentang perkara-perkara tu..

Jaga Solat

Ramai yang tahu solat tiang agama, tapi masih buat selamba..

Semua dah tahu solat 5 waktu, tapi masih ramai yang buat tak tahu..

Semua dah tahu tinggal solat berdosa, tapi apakan daya dah terbiasa..

Ramai yang rumah dekat dengan surau, tapi bilal panggil buat tak hirau..

huhu..

Peringatan untuk diri aku sendiri..

Tn Haji Ali Hassan menyarankan, perkara yang paling penting adalah untuk sentiasa jaga solat. Jika kita jaga solat insyaAllah apa sahaja yang kita lakukan akan lebih lancar dan tenang. Susah macam mana sekali pun, kita akan tenang dalam menghadapinya..

Jaga Sedekah

Memberi bukan perlu tunggu kaya. Orang yang ada RM2 jika dia sedekahkan RM1, nilainya lebih banyak berbanding orang yang ada RM1000 tapi sedekah RM1 jugak.

Tapi..sedekah bukan pada nilai..sedekah bergantung pada keikhlasan..sikit ke..banyak ke..yang penting diikhlaskan hati..

Kalau nak tunggu hati ikhlas baru sedekah susah sikit..yang mudah diamalkan, sedekah dulu dan ikhlaskan hati..

Jadikan bersedekah satu amalan, tabung-tabung masjid sentiasa terbuka menanti kita bersedekah..

Ibu Bapa

Bagi yang masih ada ibu bapa, berbaktilah..

Berbaktilah..

Berbaktilah..

Hormatilah..

Hormatilah..

Hormatilah..

Sayangilah..

Sayangilah..

Sayangilah..

Dari darjah satu, pelajaran pendidikan islam dah ajar perkara ni. Sampailah dah dewasa, perkara ni perlu diamalkan berterusan. Mak ayah tak mintak apa pun..

Korang yang dah jadi mak ayah tu..ade ke nak harap apa-apa dari anak? Nak banglo 30 tingkat? Nak kereta Posche 5 pintu?

Tak kannn..

Kita yang jadi ibu bapa ni nak anak hormat dan sayang kita..tu je..kita dah tua nanti tak bawak apa pun bro..😊

Duit? tak ke mana pun..

Sentiasa Fokus

Satu lagi adalah kita perlu fokus dengan perkara yang kita lakukan. Jika kita minat pada sesuatu, buat sehingga berjaya dan jangan berputus asa.

Tiada istilah putus asa jika kita memang sukakan sesuatu perkara.

Aku suka berblog.

Kalau aku gagal dalam berblog aku kecewa tak?

Kecewa, tapi aku takkan putus asa.

Usaha dan terus berusaha..

Macam tu la jugak dengan buat bisnes..Nak buat bisnes ni kena minat dan fokus..

Tak boleh la juga asyik nak tukar tukar jenis perniagaan.

Contohnya Tn Haji Ali Hassan dia memang minat sukan, jadi dia buka kedai sukan..

Kalau nak ceritakan pengalaman dia balik memang panjang tapi seronok dengar die bercerita..

Ok.

Tu la 4 perkara yang Tn Haji Ali Hassan kongsikan. Aku pasti dalam hati korang mesti cakap

.."4 perkara ni aku pun tahu"..

Yang penting bukan tahu, tapi praktikkan sepanjang hidup kita..

Kat bawah ni video ringkas sebahagian dari temubual tu..nak penuh boleh cari kat laman web ikim heheh..😋



p/s:

Korang tau tak, sebenarnya nama Al-Ikhsan tu bukan diberi oleh Tn Haji Ali Hassan tapi kawan dia yang daftarkan di SSM dengan nama tu. Kisahnya macam ni, ada satu ketika SSM hantar notis kerana beliau berniaga tanpa SSM, jadi die minta kawan die daftarkan SSM. Jadi kawan die pun pergi dan daftarkan sebagai Al-Ikhsan.

Yang menariknnya nama Ali Hassan & Al-Ikhsan ni lebih kurang sama bunyinya hehe..

Sekadar perkongsian. 

Moga ada manfaatnya..😁


10 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian nasihat ni.. Setiap orang ingin berjaya.

    Apa yang membezakan kita adalah perbuatan dan amalan yang kita lakukan untuk berjaya ;)

    BalasPadam
  2. saya suka brand al Ikhsan...dekat dihati dan nampak kemalayuannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. antara jenama terbaik di Malaysia untuk peralatan sukan :-)

      Padam
  3. simple tapi padu nasihat ini. bunyi senang tapi selalu lupa untu dipraktikkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasihat untuk diri sendiri jugak sebenarnya :-)

      Padam
  4. betul.. semua point itu tepat.. semoga menjadi panduan hendaknya..

    BalasPadam
  5. sama-sama kita ambil mengajaran :-)

    BalasPadam
  6. al ikhsan ni berani kerana benar, retailers yang berjaya

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.