Ads Top

Pendapatan Blog Bulan Ogos 2017


Cepat sungguh masa berlalu. Tup tup dah habis dah bulan Ogos. Rasanya macam baru je aku cerita pasal pendapatan blog bulan Julai.

Macam biasa, bulan Ogos adalah bulan yang sibuk untuk aku.

Banyak benda juga yang aku buat bulan ni.

Ebook

Aku sedang dalam proses penulisan ebook pertama aku. Setakat ni dah hampir sebulan aku menulis dan progress setakat ini adalah 50%. Sangat lambat rasanya progress tu..huhu..target awal bulan depan boleh lauch ebook tu. insyaAllah.

Google Adsense

Google Adsense memang sentiasa memberi aku pendapatan walaupun setakat ni aku hanya mampu cashout setiap 2 bulan je sebab minimum amount tak capai kalau sebulan. Itupun berbekalkan bantuan Youtube Channel aku tu.

Korang dah subscribe belum? Jom la meriahkan Youtube Channel tu 😁

Kalau pendapatan Google Adsense di blog pula, aku nampak setiap hari tak stabil..ada kalanya $8 sehari..adakalanya $0.20 je sehari..korang punye Google Adsense macam tu tak?

Dari segi konsistensi berblog pada bulan Ogos agak memuaskan, cuma blog susah senang blogger ni je yang kurang sikit update..tapi alhamdulillah..aku tak sangka jugak ramai yang baca blog ni..terima kasih kepada korang-korang ni sedang baca blog aku..hehe (ye aku maksudkan korang yang sedang baca ni).

Terima kasih banyak-banyak..

Tak semena-mena, blog ni pun nampaknya dah mula ada orang baca walaupun pada asalnya aku nak kongsi apa yang aku buat untuk blog-blog aku je sebab aku ni mudah lupe..
Dari segi pendapatan blog pula..

Jumlah tidak banyak beza dengan bulan-bulan sebelum ni..cuma yang membezakan adalah sumbernya je..

Ok.

Kita cerita bab pendapatan blog pulak..

Affiliate

Pendapatan dari affiliate pada bulan Ogos nampaknya agak memberangsangkan. Pendapatan utama adalah dari affiliate Klikje, Involveasia dan juga Ebay Intelligence.

Klikjer : 126
Ebay Intelligance: 120
Involveasia : 236

Iklan

Bulan Ogos memang bulan aku dapat cashout Google Adsense. Kali terakhir aku dapat cashout adalah pada bulan Jun. Selain daripada Google Adsense, aku ada guna Ezoic dan juga Mobicow. Ezoic next month baru cashout jugak. Mobicow ada la sikit pendapatan.

Google Adsense : USD126
Mobicow : USD12.80

Freelance

Untuk job aku di ilancee pula, bulan 8 ni ada juga job yang masuk. Alhamdulillah. Kepada yang nak cuba perkhidmatan penulisan aku boleh order kat ilancee @ PM aku terus hehe. Secara keseluruhannya aku dapat dari ilancee untuk bulan Ogos adalah sebanyak RM75.

Jadi total pendapatan blog dan online aku untuk bulan ni adalah lebih kurang RM1123.

Ini adalah kali ke dua aku dapat cecah atas 1k untuk pendapatan blog dan online. Korang pun pastinya tidak mustahil untuk buat benda ni..aku pun banyak lagi nak kena belajar dari sifu dan en Google sendiri..

What Next?

Aku nak siapkan ebook aku tu. Dan siapkan salespage. Ini pertama kali aku buat ebook berbayar. Sebelum ini ada juga buat ebook free tapi feel dia lain sikit masa buat ebook berbayar. Aku nak pastikan ebook aku tu berkualiti dan lengkap.

Yang pasti, ebook tu bukan cara buat duit dengan blog hehe..

Doakan aku berjaya untuk lauch ebook tu..

Untuk blog pula, mungkin bulan ni akan kurang sikit update sebab nak fokus tulis ebook tu..2 jam sehari yang aku peruntukan untuk online setiap malam tu nampaknya aku kene guna sepenuhnya untuk ebook tu..huhu..

Ebook ni adalah satu dari cabang aku nak cuba untuk kembangkan minat aku dengan online marketing..tak cuba tak tahu..

Gagal atau berjaya itu lain kira..

Yang pasti aku nak cuba dulu 😅

Aku berpegang kepada falsafah Boss Baby tu hehe..Mana taknya, setiap malam aku tengok Boss Baby tu..kalau tak anak aku tak nak tidur. Dah macam bed time story dah movie tu..

Eh tu dah bab lain tu hehe..

Apa pun, aku harap korang pun berjaya dengan apa yang diusahakan.

Setakat tu dulu la kisah pendapatan blog aku bulan Ogos..hehe

12 ulasan:

  1. Tahniah2x. Bukan senang nak capai income RM1k dan keatas. Nanti bila dah ada ebook berbayar, In Shaa Allah lagi tinggi boleh dapat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. :-) Pendapatan dari ebook ni saya masih belum fikir sangat sebab ni first time kan..tak boleh mengharap sangat..nanti kecewa hehe..

      Padam
  2. Balasan
    1. Haha..xkayo mne pun..boleh buat bayar bil n pusingan modal berblog Ok la :-)

      Padam
  3. Tahniah.
    Apa rahsia dapat Google Adsense ye ? Saya dah berkali2 request, rejected je. huh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Relax. saya pun lepas 6 kali apply baru dapat hehe. Rahsia rasanya takde kot..cume untuk permulaan kena kerap update blog, link-link wajib macam disclaimer, contact, about tu semua kena setup. cari trafik sikit untuk blog..then boleh cube hantar lagi sekali..

      pengalaman google adsense saya ada kat sini: http://www.susahsenangblogger.com/search/label/Google%20Adsense

      Padam
  4. tahniah dan saya tumpang gembira..

    bukan senang juga nak buat duit secara online..

    hati mahu kental dan otak kasi genius dulu..

    mahu kerja keras dibuatnya

    BalasPadam
  5. Hebat dah tu tuan dapat RM1k lebih (Y) konsisten skit da tu... Tahniah tuan mcm saya alhamdulillah bulan ogos 31 baru ada income itupown dari adsense dapat la skit kalau tak xde income langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah juga untuk tuan. Mungkin itu permulaan tuan untuk income yang lebih banyak di masa akan datang.

      Saya pun banyak lagi nak kene belajar..:-)

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.