Ads Top

Macam mana nak buat duit dengan blog? Teori vs Realiti..


Ada orang tanya aku. Macam mana nak buat duit dengan blog?

Aku pun serba salah nak jawab.

Bukan tak boleh jawab. Tapi rasa belum layak nak jawab soalan ni. Pendapatan blog aku pun baru ciput je.

Secara teorinya aku memang tau cara nak buat duit dengan blog. Tapi bila aku praktikkan sendiri, baru tau yang sebenarnya ianya tak semudah teori.

Secara teorinya memang nampak mudah..

Practically?

Depends..

Sejujurnya, pada aku..buat duit dengan blog bukannya mudah..Walau pun hakikatnya ada lebih dari 10 cara untuk buat duit dengan blog..

Mungkin ade blogger yang buat blog satu hari dah berjaya buat duit..

Tapi mengikut pengalaman aku..lepas 6 bulan aku berblog barulah ada pendapatan..sadis kan? ahhaha 😅

Kali ni aku nak cerita antara teori dan realiti buat duit dengan blog. Kalau ade blogger lain yang tak setuju pun tak pe..Ni pendapat dan pengalaman aku je..Lain orang lain pengalaman..

Teori 1 : Buat Duit Dengan Affiliate Marketing.

Satu sebab kenapa ramai blogger suka buat duit dengan affiliate adalah kerana ianya percuma.  Kita boleh daftar sebagai affiliate dan promosikan mana-mana produk yang kita nak.

Dengar macam senang kan.

Ala..Daftar..lepas tu promosikan je..kalau ada yang beli guna link affiliate kite, kite dapat komisyen..

Apa perkataan yang memerangkap kat sini?

'PROMOSIKAN'

Daftar memang senang. Nak promosikan pun senang.

Boleh promosikan guna artikel, banner atau video..

Realiti 1 : Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Tapi yang susahnya adalah..

Nak promosikan dengan BERJAYA dan dapatkan jualan..tu yang susah

Bila dah buat blog sendiri, barulah aku sedar..

Bukan semua orang pandai buat PROMOSI..MARKETING..

Aku dalam kategori tak pandai..

Aku tak pernah belajar pun bab marketing ni.

Mungkin sebab aku ni pemalu kot 😑 .. Bila nak promosikan apa-apa pun sebelum ni rasa malu..

Sekarang ni pun masiih malu.

Cuma sekarang ni bila promosi kurang berjaya tu dah tak rasa apa sangat dah..

Just let it go dan cuba lagi..

Sekali gagal..cuba 2 kali..

2 kali gagal..cuba 3 kali..

3 kali gagal..cuba 4 kali..

4 kali gagal..cuba 5 kali..

....

....

100 kali gagal..cuba 101 kali..

and so on..the list never stop..

Berdasarkan pengalaman aku yang ciput ni, link affiliate dalam artikel lebih convert berbanding banner.

Jadi rajin-rajinlah tulis artikel dan selitkan affiliate link sekali 😊



Teori 2: Buat Duit Dengan Google Adsense

Blogger baru sekarang bertuah.

Sebab Google Adsense dah terima blog dalam Bahasa Melayu. Jadi tak payah la nak susah-susah buat blog english atau nak kene upah orang lain untuk buatkan akaun Google Adsense.

Dengar macam senang kan?

Memang senang pun..Buat blog..tulis artikel..lepas tu apply la Adsense..lepas approve Google Adsense, letak iklan Google Adsense kat blog dan buat duit secara pasif.

Wow! Siapa yang tak nak pendapatan pasif kan?

Tiap-tiap bulan goyang kaki dapat duit kot..

Realiti 2 : Buat Duit Dengan Google Adsense

Alangkah indahnya jika apa yang dinyatakan dalam teori tu semudah yang perlu dilakukan..

Satu perkataan je yang perlu untuk buat duit dengan Google Adsense..

TRAFIK.

Bukan traffic light..

Bukan traffic jam..

Tapi trafik ke blog kita.

Pengunjung..

Pembaca..

Pengikut..

Dari segi istilah statistik, trafik blog adalah berkadar terus dengan pendapatan Google Adsense.

Lebih tinggi trafik blog, lebih tinggi pendapatan Google Adsense.

Boleh ke dapat duit kalau goyang kaki je?

Mungkin boleh mungkin tak..

Satu kerja je yang aku tau kalau goyang kaki dapat duit..

Tukang jahit..

Tapi aku goyang-goyang kaki sebab aku suspek aku ade restless leg syndrom..

Aku pulak memang kena goyang jari jemari aku untuk tulis artikel..

Nak ilmu permulaan apply Google Adsense, boleh juga jika nak dapatkan panduan Google Adsense..

Tapi pada aku panduan Google Adsense hanyalah 50% dari proses pembelajaran. 50% lagi adalah berdasarkan pengalaman dan realiti kehidupan sebagai seorang blogger.


Teori 3 : Pendapatan Pasif Dengan Blog

Blog adalah salah satu dari sumber pendapatan pasif.

Betul ke?

Betul la..

Lepas setup blog, secara automatik blog akan berikan pendapatan melalui link affiliate yang kita letak dan juga iklan yang terpapar pada blog.

Realiti 3 : Pendapatan Psif Dengan Blog

Aku 50/50 untuk mengatakan duit dari blog ini pasif. Ada yang boleh dianggap pasif, ada yang perlu kerja keras.

Pendapatan dari blog = pasif + gaji tertunggak + takde gaji

Pasif bila aku tak tengah tengok tv tibe-tibe dapat emel duit masuk dalam bank atau dapat jualan. Pasif juga bila dapat beberapa sen dari Google Adsense.

Gaji tertunggak sebab bila aku buat satu artikel tentang affiliate, kadang lepas 3 4 bulan baru ada sale. Gaji tertunggak la tu..

Bila gagal buat sale..Takde gaji..Kerja dengan ikhlas..

Hakikatnya..

Setiap yang dipanggil pasif tu memerlukan kerja keras sebelum tu..

Pendapatan pasif dari Google Adsense kena rajin tulis artikel dan juga promosikan artikel..

Kembali kepada realiti 2..

Affiliate..

Berapa banyak artikel perlu buat untuk promosikan satu produk affiliate..

Jawapannya..buat banyak-banyak..

Kembali kepada realiti 1..


Kesimpulan

Blog boleh buat duit. Betul. Aku serius.

Dapat seposen satu hari pun duit pe..

Buat blog boleh jadi kaya?

Tak semua..

Bak soalan teka teki dalam cerita Pak Belalang..

1 Banyak-banyak
2 Sikit-sikit
3 Jarang-jarang
4 Kadang-kadang..



Banyak orang boleh buat blog..

Sikit-sikit je yang berjaya buat duit dengan blog..

Jarang-jarang sekali orang yang ada pendapatan tetap dengan blog..

Kadang-kadang je ade blogger jadi kaya dengan blog..

Alkisah..


15 ulasan:

  1. buat duit dengan blog macam lawak pun ada..

    yang pasti kalau dah rezeki tak buat blog pun dapat duit..

    macam orang kutip tin aluminium..

    dapat kutip banyak maka ada banyak jual..

    sengnaja saya bagi komen out of topik

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul..setiap orang dah ada rezeki masing masing :-)

      Padam
  2. Buat duit dengan blog... dari segi teori nampak macam boleh buat duit. Dari segi praktikal? Juga boleh buat duit. Dengan syarat kita buat la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan syarat buat dengan betul la juga :-) hehe..

      Padam
  3. Budak-budak sekarang yang femes kat insta facebook. Kalau depa ada blog, aku rasa boleh kaya dengan google adsense kat blog and youtube. Belum lagi crita pasai involve asia. pehh ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insta ndan facebook lagi senang nak femes kot..hehe..kalau kat blog ni dah bertahun-tahun pun x tentu femes lagi hehe

      Padam
  4. Huhu betul awak...semoga saya istiqamah sebab saya nak jdkan ini pendapatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah awak boleh buat..teruskan usaha dan jangan mudah putus asa..tambah ilmu..konsisten..insyaAllah berjaya..

      saya pun banyak lagi perlu belajar ni..

      Padam
  5. NAK TAHU CARA BUAT DUIT DENGAN SHARE VIDEO

    klik link ini https://goo.gl/1j1QBJ

    BalasPadam
  6. Hahahah.. seronok baca 😂😂
    https://mrtengkus.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  7. Kalau jiwa kental, mata merah berjaga malam, sanggup tidur beberapa jam, silakan jadi blogger.

    Betul sangat tuan. Sangat susah terutamanya nak dapat trafik banyak.

    Tapi semuanya tak mustahil.

    BalasPadam
  8. Salam, sedang cuba dan mencuba.

    BalasPadam
  9. Terima kasih tuan. Apa pun trafik berkualiti itu penting untuk dapat lebih pulangan.

    BalasPadam
  10. Siapa kata jadi Blogger tidak boleh jadi Jutawan. Tiada yang mustahil dalam dunia online yang penting Rakan Blogger perlu yakin dan bersungguh-sungguh dengan apa yang kita lakukan. Berapa ramai Rakan Blogger yang yakin menjadi Blogger boleh menjadi kerjaya yang bukan sekadar dapat menampung kehidupan tetapi boleh menjadi Blogger Jutawan.
    https://www.buatduittulisblog.com/?id=ck7t2Rak

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.