Ads Top

Cara Aku Uruskan Pendapatan Blog..


Gambar atas ni memang tak ade kaitan dengan tajuk blog. Aku letak gambar ni sebab ia sangat comel.

Haha 😁

Kembali pada topik kita.

Apa yang korang buat dengan pendapatan dari blog?

Tak kira sikit atau banyak, pendapatan blog tu perlu diuruskan dengan baik.

Apa yang aku maksudkan adalah pendapatan dari blog bukanlah semata-mata untuk digunakan untuk membayar bil internet dan lain-lain bil.

Sepatutnya ada bahagian dalam pendapatan blog tu yang perlu digunakan untuk mengembangkan blog.

At least tu la yang aku cuba buat.

Dulu masa tak ada pendapatan pun dari blog, aku cuma harap dalam satu tahun aku berblog, aku dapat pendapatan balik menyamai berapa harga aku beli domain blog. Biasanya domain harga dalam lingkungan RM60 setahun.

Bila dah capai matlamat tu, barulah naikkan sikit matlamat yang seterusnya.

Sekarang, aku dah sediakan satu akaun khas untuk pendapatan aku dari blog. Duit itu hanya digunakan untuk mengembangkan blog dan juga untuk buat projek baru berkaitan blog / online.

Duit tu jugak untuk bayar domain, bayar hosting, bayar emel responder, bayar langganan yang berkaitan..

Duit-duit tu TAKKAN digunakan untuk bayar bil elektrik, bil air, bil internet atau lain-lain bil.

Kenapa?

Sebab semua bil tu aku perlu bayar juga walaupun aku tak berblog. Jadi bil-bil semua aku bayar guna gaji kerja tetap aku.

Duit blog untuk blog.

Aku teringat kate-kate orang berbisnes..

Duit bisnes jangan dicampur dengan duit belanja.

Kalau campur jugak memang bisnes takkan berkembang.

Duit tu pun mudah terguna untuk benda lain kalau main campur je.

Dan lagi satu aku belajar dari blogger yang dah berjaya..

Treat your blog as your business..

Tak kisah la walaupun blog tu dapat berapa pun setiap bulan. Jika ada pendapatan, masukkan ke akaun khas.

Tapi..

Kalau blog tu memang 'penyambung nyawa' setiap bulan nak buat macam mana?

Korang ada 3 pilihan..

Pilihan pertama.

Usaha untuk tingkatkan pendapatan blog. Bila pendapatan dah meningkat, mula simpan sebahagian ke dalam akaun blog korang..

Pilihan kedua.

Buat bajet semula. Maksud aku bajet keseluruhan perbelanjaan korang setiap bulan. Susun bajet korang sehingga korang tak perlukan duit dari blog untuk tampung perbelanjaan korang.

Bila bajet dah ok. Pendapatan blog tu boleh terus masuk ke akaun blog.

Pilihan ketiga.

Abaikan nasihat di atas dan belanja la sesuka hati korang haha.. Duit korang kan 😋

Ok.

Apa yang aku cuba kongsikan adalah, kita perlu uruskan pendapatan blog kita dengan baik.

Aku tak kate cara aku ni yang terbaik.

Pendapatan blog aku pun BELUM banyak.

Mungkin ada cara lain yang blogger lain buat tapi tak cerita pun.

.
.
.

Bagi yang masih belum ada pendapatan dari blog, jangan pernah mengalah.

Aku rase rugi sangat sebab masa tahun 2009 aku mula blog lepas tu give up..

Masa tu memang aku tak dapat apa apa pendapatan dari blog aku..tu yang aku mengalah..sedangkan masa tu aku baru je berblog kurang dari 6 bulan..

Kalau tak, mesti blog aku dah tahap blog Hasrul Hassan  dah agaknya hehehe..

2015 baru aku start blog balik.

Kali ni lebih tekad dan lebih bersedia.

Tapi less money minded..

More educating minded..

.
.
.
Sangat banyak lagi aku nak belajar..dunia blogging akan terus berubah mengikut peredaran masa.

Ok.

Tu je aku nak kongsi pasal cara aku uruskan pendapatan blog.

Jumpa lagi lain kali ye! 😊

14 ulasan:

  1. kalau dah sepuluh tahun buat blog dan tiada hasil duit pun tak pe..

    akhirat jutawan kerana ilmu yang bermanfaat yang kita kongsikan adalah amal jariah yang tidak putus-putus..

    bro hebat saya terinspiri.

    selamat berjuang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih :-) InsyaAllah boleh jadi saham akhirat juga :-)

      Padam
  2. Semoga lebih sukses bro..keep blogging ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kaish :-) InsyaAllah akan terus blogging :-)

      Padam
  3. Takpelah kalau dari dulu buat blog, pendapatan ciput je asalkan artikel bermanfaat untuk public dan bersifat evergreen.

    Nanti bila betul-betul nak buat duit. Boleh terbit buku hasil dari artikel berblog. Ini yang Asyraf baru tahu dari seorang blogger popular US.

    In shaa Allah, sama-sama kita majukan ya Haikal ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik betul apa yang asyraf kongsikan ni :-)

      InsyaAllah sama2 belajar dan maju kehadapan :-)

      Padam
  4. semoga lebih sukses, memang kena manage sebetulnya duit ni

    BalasPadam
  5. Bila anggap blog tu umpama sebuah perniagaan, akan timbul kesedaran untuk uruskan pendapatan dengan baik. Tapi kalau anggap blog tu suka-suka, belanja la ikut suka hati :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tuan. Ia bergantung je kepada apa matlamat sebenar kita berblog :-)

      Padam
  6. Betul tu, pengurusan kewangan tu penting. Kalau tak habis camtu je kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..kene uruskan juga walaupun sikit :-)

      Padam
  7. Duit pendapatan dari blog memang sepenuhnya guna untuk renew domain dan hosting

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kalau ade hosting berbayar la..kalau hosting free bayar domain je..selebihnye boleh simpan hehe..

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.