Ads Top

Throwback Berblog Setahun Yang Lepas


Entah kenapa, aku tiba tibe terfikir something mase tulis artikel pendapatan blog Ogos 2017.

Tibe tibe terdetik..

Berapa pendapatan blog aku pada Ogos 2016? Setahun yang lepas..

Sejujurnya memang aku tak ingat berape.

Tulah untungnye aku ade tulis pendapatan blog dalam blog aku ni hehe..

Kalau tak tulis, jangan harap aku nak ingat..

Ok.

Sila serious sikit.

Ni artikel setahun lepas : Pendapatan Blog Bulan Ogos 2016

Baca artikel ni dulu nanti korang faham apa yang aku maksudkan dalam artikel kali ni..

Malas nak baca?

Tu aku susah sikit nak tolong.

Baca la..

Membaca kan jambatan ilmu..

Ok. 

Bile aku baca balik post tahun lepas tu..ade beberapa perkara yang aku boleh highlight kan..



1. Nak earning 1k/month

Ogos 2016 aku bercita-cita untuk dapat pendapatan RM1k sebulan menjelang 2017.

Walaupun bukan setiap bulan aku dapat RM1k dalam tahun 2017..

Tapi..

Alhamdulillah. Ogos tahun ni dah masuk kali ke 2 aku dapat earning lebih 1k. Maksudnye matlamat aku untuk tahun lepas separa tercapai!

Wehooo! Haha..

Lepas ni boleh target tahun depan 2k/month..

Cakap dan tulis memang senang..

Huhu..takut pulak nak letak target tinggi camtu..ingat senang ke..huhu..


2. Segmen Ikon Blogger

Bab yang ni aku sedih sikit..huhu..aku memang bercadang nak interview rakan-rakan blogger dan blogger blogger otai kemudian post kat blog aku ni..

Niat tu masih menebal sampai sekarang..

Setakat ni baru ade 2 blogger yang aku interview. Bro Hasrul Hassan dan Abang Hensem.

Kedua-duanya memang sporting kaw..

Tapi masa permulaan tu..reply yang aku dapat untuk mohon interview tu agak mengecewakan..ada la dalam 10-15 blog yang aku approach..70% cakap tak nak join, tak berminat..atau reply pun tak huhu..

Ek eleh..baru 10 - 15 blog tolak ko dah patah hati..kata anak jantan! Pantang maut sebelum ajal!


Ye la..aku ni muke je macam garang, hati macam tisu..

Haha..

Ok. Aku target mulai bulan September, setiap bulan at least 1 blogger aku nak review..

Bukan tanya soalan periksa pun..Tanya santai santai je..

By emel je..

Dapat backlink percuma tau hehe..

Walaupun, nilai backlink kat blog ni tak bermakna sangat pun haha..

Tapi mana tahu kalau tahun depan blog ni meletop top..kan ke berbaloi backlink tu hehe..

Nak aku interview korang tak?

Komen 'PM' kat bawah..

Hehehe..

Dah macam jual barang kat Facebook pulak hehe..


3. Anak dah 3

Lagi satu improvement adalah masa aku tulis artikel setahun yang lepas, anak aku baru 2 orang. Masa aku tulis pendapatan blog Ogos 2017, anak aku dah 3 orang..haha

Cabaran lebih besar..

Tapi sebab anak ke 3 ni baby girl, jadi dia agak behave dan aku pun senang sikit nak uruskan masa..

Agak-agak tahun depan masa aku tulis artikel pendapatan blog bulan Ogos 2018, anak dah 4 tak? haha..

Mungkin tidak hehehe..😋

Ok.

Itulah serba sedikit perkembangan dan situasi sebenar blog ni.

Yang baik jadikan contoh (kalau ada)..

Yang tak baik jangan diumpat pulak..Berdosa..

Yang tak baik pun jadikan contoh juga..tapi jangan diikut..untuk ditinggalkan..

Itu je untuk kali ni. Semoga bermanfaat artikel throwback aku ni 😊

10 comments:

  1. Terbaik. Nampaknya blog ini semakin berkembang pesat. Tahniah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :-) Blog ini sendiri nampaknya ada kemajuan. Tapi masih banyak KPI yang perlu dicapai :-)

      Delete
  2. Setiap tahun income naik RM1k. Mesti cool kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dah tersangatlah COOL hehehe..tapi bukan senang tu huhuhu..

      Delete
  3. wah...sangat menarik.

    bro memang dalam kategori blogger yang berjaya..

    tahniah saya ucapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum berjaya lagi..banyak kene belajar lagi :-)

      Delete
  4. hahaha~ kalau kakak flashback setahun yang lepas.. mau menangis kot.. blog kosong macma lagu Jawa Latif ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pun ada permulaannya..masa saya baru mula dulu pun sama macam tu hhehe

      Delete
  5. anak baru 3?

    takpe.

    tahun ni usaha yang ke empat plak.

    ReplyDelete

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Powered by Blogger.