Sampai Bile Nak Harapkan Google Adsense..
Memang aku suka jana pendapatan dengan Google Adsense.
Tapi tibe-tibe aku terfikir.
Sampai bile aku nak harapkan pendapatan dari Google Adsense je?
Apa akan jadi kalau tiba-tibe Google Adsense aku kene sekat?
Nauzubillah..
Tambahan lagi pendapatan dari Google Adsense sekarang sangat tak konsisten.
Jadi aku perlu buat sesuatu untuk pastikan kerjaya online aku ni akan terus berkembang dan tidak hanya mendatar ataupun menurun.
Pendapatan Google Adsense aku setakat ni payout setiap 2 bulan. Itupun dengan bantuan dari Youtube Adsense.
Dan untuk pertama kalinya bulan ini.
Pendapatan Youtube Adsense aku dah melebihi dari pendapatan Google Adsense di blog. Dalam satu sudut aku gembira sebab Youtube Channel aku ada peningkatan. Tapi dari satu sudut pulak aku agak sedih sebab Google Adsense di blog berkurangan.
Jadi aku perlu buat sesuatu untuk mempelbagaikan pendapatan online dan pendapatan blog aku ni.
Ini senarai perancangan aku untuk masa akan datang:
Buat niche site spesifik untuk produk affiliate tertentu
Blog ni sendiri pun niche site jugak. Tapi tujuan utama blog ni bukan untuk buat duit. Tapi lebih kepada perkongsian. Untuk masa terdekat, aku nak buat satu niche site yang memang money minded. Blog untuk buat duit semata-mata. Untuk niche site tu aku cadang untuk jual spesifik produk.Emel Marketing
Sejujurnya aku emel marketing bukan kekuatan aku sekarang ni. Aku lebih kepada content marketing. Tapi jika aku nak kembangkan kerjaya online aku, aku rase aku kena juga berkecimpung dalam emel marketing. Harapnya minat tentang emel marketing akan datang selepas tu.Buat Produk Sendiri
Aku pun ada cadang untuk keluarkan produk sendiri. Tapi lepas separa gagal dalam usaha buat ebook lepas, rasanya aku nak cuba buat produk lain pulak. Tapi untuk waktu ni aku tak ada idea nak keluarkan produk apa. Kalau korang ada idea boleh la kongsikan ea kat ruangan komen 😁Ini jelah 3 cara yang aku terfikir setakat ni untuk kembangkan kerjaya online aku.
Berjaya tau tak itu belakang kire.
Yang penting, belajar dan cuba praktikkan.
Ada rezeki insyaAllah berjaya. 😁
Cume aku nak tau la..apa yang korang buat untuk kembangkan kerjaya korang sebagai blogger dan juga buat duit online ye? Jawab kat ruangan komen ye. Terima kasih. Mana tau aku boleh ikut apa yang korang buat tu 😊
Kena terus konsisten dan up lagi..jgn putus asa.
BalasPadamInsyaAllah takkan putus asa. Cume nak diversify income je hehe.
PadamMacam orang melabur unit trust tu..
try clickbank plak bro..sangat best..hehe
BalasPadamMmg tgh belajar..bro dah lame kecimpung dalam clickbank tak? Nak berguru boleh? Hehe
PadamNak blaja gak...saya bebenar nak jana pendapatan camni je instead makan gaji di opfis
BalasPadamJom belajar sesama :-) Setakat ni pendapatan dari blog hanyalah sampingan. Masih mengharapkan gaji kerja opis tu hehe..
PadamBaguslah post ni. Inspiring..
BalasPadamTerima kasih. Semoga bermanfaat untuk semua juge :-)
Padamada youtube sebagai bakcup jana pendapatan adsense tu kira ok gak.. tapi kalau blog memanjaang suram adsense pun bahaya gak. jadi sen2x je dapat.
BalasPadamsejak akhir akhir ni memg bukan adsense tp sen2 je huhu..tapi takpe..tu sebagai tanda tak boleh nak duduk selesa je..kne terus usaha..
Padambetul juga sampai bila nak harapkan adsense ya. kena ada backup plan dan pelbagaikan medium
BalasPadamkne buat backup. sebab apa-apa pun boleh berlaku kan..
Padamsaya memang ada perancangan untuk bisnes offline..
BalasPadamsebelum buat itu ..
saya wajar berjaya online dulu sebagai money piping...
nanti bisnes offline lebih santai sikit.
insyaAllah dengan usaha berterusan boleh dicapai perancangan tu :-)
Padam