Ikon Blogger EP4: Sabree Hussin
Dalam episod ikon blogger kali ini kita akan berkenalan dengan seorang lagi blogger tempatan. Blogger kali ni memang dah banyak kali tersenarai dalam top 10 untuk affiliate Klikjer.
Tak macam aku.
Setakat yang aku ingat, aku baru 2 kali tersenarai dalam top 10. Dalam kebanyakan masa, aku hanya top 100 (itupun kalau wujud list tu..haha).
Jadi tak pelik lah beliau ni lebih suka digelar sebagai Internet Marketer berbanding seorang Blogger.
Ok.
Blogger yang aku maksudkan adalah Sabree Hussin.
Siapa yang tak kenal beliau ni memang rugi besar.
Sabree Hussin adalah blogger yang memang sejak awal adalah 'money minded'.
Maksudnya, beliau buat blog memang untuk duit.
Sebelum ni aku selalu memperjuangkan yang kalau nak buat duit dengan blog mesti utamakan memberi manfaat dan kemudian barulah buat duit dengan blog.
Tapi..mindset Sabree Hussin ni unik sebab beliau buat perkara yang sebaliknya..
Buat blog untuk duit DAN memberi manfaat kepada pembaca.
Nampak macam 2 benda yang sama tapi sebenarnya ada perbezaannya.
Ini menunjukkan bahawa beliau ni memang fokus pada apa yang nak dicapai dengan blog beliau. Tak macam kebanyakkan orang (mungkin termasuk aku) yang lebih bersifat cuba-cuba dan ikut nasib..
Ok.
Aku beruntung kerana baru-baru ni aku berpeluang untuk bertanyakan beberapa soalan kepada beliau melalui Facebook Messenger. Ternyata beliau memang seorang yang mudah didekati dan tidak sombong memberi maklumbalas 😊
Jom tengok sikit soalan yang aku ajukan dan jawapan yang diberikan:
Boleh perkenalkan diri sedikit?
Assalamualaikum dan hai! Nama diberi Mohamad Sabree Bin
Hussin. Berasal dari Klang Selangor. Kini menetap di Kuala Lumpur bersama
isteri tercinta.😊
Jemputlah layari laman blog saya,
https://www.sabreehussin.com untuk lebih mengenali diri saya.
Sejak bila mula berblog?
Saya mula terlibat dalam bidang penulisan blog ni pada
tahun 2009. Masa tu, saya secara tak sengaja, terdownload sebuah ebook
berbahasa Melayu yang menceritakan tentang cara-cara untuk buat duit dalam
matawang USD hanya menggunakan laptop dan internet.
Saya tak berapa ingat apa tajuk ebook tu, tapi kalau saya
tak silap, tajuknya macam “Formula Tsunami Wang”. Kemudian, bermula saat tu,
saya mula berminat nak explore dengan lebih mendalam topik tentang panduan
buat duit online.
Waktu tu, tak banyak website berbahasa Melayu yang cerita
tentang cara-cara nak buat duit online. Jadi, kebanyakkan laman web yang saya
temui adalah dalam bahasa Inggeris. Masa tu, antara Internet Marketer yang
saya follow ialah John Chow, Joel Comm, Ewen Chia, dan ramai lagi.
Seingat saya, selang satu atau dua tahun selepas tu,
muncul nama-nama IM dari Malaysia yang juga menjadi pelopor kepada berkembangnya
industri Internet Marketing di Malaysia, seperti Zamri Nanyan, Razif Yusof,
Ammar Zahar, Rahman Basri dan ramai lagi.
Saya cuba ikut kaedah dan strategi yang mereka gunakan
untuk buat duit online, yang kebanyakkannya lebih kearah strategi email
marketing.
Saya rasa, jiwa saya lebih kepada content marketing, dan
akhirnya saya fokus sahaja kepada kaedah content marketing.
Bukanlah saya nak kata, kaedah blogging tu lebih baik
berbanding lain-lain kaedah marketing yang ada diluar sana, cuma setelah saya
gunakan pelbagai kaedah, saya dapati ada banyak benda yang mampu dikecapi
apabila kita guna kaedah blogging.
Apakah pencapaian terbaik
sebagai seorang blogger?
Saya rasa, pencapaian terbaik saya ialah apabila saya
boleh hidup dengan gaji dari blog tanpa perlu cari kerja kot...
Bila kita jadi penulis blog, kerja sentiasa ada. Sentiasa
ada produk baru yang menanti untuk kita promosikan.
Kemudian, inbox kita juga akan sentiasa menerima emel
permintaan dari para usahawan yang mahukan khidmat kita dalam mempromosi dan
memasarkan produk keluaran mereka.
Rezeki setiap
orang berbeza-beza. Setiap orang ada bahagian masing-masing.
Cabaran terbesar sebagai
seorang blogger?
“Apabila kita tahu, sesuatu topik itu boleh buat UNTUNG,
tetapi kita tak tulis topik tersebut, sebab kita tak berapa suka topik
tu.”
Personally, saya selalu berhadapan dengan situasi
mencabar seperti ini. Salah satu contoh topik yang saya tahu, boleh buat
untung banyak ialah topik berkaitan kerjaya.
Walaupun begitu, saya amat jarang menulis tentang topik
kerjaya. Saya rasa inilah cabaran paling besar untuk saya... iaitu untuk
menulis topik yang kita tak berapa suka.
Jika ada satu nasihat untuk
blogger baru, apakah nasihat tersebut?
Semasa saya baru mula menulis blog dulu, salah satu
nasihat yang cukup popular ialah, “jangan menulis blog sebab duit. Buat blog
sebab minat dan duit akan datang sendiri.”
Sebagai seorang blogger yang baru, sudah tentu saya tak
akan ikut nasihat seperti ini. Ya, saya memang seorang yang ada tendency
untuk buat the other way around untuk setiap nasihat yang saya terima.
Pada hari ini, saya boleh menarik nafas lega. Mujurlah
saya tak ikut nasihat tu. Jadi, apabila saya diminta untuk memberi nasihat
sekarang ni, saya faham, bukan semua orang akan ikut apa yang saya sampaikan
ha3.
Tapi tak apa la, just in case ada yang minat nak dengar
nasihat saya.
Jika anda adalah seorang blogger baru, atau yang baru nak
bermula, dan anda ingin buat blog sebab nak buat duit, FOCUS kepada matlamat
anda tu.
Saya buat blog memang sebab nak buat duit. Pada hari ini,
blog saya adalah sumber pendapatan saya.
Orang yang buat blog sebab nak buat duit, dari segi
perkembangan dan usaha, tak sama dengan orang yang buat blog sebab
minat.
Pada waktu saya baru nak mula menulis blog, pada tahun
yang sama, juga ada ramai penulis blog yang baru nak up atau baru nak bermula.
Bezanya, mereka menulis sebab passion, ingin berkongsi cerita dan 1,001 sebab
yang lain.
Oleh sebab matlamat saya nak buat duit, maka saya kena
buat cara macam nak buat duit. Disamping menulis blog, saya juga invest duit
dan masa untuk kuasai beberapa kemahiran seperti
1. Story Selling – Bagaimana menggunakan teknik
penceritaan untuk menjual sesuatu barang atau perkhidmatan.
2. Copywriting –
Bagaimana memastikan pembaca suka untuk baca apa yang kita tulis, hinggakan
mereka sanggup untuk baca setiap perkataan yang kita tulis tanpa ada satu pun
yang ditinggalkan.
3. Search Engine Optimization – Bagaimana memastikan
artikel blog yang kita dah taip dengan susah payahnya berjaya tersenarai di
muka surat pertama enjin carian google bagi kata kunci yang kita mahukan.
4. Integrated
Marketing – Bagaimana menjadikan blog sebagai satu komponen dalam mencapai
matlamat yang lebih besar, dan ianya saling melengkapi antara platform
pemasaran yang ada. Bagaimana cara untuk gunakan Email Marketing, FB
Marketing, dan blog secara harmoni dan saling melengkapi antara satu sama
lain.
5. Sales & Marketing – Ini ilmu penting yang banyak
bantu saya hasilkan pendapatan dari program affiliate dan jualan produk
sendiri.
Awal-awal dulu, saya tak berapa suka bila orang kata saya
ni adalah seorang blogger. Sebab pada saya, saya bukan seorang blogger. Saya
adalah seorang marketer. Internet Marketer.
Saya adalah seorang Internet Marketer yang menggunakan
blog sebagai medium pemasaran.
Latihan yang saya lalui selama ini, adalah untuk
menjadikan saya seorang copywriter. Bukannya blogger. Namun, oleh sebab
medium yang saya gunakan adalah blog, maka saya lebih dikenali sebagai
blogger.
Tak kisahlah apa gelaran sekalipun, janji matlamat asal
saya tercapai, iaitu saya nak buat duit dengan blog.
... dan ya, saya berjaya buat duit dengan blog saya.
Bagaimana dengan mereka yang buat blog sebab minat, sebab nak kongsi cerita
dan sebagainya? Saya percaya, mereka juga berjaya buat duit.
Bagi mereka, duit yang diperolehi adalah bonus.Mereka tak
kejar pun duit dari blog. Apa yang penting adalah kepuasan.
Orang yang nak ada blog sebab nak berkongsi cerita, atau
sebab bosan, atau sebab tak ada benda nak buat, jalannya dan cara
penulisannya pasti tak sama dengan mereka yang menulis sebab nak buat duit
(macam saya ha3).
Bagaimanakah cara tuan buat
duit daripada blog?
Seingat saya, saya dah guna semua kaedah yang wujud atau
yang pernah dibincangkan oleh manamana blogger untuk buat duit dengan
blog.
Kebanyakkan cara, saya dah rasa hasilnya. Sekarang ni,
saya hanya fokus kepada yang mudahmudah sahaja, iaitu
1. Affiliate
Marketing
2. Sponsored Post @ Review
3. Banner Advertising
Program buat duit online datang dan pergi. Ada yang cuma
bertahan selama setahun, ada yang kurang dari itu. Tapi blog saya? Dah wujud
sejak dari tahun 2009 atau awal 2010 lagi.
Berapakah pendapatan tuan daripada
blog?
Pendapatan dari blog ni, pada pandangan saya, dari segi
pattern, hampir sama dengan pendapatan orang yang berniaga. Ada naik, dan ada
turun.
Namun, apa yang boleh saya katakan, secara purata,
pendapatan yang dihasilkan lebih kurang sama macam gaji fresh graduate yang
ada ijazah sarjana muda.
Bagi saya, ianya not bad. Apabila saya mengambil kira
perkara-perkara seperti kebebasan masa, kos untuk mulakan blog, boleh bekerja
dimana-mana sahaja, dan banyak lagi. Nak buat simpanan dengan pendapatan dari
blog? Memang boleh sangat.
Menjadi penulis blog, ia bukan sekadar duduk terperap
depan laptop semata-mata. Ianya lebih dari itu. Jika satu masa dalam hidup
anda nanti, anda berhasrat untuk mulakan karier sebagai blogger, saranan
saya, terokailah dunia ini.
Ia lebih luas berbanding apa yang ada dalam skrin
komputer kita.
... dan satu lagi, lifestyle seorang blogger itu sendiri,
cukup mencabar dan penuh dengan pengembaraan .
|
Haa..amacam..tercabar tak sebagai seorang blogger baru..
Secara keseluruhannya apa yang aku dapat daripada soaljawab ni adalah kita perlu fokus dengan apa yang kita lakukan. Ilmu juga memainkan peranan penting untuk menjadi blogger yang berjaya.
Atau menjadi.. Internet Marketer yang berjaya..
Satu persamaan aku dengan tuan Sabree Hussin adalah aku pun suka content marketing berbanding jenis marketing yang lain. Sebab aku sendiri suka menulis dan berkongsi pelbagai maklumat dengan penulisan.
Satu persamaan aku dengan tuan Sabree Hussin adalah aku pun suka content marketing berbanding jenis marketing yang lain. Sebab aku sendiri suka menulis dan berkongsi pelbagai maklumat dengan penulisan.
Aku harap apa yang tuan Sabree Hussin kongsikan dapat dijadikan sebagai panduan dan pembakar semangat kepada semua blogger baru di luar sana 😄
Selain Hasrul Hassan menjadi blog rujukan, Sabreee Hussin menjadi buku rujukan mayaku.
BalasPadamTerbaik giler-giler depa ni ..
Betul..sekarang tengah watch and learn daripada diorang ni hehe
PadamSaya kemang selalu follow blog sabree hussin ni, memang money minded dia
BalasPadamMoney minded + fokus = Result . Mungkin ini yang boleh dikatakan tentang tuan Sabree Husin :-)
Padammemang otai lama ni..memang lejen
BalasPadambro pun ape kurangnye.. :-)
Padamtuan Sabree Hussin seorang blogger yang down to earth..
BalasPadamwalaupun beliau hebat dan popular dia selalu mengunjungi blog saya yang tak seberapa tu..
bro Haikal pun apa kurang...
namanya harum dalam taman hati [ gurau yang melampau ]
hehehehe..selamat berblogging semua.
Haha..tq bro..sentiasa memberi semagat kepada blogger lain :-)
PadamTerima kasih sudi tulis pasal blog saya :) Saya amat hargainya. By the way, saya ada project proposal, kalau berminat nak join :) Saya akan emel dia punya overview
BalasPadamTerima kasih kembali atas jemputan tu. Apa apa nanti sy reply emel tu.
PadamMaaf juge sebab tak reply pm tu sebab terlalu fikir apa yang nak di reply hehe