Ads Top

Ikon Blogger EP5 : Reezluv @ MohdFairiz


Alhamdulillah. Seorang lagi blogger sudi ditemuramah oleh aku. Kali ni aku beranikan diri untuk tanya seorang lagi blogger otai kat Malaysia ni.

Blogger yang aku maksudkan adalah pemilik blog Reezluv.com.  Sekarang blog Reezluv dah tak ada sebab adsense dah banned domain tu, yang ada blog baru beliau iaitu MohdFairiz.com.

Tapi apa nak risau, blogger otai buat blog baru sekejap je boleh up.

Masa aku mula-mula buat blog dan join Klikjer, nama Reezluv selalu je muncul. Kirenya die ni memang top affiliate untuk Klikjer. Kalau tak silap aku, beliau ni pun dulu ada ebook panduan buat duit dengan Klikjer. Masa tu seingat aku ebook tu ada dijual kat Ashadee.

Kalau tak silap aku la. Kalau silap tolong beritahu ye 😊

Aku berpeluang untuk tanya beberapa soalan kepada beliau.


Boleh perkenalkan diri sedikit?
Berumur 33 tahun.Berasal dari Ipoh, Perak. Dah berkahwin, bekerja sebagai kakitangan awam. Ada dua ekor kucing yang gemuk.

Sejak bila mula berblog?  
2006

Apakah pencapaian terbaik sebagai seorang blogger? 
Berjaya mencapai target untuk sesebuah blog tu apabila dah ditulis. Ada yang dah berjaya di ‘flip’ sama ada domain ataupun blognya.

Cabaran terbesar sebagai seorang blogger? 
Nak maintain blog tu 3-10 tahun

Jika ada satu nasihat untuk blogger baru, apakah nasihat tersebut? 
Keep on blogging, jangan pikir banyak sangat, kalau tak kerja memang tak jalan

Bagaimanakah cara tuan buat duit daripada blog? 
Promote affiliate, pay per click, buat produk sendiri

Berapakah pendapatan tuan daripada blog? 
Tak tentu, tapi boleh la kan macam blogger-blogger lain juga, tapi takde la sampai jadi jutawan lagi. :D


Simple dan straight to the point 😊

Aku masih kagum dengan semua ikon blogger malaysia ni yang mana dah berblog sehingga 10 tahun. Rasa diri ni kerdil sangat dalam dunia blogger. Nak konsisten 10 tahun berblog bukan satu perkara yang mudah.

Aku yang baru 2 3 tahun berblog ni pun kadang terasa letih untuk berblog. 

Tapi tak bermaksud aku mengalah. Ni memberi aku lebih semangat untuk terus berblog.

Aku teringat satu kata-kata yang best..

'Buat Duit Sambil Bermain'

Ini adalah antara maksud yang ada dalam buku Screw Work, Lets Play


Bukanlah maksudnya bile kite main-main akan dapat duit.

Tapi antara maksud buat duit dengan bermain adalah apabila kita lakukan satu pekerjaan yang kita suka, kita takkan rasa kerja tu adalah kerja. Kita enjoy buat kerja sama macam kita enjoy bermain.

Macam tulah yang aku faham bagaimana seseorang tu boleh konsisten berblog sehingga bertahun-tahun. Bukan hanya kerana hasil duit daripada blog, tetapi juga kerana mereka enjoy berblog.

Aku harap aku akan jadi sekental dan sehebat tuan MohdFairiz untuk terus konsisten dalam dunia blog ni 😊 Jika ada sebarang kesilapan fakta dalam artikel ni boleh PM tepi ye 😄

10 ulasan:

  1. Bro Mohd Fairiz memang blogger otai yang sangat terrer menjana duit mengguna klikjer..

    dulu dia pernah dapat sales yang tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan dulu je..sekarang pun sale masih tinggi tu :-)

      Padam
    2. dulu le..sekarang dah kurang.hehee

      Padam
  2. Balasan
    1. tu ada 2 maksud tu..hehe..

      cikgu, nanti saya nak interview cikgu jugak ye..tunggu...hehe

      Padam
    2. sempat lagi tu bg komen dabel meaning.haha

      Padam
  3. Lama nak maintain sampai 10 tahun kan berblog ni, supaya orang lebih kenal

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak konsisten berblog 10 tahun tu memang susah. hati kene kental.

      Padam
  4. Balasan
    1. Bro sabree hussin pun hebat juga :-) Sy level ikan sepat je hehe

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.