Ads Top

3 Kelebihan InvolveAsia Berbanding Program Affiliate Lain


Salah satu sumber pendapatan blog aku adalah daripada InvolveAsia. Aku dah join InvolveAsia ni sejak awal aku berblog lagi. Dah 2 tahun lebih kurang.

Hampir sebaya dengan kerjaya aku sebagai seorang blogger.

Bagi seorang blogger, mempelbagaikan sumber pendapatan adalah sangat penting untuk menjamin pendapatan blog yang berpanjangan. Jangan terlalu berharap kepada satu sumber sahaja seperti Google Adsese.

Salah satu yang wajib disertai adalah InvolveAsia.

Pada aku terdapat 3 kelebihan Involveasia yang menyebabkan semua blogger perlu join program Affiliate dari Involveasia ni.

1. Pelbagai Pilihan Affiliate

InvolveAsia adalah marketplace untuk menjadi affiliate untuk pelbagai laman web seperti Lazada Malaysia, Zalora dan lain-lain. Jika dah sertai InvolveAsia, dah tak perlu nak daftar satu persatu untuk setiap laman web.

Lagipun akan lebih senang nak pantau dan uruskan affiliate jika semuanya berasa pada satu tempat. Setakat ni aku rasa ada lebih dari 100 laman web tersenarai dalam InvolveAsia, tetapi bukan semua untuk pasaran Malaysia, ada juga yang untuk negara lain.


2. Pay Per Lead (PPL)

InvolveAsia bukan sahaja menawarkan affiliate, tetapi juga ada menawarkan komisyen dalam bentuk Pay Per Lead. Maksudnya, setiap kali orang daftar dalam website tertentu, kita akan dapat komisyen.

Ni yang aku suka. Sebab tak perlu nak suruh orang beli ke ape. Minta orang join je. Dan biasanya nak join tu tak perlu nak bayar apa-apa pun. Tapi dari segi komisyen memang sikit je la. Perlu ajak orang ramai-ramai baru dapat hasil.

3. Auto Generated Affiliate Link

Ini kelebihan utama yang aku nampak pada InvolveAsia. InvolveAsia juga memudahkan korang untuk menguruskan affiliate link kerana korang tak perlu lagi nak copy paste link affiliate ke dalam artikel.

Dengan sekali setting je, Involveasia akan generate affiliate link dalam blog korang secara automatik tanpa gagal.

Sebagai contoh, apabila terdapat perkataan Lazada Malaysia je dalam blog ni, InvolveAsia akan terus linkkan dengan affiliate link aku. Tak ke senang tu namanya? Tak perlu lagi nak susah-susah copy paste link affiliate.

Cara nak setup untuk auto generated link ni pun senang je. Ikut je langkah kat bawah ni:
  1. Daftar InvolveAsia (jika belum daftar), jika dah daftar login je terus.
  2. Pergi pada bahagian Tools dan pilih Shoplinks
  3. Masukkan maklumat website atau blog korang
  4. Copy dan paste kod HTML yang diberikan betul-betul sebelum </head> dalam template blog korang
  5. Save template.
  6. Siap dan enjoy auto affiliate.
Wow! Macam magic! Sekali je setting boleh guna selamanya.

Selagi mana InvolveAsia masih hidup la..Kalau dah terkorban macam Ashadee memang tak boleh buat apa jugak..

Ok.

Biar aku cakap jujur.

Sebenarnya bukan magic pun. 

Rahsianya adalah korang kene tulis artikel dan selitkan keyword yang tersenarai dalam Shoplinks. Semua sekali setakat ni ada lebih kurang 614 keyword korang boleh guna. 

Boleh tengok senarai keyword kat laman InvolveAsia. Tak larat nak senarai semua. Lagi mudah korang cek sendiri di InvolveAsia.

Ni lah 3 kelebihan InvolveAsia berbanding program affiliate yang lain. Yang belum daftar boleh daftar InvolveAsia di sini.

11 ulasan:

  1. income deras tak dari InvolveAsia..

    saya baru nak bermula.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok jugak la buat tambah2..hehe..baru beberapa kali je payment..

      Padam
  2. Tq info sy baru nak mula yeayyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. First step is the biggest step. ;-)

      Padam
  3. Yang PPL (Pay Per Lead) itu apakah bagus?

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah try pun guna keyword dalam tool shoplink tu. Sebab bila guna Plugin SEO, dia akan detect main keyword tak le ada link kalau nak ranking kat search engine.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke. Mungkin ada pro and cons jugak guna shoplink tu :-)

      Padam
  5. Huhu...

    Saya pun rasa best dgn Involveasia ni. Banyak pilihan merchant dan referral yang ada. Memang boleh buat duit!

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.