Ads Top

Pendapatan Blog dan Pendapatan Online Bulan Oktober 2017


Sekarang ni tajuk akan berubah kepada Pendapatan Blog dan Pendapatan Online. 😆

Alhamdulillah.

Usia blog aku bertambah lagi sebulan. Harapnya kematangan aku berblog pun bertambah jugak.

Sekarang ni dah masuk 2 tahun lebih aku berblog secara serius.

Ye memang masih dua tahun jagung jika dibandingkan dengan blogger-blogger otai lain. Banyak lagi yang perlu aku belajar dan harungi untuk mencapai matlamat sebenar aku berblog.

Macam biasa, awal bulan ni aku akan ceritakan perkembangan blog aku dan juga pendapatan blog dan pendapatan online yang aku dapat untuk bulan Oktober 2017.


Tak Fokus

Aku dapat rasakan aku tak fokus dalam buat sesuatu perkara. Baru buat benda A, lepas tu terfikir nak buat benda B, buat benda B, terfikir nak buat benda C, buat benda C. Akhirnya semua buat separuh jalan je.

Bila aku fikir balik, banyak masa terbuang sebab aku buat macam tu.

Baik fokus pada satu perkara dahulu dan buat betul betul. Buat sehabis baik. Bukannya buat sekerat jalan dan tinggal..

Emel Marketing (Semula)

Bulan Oktober juga adalah bulan di mana aku start kumpul emel semula. Kali ni aku rasa aku nak konsisten kumpul emel dan hantar emel. Sekarang ni aku guna Mailmunch. Rasanya ni yang terbaik kot setakat ni.

Guna Mailmunch boleh buat autoresponder secara percuma. Tapi kalau nak hantar emel broadcast pulak kena bayar. Setakat ni senarai emel aku masih kecil, tapi aku target hujung tahun depan aku dapat 5000 subscriber untuk blog aku.

Untuk capai 5000 subscriber, paling kurang aku kena ada 10-15 subscriber setiap hari.

InsyaAllah boleh tercapai. Usaha kena lebih.

Ada emel list bukan hanya untuk mempromosikan produk, tapi lebih kepada nak bentuk pembaca setia untuk blog aku tu.

Dengan emel list juga aku harap akan ada 2 sumber trafik utama untuk blog aku iaitu organik dan juga emel.

Ok.

Untuk pendapatan blog pula.

Alhamdulillah. Bulan Oktober adalah rekod baru untuk pendapatan online aku. Pendapatan online aku untuk bulan Oktober 2017 terdiri dari 3 sumber utama iaitu melalui blog, aplikasi duit percuma dan juga penulisan artikel.


Pendapatan Blog

Pendapatan dari blog adalah dari Google Adsense dan juga affiliate. Pecahan mengikut pendapatan adalah seperti berikut:

  1. Google Adsense  : RM608
  2. Klikjer : RM43
  3. Jobdirumah : RM40
  4. Software Copywriting : RM55
  5. World Class Blog : RM40

Aplikasi Duit Percuma

Aku memang pengguna setia aplikasi duit percuma ni. Walaupun ia tak memberikan pulangan yang cepat, tapi sikit-sikit tetap ada la jugak. Jumlah yang aku dapat ni bukan terkumpul dalam masa sebulan, tapi dah berbulan-bulan ia terkumpul. Baru sekarang aku cashout. Pendapatan dari aplikasi duit percuma adalah seperti berikut:

  1. Aplikasi duit : USD80 (~RM320)


Penulisan Artikel

Sebelum ni aku ada cerita tentang perkhidmatan penulisan aku di Ilancee. Ni adalah payment terakhir dari Ilancee. Dan juga aku ada dapat direct order untuk penulisan artikel jugak. Ini adalah pecahan pendapatan aku dengan menulis artikel:

Ilancee : RM426
Direct Order : RM150

Korang kalau nak jadi penulis pun boleh juga. Lagi cepat buat duit kalau tulis artikel untuk blog orang lain.

Ok.

Untuk pertama kalinya, aku dapat pendapatan online lebih dari RM1600 sebulan. Alhamdulillah. Mungkin jauh lagi nak compare dengan Rashvin Singh, Oswald Justin dan lain-lain internet marketer yang jana puluhan ribu dalam sebulan, tapi ini menunjukkan memang tidak mustahil untuk buat duit online.

Yang penting usaha dan terus berusaha. Jangan pernah putus asa.

What Next?

Aku tak rasa pendapatan bulan ni (November) akan sebanyak ni.

Sekarang cuba nak fokus untuk blog aku dan sedang dalam proses nak buat ecommerce di Easystore.

Nampak senang pulak buat ecommerce di Easystore ni. Sesiapa pun boleh cuba percuma 14hari.

Godek-gaodek sikit, kalau ok boleh teruskan lepas 14 hari.

Ok.

Tu jela dulu aku nak kongsikan untuk pendapatan blog dan pendapatan online aku. Jumpa lagi nanti.

15 ulasan:

  1. tahniah bro..

    peningkatan begitu bagus..

    semoga terus murah rezeki..

    saya tumpang gembira...alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la ada naik dan turun..alhamdulillah..:-)

      Padam
  2. Terbaik semoga terus sukses...ni satu pencapaian yg baik sbagai bench mark untuk terus ke hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. Masih jauh lagi nak kejar bro ni :-)

      Padam
  3. Tahniah.. blogger yang hebat. Semoga terus sukses. Harap-harap suatu hari nanti pendapatan saya dari blog pun seperti tuan juga..

    Cuma link untuk aplikasi duit percuma macam tak hidup. Dan link Ecommerce dalam bahasa tamil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Double terima kasih tuan. Terima kasih kerana doakan kejayaan saya. Terima kasih juga sebab bagitau pasal link tu. Link aplikasi duit tu dah up blik. Ade isu DNS tadi. Yang link ecommerce tu tak tau la kenapa die ke link web Thailand (bukan tamil). Link lain insyaAllah boleh guna :-)

      Padam
  4. Tahniah! Ada potensi untuk meningkat lagi tu :)

    BalasPadam
  5. Aminn..Kne belajar lebih banyak dan kerja lebih keras ;-)

    BalasPadam
  6. nak mula dengan nak kekal fokus.

    nak kekal fokus tu yang susah.

    tu masalah aku sekarang.

    haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. same la cikgu. saya pun nak fokus sekarang susah sikit. macam-macam difikirkan. baru nak taip 3 perkataan anak nak susu pulak hehe..

      Padam
  7. Tahniah semoga semakin berjaya dan cemerlang lagi selepas ini

    BalasPadam
  8. insyallah, fokus kepada target memasing tu lebih penting daripada takde target.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..set target dan berusaha untuk capai target :-)

      Padam
  9. hai bro haikal. aku teringin sangat nak berjinak dalam dunia youtube. dengar cita blog kau. adsense kau naik sebab youtube pun adsense.

    boleh tak share pengalaman dan tips tingkatkan pendapatan adsense dengan youtube.

    btw . boleh share tak nama account youtube kau. terima kasih :D do update me by commenting any of my post ok?

    amerjaya.blogspot.com

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.