Ads Top

Carta Top 10 Affiliate Klikjer


Top 10 Affiliate Klikjer. Rasanya dah lama nama aku tak naik dalam senarai ni. Setakat yang aku ingat, baru beberapa kali je pun nama aku tersenarai dalam top 10 affiliate Klikjer ni.

Senang cakap ini menunjukkan yang banyak lagi aku kena improve untuk dapatkan pendapatan daripada affiliate yang konsisten daripada Klikjer.

Kat bawah ni adalah senarai top affiliate Klikjer untuk bulan lepas (November)



Kebanyakan nama-nama ni bukan asing pada aku.

Aku memang kenal diorang ni di alam maya.

Diorang je tak kenal aku.

Nigel Ong. Siapa yang tak kenal dengan ebook RahsiaTaobao nya.

Sabree Hussin. Boleh baca interview aku dengan beliau di sini.

Hasrul Hassan. Master in Blogspot.

Shamsuriyadi. Salah sorang pakar affiliate jugak.

dan lain-lain.

Semua blog diorang ni aku selalu baca.

Semua hebat-hebat belaka.

Kenapa aku suka buat duit dengan affiliate?

Affiliate adalah salah satu daripada buat duit online yang boleh dikatakan semi-automatik. Kita buat kerja sekali, insyAllah pendapatan tu akan datang berkali-kali.

Kebanyakan pendapatan yang aku dapat daripada program affiliate bukanlah daripada apa yang aku buat sekarang. Tetapi daripada apa yang aku dah buat berbulan-bulan lepas.

Tak hairanlah jika ramai lagi internet marketer yang lebih serius dengan affiliate ni mampu menjana puluhan ribu sebulan hanya dengan program affiliate.

Tapi..

Sejujurnya, jana pendapatan dengan affiliate ni pada aku bukannya satu perkara yang mudah.

Konsepnya mudah.

Secara praktikalnya tak mudah.

Banyak kerja nak kena belajar dan nak kena buat sebelum ia boleh di - automatikkan.

Cuma..

Untungnya adalah nak join produk affiliate ni percuma.

Cuma bila nak promosikan produk affiliate tu korang boleh guna kaedah berbayar atau kaedah percuma juga.

Tahun 2018, aku nak lebih serius buat duit dengan affiliate.

6 ulasan:

  1. main affiliate je la yang aku tahu sikit.

    main benda lain, aku tak tahu.

    haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu bukan tahu sikit..tahu banyak main affiliate..haha

      Padam
    2. nak tahu banyak, kena rajin update blog.

      haha..

      Padam
  2. Tahniah2! Semoga bulan ini dapat masuk lagi dalam carta top 10 ini. Boleh bagi lebih semangat nak buat affiliate In Shaa Allah :)

    BalasPadam
  3. rasanya tak dapat kot hehe..xpela..insyaAllah ada rezeki lain :-)

    BalasPadam
  4. Congrats to all masters of affiliate ! Madam tukang pemerhati setakat ni. Banyak lagi kena 'ngaji'.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.