Ads Top

Ramai Yang Jealous Dengan Pendapatan Online Lelaki Ini..


Dalam artikel ini, aku nak kongsikan cerita seorang lelaki yang membuatkan aku sentiasa terinspirasi untuk terus berusaha dan mengejar impian..

Cerita ringkas ini mungkin boleh jadi iktibar serta memberikan motivasi dan jalan keluar pada korang jugak. Terutamanya yang ada menghadapi masalah untuk menjana pendapatan tambahan.

Tidak ketinggalan juga untuk para blogger seperti aku ni. Kisah ini sentiasa bermain di fikiran aku untuk terus berusaha mencapai sesuatu matlamat.

Sila baca sehingga habis ya 😊

Kisah ini adalah pengalaman sebenar seorang lelaki berjaya buat jualan lebih dari RM100k dalam masa 2 bulan dengan online sahaja!

Cerita ini diambil daripada kisah yang dikongsikan oleh Encik Mahmud Roslan berkenaan bagaimana bermulanya kisah beliau di dalam bisnes online.


Ini cerita yang beliau kongsikan..


Sebelum ini saya bekerja kilang di Johor Bahru dan saya hanya buat bisnes online secara sambilan untuk menambah pendapatan.

Seriuss.. saya bosan kerja makan gaji dengan majikan saya.

Saya berhenti kerja kilang pada tahun 2010 dan nekad buat bisnes online sepenuh masa ini sebab saya dah bosan.

Bosan dengan sistem, bosan dengan rutin yang sama tiap hari, tiap bulan, tiap tahun. Sangat membosankan.

Awal-awal jadi engineer memanglah seronok. Cabaran baru, aktiviti baru tiap hari. Bila diulang tiap tahun, akan jadi sangat membosankan.

Manusia jenis apa saya ini kalau setiap hari kena buat benda yang sama saja?

Paling membosankan.. Tekanan kerja, nak dapatkan gaji RM3200 sebulan terpaksa terima banyak tugasan setiap hari, paling tak tahan, selalu kena maki dengan majikan. hu.. hu.. hu..

Sampai bila saya nak kerja makan gaji?..

Sampai bila saya nak tahan telinga dimaki oleh majikan?..

Tahun ke tahun, sampailah pencen 10 tahun lebih lagi. Bila dah pencen barulah ada peluang nak pergi sana sini ikut rombongan warga emas.

Itupun kalau sempat rasa umur pencen, kalau umur pendek? Duit KWSP pun dapat ke orang lain.

Saya mahu bebas masa, bebas dari tekanan kerja, bebas dari peraturan majikan..

Jadi saya pun nekad untuk letak jawatan dengan notis 30 hari. Supaya saya tak lagi bosan dan boleh buat apa saya suka!


Begitulah kisah permulaan bagaimana En Mahmud Roslan terlibat dengan bisnes online.

Tetapi kisahnya tidak terhenti disitu.

Berkat usaha beliau dan fokus terhadap apa yang dilakukan, beliau akhirnya berjaya menghasilkan jualan sehingga RM121,175.00 dalam masa 2 bulan dengan bisnes online pada awal tahun 2017. 

Ini semua berlaku selepas lelaki ini mula mencuba model bisnes Affiliate, iaitu dengan menjadi ejen & mempromosikan produk digital orang lain di internet.

Buat duit dengan affiliate ini konsepnya mudah je. Promosikan produk orang lain. Untuk setiap jualan yang terhasil, beliau akan dapat komisyen.

Ternyata Bisnes Affiliate yang dijalankan lebih mudah kerana tidak perlu simpan produk, tidak perlu uruskan pembayaran & pengeposan. Hanya tunggu komisyen masuk ke dalam akaun bank sahaja.



Dan selepas 6 bulan, En Mahmd Roslan berjaya capai jualan mencecah RM278,482.00 hanya dengan menjual produk orang lain sebagai ejen (affiliate) sahaja!



Jealous ke jealous??

Apa yang aku boleh katakan, kunci kejayaan dalam bisnes affiliate beliau ialah apabila beliau sentiasa fokus serta menggunakan strategi yang betul secara konsisten. 

Inilah perkara asas jika korang pun nak mencapai kejayaan dalam bisnes affiliate.

Begitulah kisah En Mahmud yang asalnya dulu kerja kilang telah berubah dan sekarang beliau mendapat lebih masa bersama keluarga, bebas dari tekanan kerja serta bebas dari peraturan majikan.

Jika En Mahmud boleh lakukan, anda juga pasti boleh!

2 ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.