Ads Top

Apa Rahsia Kejayaan Semua Perkara?


Konsisten.

Tidak kira korang dalam apa bidang sekali pun, perkataan ni adalah kunci untuk korang berjaya.

Nak buat duit dengan blog, kena konsisten berblog.

Nak buat duit dengan Youtube, kena konsisten buat video.

Nak menang pilihan raya, kene konsisten berkempen.

Nak kurus, kena konsisten bersenam.

Nak berjaya dalam pelajaran, kena konsisten belajar

Nak berjaya dalam perniagaan, kena konsisten dalam pemasaran.

Nak LailatulQadar, kene konsisten beramal sepanjang malam bulan Ramadhan.

Dan begitulah seterusnya.

Walaupun hanya satu perkataan, tapi ia banyak memberi makna pada aku.

Konsisten bukan bererti banyak

Konsisten tidak perlukan anda buat perkara yang banyak ataupun perkara yang besar. Perkara yang kecil tetapi diamalkan berterusan adalah lebih baik daripada perkara besar tetapi tidak diamalkan.

Tidak kira sama ada dalam beribadah, ataupun dalam berblog, konsep ini masih terpakai.

Jika korang boleh konsisten berblog satu hari satu artikel pun dah sangat baik. Begitulah masa aku mula-mula buat blog dulu untuk dapatkan akaun Google Adsense.

Konsisten itu disiplin

Simply say.

Hanya orang yang ada disiplin akan konsisten dalam buat apa pun perkara.

Ini kerana untuk konsisten kita perlu ada komitmen yang tinggi untuk lakukan sesuatu perkara. Dan dalam masa sama membentuk disiplin diri.

Konsisten itu pilihan

Tidak wajib untuk anda konsisten melakukan sesuatu kecuali ianya telah diwajibkan dalam agama seperti solat dan lain-lain. Untuk konsisten berblog, itu pilihan. Untuk konsisten dalam perniagaan, itu pilihan.

Anda berhak untuk memilih hidup anda. Memilih konsisten dalam melakukan sebarang kerja untuk berjaya atau hanya sekadar berpegang kepada moto 'asal buat' yang mungkin tidak akan membawa korang ke mana-mana.

Konsisten itu cara hidup

Orang islam sebenarnya telah lama diajar tentang melakukan perkara secara konsisten. Atau lebih mudah dipanggil sebagai istiqamah.

Konsep konsisten adalah diambil daripada konsep istiqamah. Islam mengajar umatnya agar sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah walaupun hanya dengan melakukan ibadah kecil seperti mengukir senyuman kepada orang lain. Walaupun nampak kecil, tetapi impaknya besar bukan sahaja kepada diri sendiri, malah memberi kesan kepada orang lain.


Konsisten perlukan ilmu.

Melakukan sesuatu tanpa ilmu ibarat berjalan di dalam gelap. Mungkin korang boleh keluar dari tempat gelap tu, atau mungkin hasilnya hanya akan melanggar dinding. Lebih baik sebelum masuk tempat gelap tu cari lampu picit dulu.

Sebelum melakukan sesuatu, timba ilmu secukupnya dan amalkan ilmu tersebut secara konsisten.

Itulah yang terbaik. Itulah resepi kejayaan.

Ok.

Pada aku, itulah kunci kejayaan.

Lain orang mungkin ada lain pandangan.

Tapi pada aku, nak berjaya di dunia mahupun akhirat, konsisten adalah sesuatu yang sangat penting untuk diamalkan kerana ia dapat membentuk rohani dan jasmani seseorang.

Tu je untuk kali ni.

Jumpa lagi akan datang ye 😀

1 ulasan:

  1. yup, konsisten dalam berblog bukan mudah sebenarnya, tambah lagi bagi yang hanya part time blogger.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.