Ads Top

Senarai Kos Bulanan / Tahunan Untuk Jadi Blogger dan Internet Marketer


Siapa kata nak jadi blogger dan internet marketer tak perlukan modal? Paling kurang perlukan modal ilmu untuk mula. Apa yang aku nak share ni adalah alternatif untuk korang semua. Dan mungkin ada alternatif yang percuma yang boleh korang cuba. Nanti aku akan kongsikan juga kalau ada alternatif yang lebih murah.


Langganan Internet


Mana-mana blogger atau internet marketer memang wajib ada langganan internet. Sebab itulah nyawa orang berblog atau buat duit online ni. Banyak je plan internet yang ada kat Malaysia ni. Pada aku tak ada satu pilihan yang tepat sebab semua tu bergantung juga kat mana korang tinggal sebab lain kawasan lain coverage dan lainlah internet plan yang sesuai.

Yang penting, internet tu stabil dan berbaloi. Harga tu pada aku nombor dua. Kalau dalam iklan kata unlimited dan murah tapi kat kawasan aku tak ade coverage, tak ade guna jugak. Jadi korang pilihlah internet terbaik untuk kawasan korang.

Secara puratanya aku bayar internet RM160 sebulan.

Mahal gilerrr!

Apa boleh buat, dah itu je Telco yang stabil untuk aku gune dengan tenang berserta senyuman. Yang lain asyik nak berkerut muka je masa guna. Sebelum ni aku gune Streamyx, agak mengecewakan. Bile dah tak larat nak buat aduan, aku potong je langganan Streamyx tu.




Domain dan Hosting


Nak buat blog boleh secara percuma tetapi tak dapat gune custom domain. Custom domain pun taklah mahal sangat. Lebih kurang RM50-70 setahun. Kalau guna blogspot boleh beli domain sahaja tak perlu hosting. Jimat. Kebanyakan blog aku gune blogspot. Jadi boleh jimat hosting kat situ.

Kalau ada banyak blog dan nak beli banyak domain, aku nasihatkan beli berlainan bulan untuk setiap doman. Domain A januari, domain B Ferbruari, dan lain-lain. Bukan apa, untuk mengelakkan rasa beban bila nak renewal nanti.

Kat domain provider pun lebih baik jangan set auto renewal dulu. Bila dah gune domain tu beberapa bulan, dan rasa ok, baru setkan auto renewal.

Hosting pulak biasanya untuk blog wordpress. Bayaran hosting ni biasanya lebih kurang RM200-300 setahun. Bergantung kepada website dan juga pakej yang korang ambil.

Dalam setahun, aku belanja untuk domain dan hosting hampir RM1000 untuk beberapa blog aku di blogspot dan juga Wordpress.

Jika tak ada modal, boleh je mula di blogspot dengan domain dan hosting percuma Google. Bila dah stabil, barulah upgrade.


Blog Theme


Tema blog ni optional. Boleh beli ataupun download versi yang percuma. Cuma aku perasan, yang berbayar biasanya akan menjadikan blog lebih laju berbanding tema percuma.

Kos tema blog ni bergantung jugak. Tema blogspot biasanya dalam RM40-50 je. Tema Wordpress lebih mahal lagi.

Dalam setahun mungkin aku beli satu atau 2 tema blog je. Jadi kos untuk tema blog, aku anggarkan dalam RM100. Mungkin juga tak beli setiap tahu. Letih nak tukar tema je.


Autoresponder


Bagi yang nak belajar berkenaan emel marketing. Perkhidmatan autoresponder adalah sesuatu yang sangat penting. Tak kira syarikat tempatan atau luar negara, autoresponder adalah sangat penting untuk pastikan anda ada pembaca tetap blog dan dapat follow up apa sahaja yang anda promosikan.

Aku sendiri gune Mailmunch. Pada aku ia adalah yang paling senang nak guna. dari segi harga pula adalah RM80 (USD20) sebulan. Agak mahal. Tapi setakat ni masih berbaloi. Boleh je gunekan versi yang percuma, tapi ada beberapa feature yang kurang berbanding berbeyar.




Affiliate Link Shortener


Affiliate link shortener yang paling terkenal adalah Bitly. Boleh digunakan secara percuma je. Tapi baru-baru ni aku gune Rebrandly yang mana fungsinya adalah untuk mask link affiliate kite dengan domain lain.

Contohnya aku beli domain ebookpanduan.com. Jadi semua link affiliate aku akan gune domain tersebut dan jadi 'ebookpanduan.com/namaebook'. Ini akan menjadikan link affilaite kite akan nampak lebih kemas.

Tapi ni bergantung kepada anda la. Ada bajet boleh cuba, kalau tak ada bajet, gune yang percuma pun ok.

Rebrandly tu harga yang aku bayar USD14 (~RM67) untuk seetahun. Bayaran tu sebenarnya untuk harga domain tu je.


Pengiklanan


Yang ni pun optional. Aku sendiri dah tetapkan setiap bulan kos pengikalanan aku adalah RM150 sahaja. RM150 adalah pengiklanan Google Ads. Facebook aku dah tak guna dah. Tak pandai nak buat iklan yang berkesan.

Kesimpulan.

Kos bulanan aku untuk maintain blog-blog aku adalah seperti di bawah:

Internet: RM160
Domain & Hosting : RM1000/12 bulan
Tema blog : RM100/12 bulan
Autoresponder : RM80
Link Shortener : RM67
Pengiklanan : RM150

Jumlah kos bulanan untuk aku adalah lebih kurang RM549.

Yang lebih penting lagi adalah aku kena pastikan pendapatan blog aku kena lebih daripada kos yang telah dikeluarkan. Kos ni pun sebenarnya sebagai satu dorongan untuk berusaha dengan lebih keras lagi. Kalau benda percuma, tak rasa bersalah pun kalau tak dapat pendapatan. Tapi kalau dah ada kos modal bulanan, nak tak nak kena berusaha untuk dapat lebih banyak dan bukan hanya balik modal.

Ok.

Itu sahaja untuk kali ni. Jumpa lagi nanti ye 😘

12 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian budget sebagai blogger. Saya baru lagi dlm dunia blogging dan perlukan banyak ilmu utk dimantapkan :)

    Jom baca entri terkini Idziani Cara Kawal Tekanan Darah dengan Berkesan

    BalasPadam
  2. WOAAHHH.....SEMOGA DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.. AMIN

    BalasPadam
  3. Biasalah tu, bila blog kita dah mula anggap macam satu perniagaan, kita tak akan berkira sangat kalau perlu keluar modal

    BalasPadam
  4. Banyak jugak kos tu. domain n hosting bleh kot pilih yg murah skit. hehe

    jemput join contest seo http://www.siffra.my/menangi-iphone-dengan-menyertai-siffra-seo-home-tuition-challenge

    BalasPadam
  5. Sama butget macam saya guna bulan2. Semua tu penting untuk kelangsungan minat bg yang berblog. Nak berjaya jd blogger kena jadi hobi dan minat dulu. Baru duit yg kita keluarkan rasa bebaloi. Suka tgok video the haikal.. goid info..

    BalasPadam
  6. Betoi nk jadi seorang blogger atau marketer online kena labur duit byk.. Tpi kena bijak utk dpt cover smula kos yg telah dilabur.

    BalasPadam
  7. Tuan,

    Saya newbie nak bertanya berdasarkan pengalaman tuan.

    1. Jika website dalam bahasa Melayu niche bercampur aduk, boleh ke apply adsense? Dan keberkesanan adsense tersebut.

    2. Average click through rate untuk adsense blog Bahasa Melayu?

    3. Average per click payout (adsense) untuk blog Bahasa Melayu?

    BalasPadam
  8. Tak banyak pakai duit pun sebenarnya..
    yg penting

    1. Internet: RM129 unifi 100mbps / bulan (tak jadi blogger pun mmg pakai juga)
    2. Hosting : RM20/bulan
    3. domain : RM40 setahun

    Ini jer..

    BalasPadam
  9. total tahunan je, nak dekat seribu lebih.

    sakit bila bayar segebuk. haha

    BalasPadam
  10. Assalam. nak tanya, pakai hosting apa ye. Domain juga, pakai website yang mana ye

    BalasPadam
  11. Situs Judi Online Teraman dan Terpercaya Pertama yang memberikan deposit pulsa tanpa potongan hanya di MPOINDO. Dengan minimal deposit 25.000 dan Minimal Withdraw hanya 50.000.
    Situs Judi Slot Online untuk kamu para pecinta betting online bisa langsung mengunjungi situs MPOINDO karena MPOINDO menyediakan banyak tawaran menarik untuk member-member yang baru bergabung.
    Hanya dengan 1 User ID kamu bisa memainkan semua game yang ada di MPOINDO seperti : Sportsbook, Slots, Tembak ikan, Casino, Poker, Togel, Sabung Ayam, dan Air Fighter.
    Dan juga MPOINDO menyediakan pelayanan CS selama 24 jam full, jadi untuk member yang baru bergabung dan memiliki keluhan bisa langsung hubungi kami via LiveChat.
    Ayo, tunggu apa lagi gabung bersama kami sekarang juga dengan klik link disamping : https://mpoindo.com

    Kontak :
    WhatsApp : +639152303411
    Telegram : +639152303411

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  12. Company Hosting yg terbaik utk dipilih?

    Exabytes?
    Xnk terlalu mahal & terlalu murah

    Mahal sgt takut xmampu byr je.
    Murah sgt, byk benda nnt kita rugi cth storage.

    Dulu ada blog guna domain blog-ayie.com.

    Tp skg dh terkubur.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.