Ads Top

Pendapatan Blog April 2016


Bulan April dah lama pun berlalu..

Dah masuk bulan Mei..dah nak hujung pun..

Aku dah draf entri ni sejak awal bulan lagi..tapi tak sempat nak finalized entri ni..huhu

Dan seperti biasa, aku nak cerita sikit berkaitan pendapatan blog aku untuk bulan April..

Ini sebenarnye sebagai pemantauan aku sendiri dan sebagai bukti jika bahawa blog juga boleh menjana pendapatan sampingan..dan jika dilakukan dengan betul boleh menjadi pendapatan pasif..
Sebelum aku cerita berapa aku dapat bulan April..baik aku cerite sikit apa aku buat untuk blog aku dalam bulan April..

Penulisan artikel

Aku masih tulis sendiri blog aku..bercadang untuk cari penulis bebas, tapi masih belum ade yang berminat..takpe, selagi aku larat aku akan terus tulis..lagipun, menulis adalah minat aku..cume bila dah sibuk dengan kerja seharian , aku macam tak sempat nak menulis..sebab tu bercadang untuk ambil penulis bebas..

Modal

Bulan April aku tak ade bayar apa apa kecuali bayaran internet bulanan aku yang RM140 tu..fuhh..kalaulah ade internet lain yang lebih jimat kat tempat aku ni..

Masa

Berkaitan dengan masa, aku rase macam dah tak cukup 24 jam sehari..sibuk sangat dengan tugasan seharian..dapat menulis beberapa kali je seminggu..

Trafik

Trafik blog setakat ni dalam lingkungan 800 - 1000 UV setiap hari. Aku dah agak lama tak buat content marketing..promot blog kat social media pun kurang..cuma bergantung kepada auto post tu je lah..komen kat blog orang lain pun kurang..adeh..

Ok..

Masuk bab utama perbincangan..

Pendapatan Blog April

Secara keseluruhannya, pendapatan blog aku sedikit meningkatkan berbanding bulan Mac.

Affiliate Klikjer : RM151
Jobdirumah : RM50
Google Adsense : ~USD12
Affiliate Bookcafe : ~RM12
Lynk.my : RM10

Jadinye total dalam lebih kurang RM250 untuk bulan ni..tapi yang boleh cash out tu RM200 je..yang lain tak sampai had minimum nak cash out lagi..

Sebelum ini aku ade kata nak cabar diri sendiri RM1k/bulan dengan blog..tapi belum sempat lagi nak buat planning dan draf untuk cabaran tu..patutnye Mei dah start cabaran..ni nak kene tangguh Jun pulak agaknye..

Apa aku nak buat dalam bulan Mei?

Artikel
Tulis artikel sekerap yang mungkin..target seminggu 3 artikel pun jadilah. Aku ingat lagi kate Darren Rowse, lagi banyak artikel dalam blog kite, lagi banyak pintu masuk ke dalam blog..

Networking..

Aku nak jenguk blog orang lain dan bagi komen membina kat blog orang lain. Itu merupakan salah satu cara dapat backlink dan trafik, tujuan sebenarnye adalah untuk mencari lebih ramai kawan baru dalam dunia blog..serta menyerlahkan lagi kewujudan blog aku dalam dunia blog di Malaysia..

Ok rasenye tu je nak kongsi..kalau ade orang yang baru nak start berblog, ini lah dunia sebenar seorang blogger..

Haha..

1 ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.