Ads Top

Ikon Blogger EP01 : Hasrul Hassan


Jika kita berkata tentang 'Sifu Blogspot', tiada orang yang lebih sesuai untuk pangkat tersebut selain Tuan Hasrul Hassan. Blog Tuan Hasrul Hassan adalah antara blog yang menggunakan platform Blogger yang paling kemas pernah aku lihat. Kebanyakan blog yang menggunakan platform Blogger menggunakan template asas dan kurang menarik. Tetapi jika dilihat pada blog tuan Hasrul Hassan, aku sama sekali terpesona dengan customize yang dia buat. 

Aku akui, aku baru sahaja mengenali dunia blog dan mula membaca blog Tuan Hasrul Hassan pada awal tahun 2015. Dan pada tahun itulah aku memulakan perjalanan blog aku secara serius. Mungkin salah satu sebab aku bersemangat untuk berblog juga disebabkan blog tuan Hasrul Hassan.

Aku juga sempat membaca profil tuan Hasrul Hassan dalam blog beliau. Pada blogger baru yang tak penah baca tentang beliau, boleh baca di sini. Pengalaman beliau amat menarik dan boleh dijadikan panduan dalam dunia blog. Antara perkara penting yang aku nak ketengahkan adalah:

Belia berpengalaman berblog bermula tahun 2000 dan mula serius berblog pada tahun 2007 sehinggalah kini. Menurut tuan Hasrul Hassan lagi, hanya selepas 3 tahun serius berblog barulah beliau betul-betul stabil dalam menjana pendapatan melalui blog beliau. 

Dan oleh sebab itulah beliau salah seorang daripada ikon blogger pada aku.


Ok.


Aku berpeluang untuk menemuramah beliau secara ringkas melalui emel dan bertanyakan beberapa soalan. Meh aku kongsikan interview ringkas tersebut.


Boleh perkenalkan diri sedikit?

Saya seorang blogger sepenuh masa tinggal di Nibong Tebal, Penang. Juga seorang house husband. Berumur 40 tahun, berkeluarga dengan 3 orang anak. Bekas pelajar SEMESTI dan graduan Sains Komputer dari USM. Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di USM Kampus Kejuruteraan selama lebih 10 tahun dalam penyelidikan berkaitan keselamatan jalanraya di Malaysia, terlibat dalam penghasilan 2 manual yang menjadi rujukan jurutera JKR dan kontraktor Malaysia.

Berasal dari Batu Gajah, Perak sama seperti blogger shakiddo, hazman fadhil, lysa faizureen. Menetap di Nibong Tebal sudah lebih 10 tahun.

Sejak bila mula berblog?

Mula mempunyai laman web sendiri sejak 2000, iaitu sejak graduate dari USM pada tahun 1999. Mula menulis blog personal pada tahun 2007 menerusi platform blogspot. Dan kekal sehingga kini menggunakan platform tersebut.

Apakah pencapaian terbaik sebagai seorang blogger?

Menjadi speaker penceramah mengenai Cara Jana Income Menerusi Blog di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 dianjurkan oleh Denaihati Network di KL.

Cabaran terbesar sebagai seorang blogger?


Meyakinkan keluarga untuk kekal sebagai blogger sepenuh masa sebagai sumber rezeki. Paling besar menyakinkan isteri kerana banyak masa perlu dikorbankan untuk perkenalkan blog dan jenama.

Jika ada satu nasihat untuk blogger baru, apakah nasihat tersebut?


Buatlah blog yang boleh berikan anda kebahagiaan dunia dan akhirat.

Bagaimanakah cara tuan buat duit daripada blog?

Pengiklanan - Adsense, Innity, Advertorial dan sewaan tapak iklan eksklusif. Juga menerusi program-program affiliate percuma.

Berapakah pendapatan tuan daripada blog?


Tidak menentu, adakala boleh mencapai sehingga RM10k sebulan. Purata dalam RM2,000 hingga RM3000 sebulan.

Ok. 

Itulah sedikit interview aku dengan tuan Hasrul Hassan. Sememangnya beliau seorang yang amat merendah diri dan sedia memberikan panduan dan perkongsian dengan hati terbuka. Malah beliau adalah antara blogger yang awal untuk reply emel aku berkaitan topik ikon blogger ni :-)

Daripada interview ringkas tu aku dapat simpulkan dengan beberapa point penting:
  • Sesiapa sahaja boleh memulakan blog sendiri
  • Buatlah blog yang bermanfaat kepada orang lain
  • Berblog bukanlah semudah yang dicanangkan. Setiap blogger akan hadapi pelbagai cabaran.
  • Buat duit dengan blog adalah satu realiti bukannya fantasi.

Terima kasih saya ucapkan kepada tuan Hasrul Hassan atas kesudian beliau menjawab soalan-soalan dari saya. Saya harap hubungan antara blog ini dan blog tuan Hasrul Hassan akan terus terjalin. Selain itu, bagi blogger baru, ambillah pelajaran daripada pengalaman tuan Hasrul Hassan. 

Bak kata tuan Hasrul Hassan:



Akhir sekali, saya mohon maaf sekiranya ada maklumat yang salah tentang tuan Hasrul Hassan. Mohon hubungi saya sekiranya ada sebarang kesilapan. 

Terima kasih.

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas artikel ini. Nak nanges lak pulak rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kembali ;-) Semoga ada manfaat untuk blogger baru yang lain jugak :-)

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.