Ads Top

3 Sumber Panduan Berbayar Aku Belajar Buat Blog


Berapa nilai yang sanggup korang belanja untuk belajar buat blog? RM10?

RM20?

RM100?

PERCUMA?

Kali ni aku nak kongsikan 3 sumber panduan berbayar untuk buat blog.

Jika korang tanya aku, sama ada aku belajar secara percuma atau berbayar..

Jawapan aku, aku belajar dari kedua-dua sumber..

Tu yang jadi macam ni..

Berblog sesuka hati..

Kat Malaysia ni pun sebenarnya banyak panduan berbayar, Tapi ada yang dah agak lama. Tak taulah sama ada reliable lagi atau tak.

Mengimbau balik macam mana aku belajar berblog dulu (sekarang pun masih belajar jugak), aku belajar dari 3 sumber berbayar ni selain daripada sumber percuma yang infiniti banyaknye hehe..

Mobile Apps Category (English)640x480


Udemy

Pernah dengar pasal Udemy? Aku rase korang mesti tak tau apa tu Udemy kan? Cube tengok website Udemy kat sini. Tak pun baca pasal Udemy dalam artikel yang aku tulis tentang cara belajar di Udemy.

So? Apa yang korang nampak kat website tu?

Ok la aku terangkan jugak. 

Udemy ni secara mudahnya lebih kurang macam Youtube. Tapi video-video yang ada di dalam tu ada yang percuma dan ada yang berbayar. Kirenya macam video kursus berbayar gitu. Korang nak belajar pasal SEO ke, pasal blog ke, pasal ape pun boleh cube cari kat sane. 

Dari segi harga pulak, aku nasihatkan kalau nak beli video kursus tu tunggu masa sale. Sebab mase sale biasanya harga satu course video cume $5 atau $10. Kalau tukar duit Malaysia dalam RM40 macam tu.

Korang boleh la godek-godek kat Udemy tengok kursus apa yang korang minat. Nak belajar buat website ke, nak belajar buat aplikasi ke..Semua boleh belajar kat sane. 

Pengalaman aku gune Udemy ni memang tak ada masalah. Aku rase aku dah beli dalam 5-6 course video yang ajar pelbagai jenis bidang. Ade yang berkaitan dengan blog. Ada juga yang berkaitan dengan minat aku yang lain contohnya kursus macam mana nak buat aplikasi android. 

So dah boleh agak kan ape projek aku yang seterusnya..haha

Buku Buat Duit Dengan Blog


Setakat yang aku perasan, tak banyak buku bertulis tentang buat duit dengan blog. Buku yang pernah aku baca adalah Blog + Google Adsense = Duit yang ditulis oleh Tuan Shamsuriyadi. 

Dah tak banyak orang tulis buku untuk blogging ni..

Mungkin sebab kebanyakannye dah beralih kepada eBook yang lebih mudah untuk diterbitkan..

Selain buku pasal blogging, aku ade jugak baca buku tentang internet marketing dan lain-lain..

Buat duit dengan blog bukan hanya semata-mata tentang buat blog, tetapi juga berkaitan bagaimana nak memasarkan blog kite dan juga bagaimana nak menarik pembaca..

Aku masih banyak kene belajar pasal ni..


EBook


Banyak jugak panduan dalam bentuk ebook yang aku beli dan belajar. Dan ebook ni kebanyakannya lebih mahal dari 2 sumber sebelum ni..hehe (tak ada niat apa-apa ye). Tapi sebab ebook ni senang aku nak baca kat mana-mana (dan terpengaruh dengan copywriting yang hebat) aku pun beli. 

Banyak ilmu jugak yang aku dapat.

Nak tau tak ebook apa yang aku pernah beli?


  1. Ebook Rahsia Trafik yang ditulis oleh pemilik Majalah Niaga
  2. Ebook Kitab Pink yang ditulis oleh Cikgu Titan
  3. Ebook Panduan Raja Adsense yang ditulis oleh Tuan Shamsuriyadi

Ebook Rahsia Trafik dah tinggal rahsia..dah tak ada di pasaran..
Ebook Kitab Pink pun mengikut jejak langkah lepas Ashadee bersara awal..

Yang tinggal sekarang cuma Panduan Raja Adsense. Korang boleh baca pengakuan ikhlas aku tentang ebook tu dalam artikel 'Aku dah Habis Baca EBook Panduan Adsense'.

Tapi apa yang aku perasan, tak ada panduan berbayar untuk buat blog secara spesifik dengan blogspot. Kebanyakan panduan yang berbayar ni adalah cara buat duit dengan WordPress.

Almaklumlah..blogspot ni percuma..ape kelas..haha..

Itu sebenarnye masing masing punye pilihan. Aku cerite lain kali..

Tapi usah kome khawatir..

Yang berbeza cume platform je..

Dari segi konsep berblog tu lebih kurang je sebenarnya walau di manapun korang berblog..

Buat blog pada platform paling baik di dunia pun kalau tak update, same je..ke laut jugak la jawabnye blog tu..

Ok.

Tu lah 3 sumber berbayar aku belajar tentang blog dan sedikit pasal marketing. Belajar la sikit-sikit..dengan harapan, ilmu tu akan menjadi bukit untuk digunakan di masa hadapan..

InsyaAllah..

Macam mana korang belajar berblog? Meh le kongsi sikit..aku nak belajar dari korang jugak..

6 ulasan:

  1. ebook kitab pink tu masih jual. website jualan pun masih hidup.

    dan still ada orang beli setiap bulan.

    ramai juga yang contact aku nak beli bila tak jumpa kat ashadee.

    haha..



    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu..boleh jadi affiliate lagi tak? Nak link jugak hehe

      Padam
    2. bro, tak silap tuan empunya badan makan sorang jek sejak2 asha ngan dee tue berpisah... :D

      Padam
    3. aah.

      makan sorang dulu.

      sekarang sibuk dengan bini.

      haha

      Padam
    4. makan secara berjamaah kan lebih afdal gitu hehe

      Padam
  2. Memang logik la kan..hehe..kne pm Cikgu dengan ayat manis dulu barubla boleh join ;-)

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.