Ads Top

Google Sayang Blog Korang Jika..


Alangkah indahnya jika Google sayang blog kita. Macam mana nak tau sama ada Google suke blog kite atau tak.

Salah satunya bukti yang Google suke blog kite adalah ranking blog atau artikel artikel kite banyak yang kat muke pertama carian.

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan Google tak sabar sabar nak siarkan blog kite

Artikel Panjang

Aku baca kat mana mana blog blogging pun mesti kata bends yang sama. Lagi panjang lagi bagus. Lebih panjang biasnya bermaksud lebih informasi dan lebih bermanfaat.

Tapi kalau panjang tapi banyak perapu je. 

Baik tulis setakat yang diperlukan. Tu yang aku belajar dari otai-otai blogger termasuklah Problogger.

Manfaat

Manfaat ni datang dalam dua bentuk. Manfaat dari segi ilmu atau pun hiburan. Sebab tu la blog blog hiburan memang dapat sambutan Baik dari pembaca dan google. Sebab blog tu memberi 'Manfaat kepada pembaca.

Dengan erti kata lain blog yang memberikan maklumat yang diperlukan pembaca pasti akan disayangi oleh Google.

Bahasa Betul

Aku faham semua blogger ade gaya penulisan yang tersendiri. Aku pun masih mencari gaya penulisan tersendiri yang melambangkan diri aku. Cuma sebaiknya, jangan gunakan bahasa pasar atau tulisan ringkas untuk blog kite.

Google tak faham yang 'x' maksudnye 'tak'.

Google tak faham 'sy' maksudnye 'saya'

Konsisten

Blog yang 5 tahun sekali update dengan blog yang update setiap hari mana yang korang suke?

Mestilah yang Setiap hari. Kalau tak pun paling kurang Setiap minggu.

Google pun same macam tu.

Kalau die tengok blog tu takde update dan info baru, lama kelamaan blog tu Google akan turunkan ranking.

Nak jadi blogger yang penting kene konsisten menghasilkan artikel.

Tapi memang tu lah perkara yang paling susah.

Sejuk Mata Memandang

Definasi cantik tu kan berbeza untuk setiap orang. Web yang aku kate cantik mungkin pada korang biase biase je. Tapi yang penting layout blog tu nampak kemas dan mudah untuk di layari.



Mobile view

Google memang suka blog atau laman web yang responsive. Dengan erti kata lain, blog yang boleh sesuai untuk di lawati oleh mobile devices. Setakat yang aku nampak dari blog aku, lebih dari 70% pembaca datangnya daripada pengguna peranti mudah alih seperti smartphone dan tablet.

Dan trend tu aku nampak semakin meningkat. Di masa akan datang, mungkin hampir semua pembaca datangnya dari pengguna peranti mudah alih.

Jadi jika nak Google sayang blog korang, pastikan blog korang responsive.

Sekuriti

Ini bukannya satu keperluan yang mesti korang ada. Aku rasa mesti korang pernah tengok laman web yang bermula dengan (https) kan? Itu maksudnya, laman web tu ada ciri keselamatan tambahan.

Blog tak wajib pasang sekuriti ni, kecuali blog korang ada melibatkan transaksi duit, fungsi sekuriti adalah wajib untuk laman web korang.

Walaubagaimana pun, jika blog korang ada ciri-ciri keselamatan (guna SSL), Google akan lihat yang blog korang adalah blog yang boleh dipercayai dan mengutamakan keselamatan pengunjung yang datang. Jadi blog yang selamat mestilah menjadi keutamaan untuk Google tonjolkan.

Senang je kan?

Agak-agak, Google sayang blog ni ke tak ek? huhu

2 ulasan:

  1. Ini blog google paling sayang...blog adik2 tiri mcm kami2 nie gugel jarang crawl... :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..bro dah banyak free blog yg ranking baik punye kat google ape nak risau hehe

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.