Ads Top

4 Quote Dari Filem The Boss Baby Ini Buat Aku Berfikir..


Siapa dah tengok cerita The Boss Baby? Aku memang peminat cerita animasi. Dulu aku sangat suka tengok cerita Up. Sekarang filem animasi yang aku suka adalah The Boss Baby..

Setiap malam anak aku minta buka cerita The Boss Baby ni kat tv. Nasib baik ada Chromecast, jadi senang sikit aku nak pancarkan cerita ni dari telefon ke tv aku tu..

Walaupun cerita tu nampak santai dan hiburan, ada juga scene-scene dalam cerita tu yang menyebabkan aku berfikir sejenak..bukan sekadar berhibur dan terhibur..

Dalam cerita tu juga ada dialog berkaitan beberapa quote yang baik untuk dijadikan teladan dalam kehidupan kita..


Quote #1

Either you run the day, or the day runs you..

Apa yang aku faham daripada kata-kata ni adalah kita yang menentukan bagaimana kita melalui hari-hari kita.  Jika kita suka berfikir secara negatif, maka negatif la dapatnya. Dan jika kita melalui hari-hari kita secara positif, maka hasilnya juga insyaAllah positif.

Quote #2

Whether you think you can or you think you can't, you are right!

Kata-kata kedua ini lebih mendalam pada aku. Ia juga menunjukkan betapa hebatnya kuasa berfikir seseorang. Apa yang kita fikirkan akan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Jika kita fikir kita boleh lakukan, maka hasilnya kita kan cuba untuk lakukan dan mungkin berjaya. Jika sejak awal kita fikir tidak akan berjaya, maka hasilnya juga tidak akan kesampaian..

Quote #3

The path to success is not a straight line, but rather a wild ride like ship at sea..

Kata-kata ini mudah difahami. Tiada yang tersirat. Perjalanan menuju kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah. Pastinya akan menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sebelum mengecapi kejayaan.

Quote #4

Aim for failure, and you will always succeed..

Sekali dengar macam pelik kata-kata ni. Tetapi pada aku maksud yang nak disampaikan adalah, setiap kejayaan bermula dengan kegagalan.

Sejarah juga menunjukkan bahawa ramai orang yang mengecapi kejayaan dalam hidup bermula dengan kesukaran dan kegagalan.

Ok.



Kalau nak dikaitkan kata-kata kat atas tu dengan kisah aku berblog, memang banyak kaitannya..

Masa mula-mula dulu nak berblog, aku tak yakin dengan diri sendiri..

Bila dah mula berblog, baru tahu yang berblog bukanlah satu perkara yang mudah..banyak cabaran yang perlu dihadapi..

Dalam berusaha menjadi blogger yang berjaya..kegagalan memang dah menjenguk aku beberapa kali..

Tapi..aku gagahi juga untuk mengejar impian menjadi..

Blogger Berjaya 😊

p/s: Sila la tengok cerita The Boss Baby, animasi yang comel dan menarik..hehe

12 ulasan:

  1. saya kagum dengan keupayaan berbahasa Inggeris bro amat mantap..

    penjelasan melalui peribahasa tersebut melangkaui jangkaan fikiran saya nie..

    tahniah dan saya suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa je..tak mantap mana pun sebenarnye.. :-)
      Alhamdulillah jika bro suke :-)

      Padam
    2. pasni kita request sama owner writting in english..mesti google panda huan huan kat zoo negara xmau balik china punya...stay malaysia jek! :D

      Padam
  2. Terbaik ulasan ini...

    Kawan suka quote no4 tue bro....

    Sebab as blogger diakui yang berjaya berapa kerat jek...yang gagal macam saya nie terlalu ramai utk kwn bgtau..tp yang gagal mcm kawan nie selamba jek teruskan...takde kisah akan jadi mcm mana...janji dpt lepaskan rasa yang terpendam dihati nie jek... :D

    p/s: Bro makin lama makin bijak dalam dunia blogging...seni menulis juga semakin cair org nak baca. In sha allah mampu berjaya suatu hari nanti...ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro lebih berpengalaman dari sy ni..skill penulisan pun mmg kreatif dan tersendiri..

      Doa doa kite same2 berjaya :-)

      Padam
  3. bukan mahu memperlekeh filem tempatan..tp itulah..kalau orang putih punya cerita walaupun nampak santai bukan genre 'keras' namun makna tersirat tu ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni memang jarang tgk filem melayu yg betul2 beri manfaat..drama toksah cerite la..perempuan keja lelaki..lelaki kejar perempuan..tu jela sinopsisnye..huhu..

      Tp ade juga cerita yang baik..cume..jarang-jarang..

      Padam
  4. Full movie belum layan lagi tapi ada tengok sambil2 lalu time bebudak ni tengah layan cerita ni. Memang best layan cerita2 macam gini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita yang ringan dan senang hadam..tengok pun muke tak berkerut hehe..

      Padam
  5. banyak quote dia yang best dan memberi makna dalam kehidupan

    BalasPadam
  6. Your website is really cool and this is a great inspiring article. soundcloud marketing tips

    BalasPadam
  7. Anak-anak suka tengok cerita ini, selalu ulang-ulang, tapi tak perasan ayat-ayat power yang ada dalam cerita itu begitu mendalam maksudnya. Rasa nak tengok baliklah cerita tu.. :D

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.