Ads Top

Pengalaman Guna Bitcoin Cloud Mining di Genesis Mining


Gambar atas ni bukan bitcoin ye heheh..

Sebelum ni aku ade tulis pasal 'Bitcoin Mining & Blogging'.

Dan sejak itu banyak yang aku timba ilmu berkenaan bitcoin.

Sebab aku rasa aku perlu tahu..

Dan sejak tu jugak aku dah terjebak dengan cloud mining..

Walau pun ramai yang kata tak berbaloi guna cloud mining..

Tapi aku saje saje nak cuba..

Apa? Tak tau apa tu Cloud mining?

Cloud Mining ni adalah salah satu cara nak melombong bitcoin tanpa beli perkakasan untuk melombong. Ibaratnya kita sewa lombong orang la..

Aku start guna Genesis Mining ni sejak 19 Ogos 2017. Tapi payout pertama baru pada 19 September 2017. Sebab aku bayar guna debit card, dia hold duit aku untuk sebulan. Lepas ni patutnya aku dapat payout atleast setiap beberapa hari.

Ok.
Berbaloi ke aku guna cloud mining?

Aku melabur lebih kurang RM450 untuk kontrak sepanjang hayat dengan genesis mining. Berapa yang perlu dibayar tu bergantung kepada berapa power (hashes) yang kita nak. Aku pilih 0.7THs je. Sebab cuma nak cuba cuba kan.

Lagipun modal tak banyak..Kalau modal banyak aku dah buat mining rig sendiri heheh 😁

Untuk sebulan pertama, nilai bitcoin yang aku dapat adalah lebih kurang USD19. Jadi berapa masa untuk dapat modal balik?



Kalau harga bitcoin terus naik, modal yang aku dapat sepatutnya lebih cepat. Tapi katakan nilai bitcoin tetap seperti sekarang, aku akan dapat balik modal aku dalam masa lebih kurang 6 atau 7 bulan.

Ini juga bermakna, selepas 7 bulan barulah aku akan merasa untung mining bitcoin ni..huhu..

Tapi bila difikirkan balik..

Tak jauh bezanya dengan masa aku mula berblog dulu..

Income pertama aku dari blog adalah lepas 6 atau 7 bulan berblog. Dengan kos internet yang setiap bulan RM100 (total RM700).

Jadi, pada aku, mana-mana pelaburan pun ada turun naik dan untung ruginya.

Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku..Tak apa..Masing-masing ada pandangan..

Yang pasti, kuota mining bitcoin kat Genesis Mining memang selalu Sold Out. Nak upgrade hashes pun tak boleh..Jadi stay je la kat 0.7THs sampai tahun depan.

Lepas setahun (Ogos 2018), aku akan cerita balik kisah Genesis Mining ni..haha  

6 ulasan:

  1. aku tetap kata no pada duit digital macam bitcoin dan seangkatan dengannya.

    benda ni sape cepat, dia dapat.

    Tu je.

    Cukup masa nak hilang, dia akan hilang.

    Haha..

    BalasPadam
  2. Biasanya aku akan rasa teruja dengan benda-benda macam ni... tapi entahlah... dengan bitcoin dan digital currency ni, aku tak berapa rasa teruja sangat. Rasa macam duit yang ada, better aku beli emas fizikal. :)

    By the way, aku dah reply mesej kat FB tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Emas memang pelaburan paling stabil :-) Sikit-sikit ada la juga melabur kat emas fizikal ni :-)

      2. Terima kasih atas reply tu. InsyaAllah saya akan maklumkan bile dah terbit nanti :-)

      Padam
  3. kalau tak cuba tak akan tahu..

    saya memang ada hati nak melombong Bitcoin nie..

    tunggu yang free jelah setakat nie..

    mana tahu 1 Bitcoin tersesat masuk dalam akaun..

    BalasPadam
  4. Hey! Perkara yang menakjubkan. Anda telah menutup segala-galanya di bitcoin yang orang tahu. Saya telah melanggan senarai mel anda, jadi setiap kali anda menyiarkan artikel baru saya boleh menyimpan kemas kini itu. Terus berkongsi artikel seperti itu. Cheers !.
    ARKONIX

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.