Ikon Blogger EP03 : Storyteller Blogger MrHanafi
Kenapa aku suka berblog?
Salah satu sebabnya adalah blog menyebabkan aku mengenali kawan-kawan baru. Tak ramai kawan aku yang dari Sabah dan Sarawak.
Ada, tapi tak ramai.
Dengan berblog aku dapati ramai juga blogger yang berasal dari Sabah dan Sarawak.
Salah satunya adalah penulis dalam blog MrHanafi.
Walaupun dia tak kenal aku, tapi sebenarnya dah lama aku stalk blog dia dan rajin jugak aku baca blog die ni. Die ni juga antara blogger yang rajin blogwalk di blog orang lain. Mana-mana aku baca blog blogger lain, kebarangkalian besar ada nama die ni..hehe..memang rajin..
Penulisan Mr Hanafi juga sangat santai dan mesra..
Memang padan lah dengan tagline yang digunakan oleh beliau iaitu Storyteller Blogger.
Bukan senang nak jadi storyteller.
Aku nak bercerita tentang 'seorang pencerita' ni pun agak nervous juga.
Tapi..
Aku sangat bertuah kerana diberikan peluang untuk bertanyakan beberapa soalan kepada storyteller dan bakal eUsahawan Trainer ini dan beliau dengan pantas menerima tawaran aku ni.
Berikut adalah soalan-soalan yang diajukan kepada beliau melalui emel.
Nama :
mrhanafi
|
Blog: mrhanafi.com
|
Boleh
perkenalkan diri sedikit?
Nama
sebenar saya Mohd Hanafi Abdullah.Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang
anak.Saya berbangsa Melanau dan memeluk Islam ketika berumur 21 tahun.
|
|
Sejak bila
mula berblog?
Dunia blog
saya kenali sejak tahun 2009 lagi.Saya suka blogwalking dan membaca blog
orang lain.Namun pada penghujung 2012,saya mula aktif menulis dan mempunyai
rangkaian blog daripada pelbagai niche.Cuma pada tahun 2017 fokus kepada satu
blog sahaja manakala blog yang lain mulai pupus dan terbiar begitu sahaja.
|
|
Apakah
pencapaian terbaik sebagai seorang blogger?
Pada tahun
2016 saya menerima jemputan sebagai media reporter untuk perasmian empangan
hidroelektrik di Sarawak.Badan korporat tersebut telah menaja sepenuhnya
perjalanan,tempat tinggal dan sebagainya selama 3 hari 2 malam.
In shaa
Allah pada November 2017 sekali lagi saya diundang secara peribadi oleh NGO
tempatan untuk membuat liputan rasmi event bertaraf dunia.
Percapaian
ini bukan diukur dengan nilai duit tetapi perhatian badan korporat dan NGO
terhadap pengaruh serta peranan blogger dalam dunia online.
|
|
Cabaran
terbesar sebagai seorang blogger?
Bercakap
tentang cabaran memang panjang ceritanya.Lebih baik saya ringkas iaitu saya
berhadapan dengan trafik atau jumlah pembaca.Adalah perkara biasa blog saya
dikunjungi oleh ratusan pembaca setiap hari.Jumlah ini semakin mengecil
setiap bulan.
Saya terfikir
balik apa yang saya tulis tidak sampai ke sasaran pembaca kerana artikel
sukar berada di carian utama Google.Puncanya keyword tidak mampu bersaing
dengan blog-blog otai yang lain.
Jelas
disini bahawa cabaran saya sebagai blogger adalah trafik blog.Pengunjung
organik tidak menyedari kehadiran artikel saya walaupun saya sudah menulis
lebih 1000 artikel.Ada 600 artikel terpaksa masuk draf semula dan selebihnya
ada 400 artikel boleh diakses di internet.
|
|
Jika ada
satu nasihat untuk blogger baru, apakah nasihat tersebut?
Ya.Memang
ada.Tulislah blog dengan hati dan perasaan.Tak de orang nak baca maka
diri sendiri boleh baca.
Selain itu
cuba kuasai SEO supaya artikel berada di halaman utama enjin carian.Jika
tidak artikel anda jadi artikel peram.Ada di online tetapi orang tak tahu
punya kewujudannya waima betapa berkualitinya penulisan tersebut.
Sekali lagi
banyakkan membaca buku,bahan ilmiah atau blog yang berautoriti untuk
kefasihan menulis.Kalau tak rajin membaca mana mungkin boleh menulis begitu
baik.
Jangan ikut
macam saya.Tulis blog bertahun-tahun tetapi penulisan artikel tidak
menghasilkan trafik yang mantap dan berkesan.
Akhir
sekali lagi jangan berputus asa.Yang ini boleh contohi saya.Saya mampu
bertahan sebagai blogger walaupun pembaca tidak ribu riban dan income dari
blog cumalah sejemput seperti janggut saya sendiri.
In shaa
Allah saya tetap menulis blog kerana minat yang bukan bersandar kepada
duit,trafik dan nama.
|
|
Bagaimanakah
cara tuan buat duit daripada blog?
Banyak cara
untuk mendapat duit dari blog. Saya suka affiliate dan review laman web.Dua
cara ini bukanlah yang terbaik namun itu lebih baik daripada tiada
menghasikan apa-apa pendapatan.
Saya tidak
mengulas panjang soalan ini kerana buat duit dari blog masih ‘fail’ kepada
saya. Maafkan saya dan saya rasa buat duit terlalu peribadi sifatnya.
|
|
Berapakah
pendapatan tuan daripada blog?
- |
Nampak tak?
Nampak ape?
Nampak tak bagaimana susah senang nak jadi blogger.
Ini yang dinamakan blogger kental.
"Agi idup agi ngelaban"
Itu je pepatah yang aku tau.
Dulu dan kini..
Aku tak kisah pun die tak kongsikan pendapatan blog beliau sebab tu hak masing-masing. Yang penting aku tahu beliau sangat enjoy untuk terus berblog dan memberi manfaat kepada orang lain.
Jika nak dibandingkan pengalaman dan pencapaian aku sebagai seorang blogger dengan MrHanafi, aku memang masih jauh lagi ketinggalan.
Tak ade sesiape pun yang jemput aku untuk apa-apa event hehe 😝
Orang kata pengalaman adalah cikgu terbaik yang boleh mengajar kita..
Banyak lagi aku perlu belajar dari blogger seperti MrHanafi ni.
Terima kasih aku ucapkan kepada MrHanafi atas kesudian beliau menjawab soalan-soalan aku yang tak seberapa ni. Aku harap hubungan antara blog ini dan blog MrHanafi akan terus terjalin.
Jika nak dibandingkan pengalaman dan pencapaian aku sebagai seorang blogger dengan MrHanafi, aku memang masih jauh lagi ketinggalan.
Tak ade sesiape pun yang jemput aku untuk apa-apa event hehe 😝
Orang kata pengalaman adalah cikgu terbaik yang boleh mengajar kita..
Banyak lagi aku perlu belajar dari blogger seperti MrHanafi ni.
Terima kasih aku ucapkan kepada MrHanafi atas kesudian beliau menjawab soalan-soalan aku yang tak seberapa ni. Aku harap hubungan antara blog ini dan blog MrHanafi akan terus terjalin.
Selain itu, bagi blogger baru (termasuk aku ni), ambillah pelajaran daripada pengalaman MrHanafi.
Akhir sekali, mohon maaf sekiranya ada maklumat yang salah tentang MrHanafi. Sebarang kesilapan sila hubungi aku secepat mungkin ye 😇
Akhir sekali, mohon maaf sekiranya ada maklumat yang salah tentang MrHanafi. Sebarang kesilapan sila hubungi aku secepat mungkin ye 😇
setakat ini ok je bro..
BalasPadamsaya menerima dengan hati terbuka...
cuma trainer eUsahawan dah jadi outa hehehe..boleh baca kat blog kisahnya
p/s : terima kasih bagi backlink
Mr Hanafi yang koi nampak beliau seorang yang humble melalui penulisan di blog sendiri mahupun blogwalking.
BalasPadamterima kasih bro Asyraf..
PadamBro Asyaf pun apa kurangnya...
Sejak akhir ini.
saya terlepas pandang untuk jejalan di banyak blog..
maafkan saya .