Ads Top

Ikon Blogger EP03 : Storyteller Blogger MrHanafi


Kenapa aku suka berblog?

Salah satu sebabnya adalah blog  menyebabkan aku mengenali kawan-kawan baru. Tak ramai kawan aku yang dari Sabah dan Sarawak.

Ada, tapi tak ramai.

Dengan berblog aku dapati ramai juga blogger yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

Salah satunya adalah penulis dalam blog MrHanafi.

Walaupun dia tak kenal aku, tapi sebenarnya dah lama aku stalk blog dia dan rajin jugak aku baca blog die ni. Die ni juga antara blogger yang rajin blogwalk di blog orang lain. Mana-mana aku baca blog blogger lain, kebarangkalian besar ada nama die ni..hehe..memang rajin..

Penulisan Mr Hanafi juga sangat santai dan mesra..

Memang padan lah dengan tagline yang digunakan oleh beliau iaitu Storyteller Blogger.

Bukan senang nak jadi storyteller.

Aku nak bercerita tentang 'seorang pencerita' ni pun agak nervous juga.

Tapi..

Aku sangat bertuah kerana diberikan peluang untuk bertanyakan beberapa soalan kepada storyteller dan bakal eUsahawan Trainer ini dan beliau dengan pantas menerima tawaran aku ni.

Berikut adalah soalan-soalan yang diajukan kepada beliau melalui emel.

Nama : mrhanafi
Boleh perkenalkan diri sedikit?

Nama sebenar saya Mohd Hanafi Abdullah.Sudah  berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.Saya berbangsa Melanau  dan memeluk Islam ketika berumur 21 tahun.

Sejak bila mula berblog?

Dunia blog saya kenali sejak tahun 2009 lagi.Saya suka blogwalking dan membaca blog orang lain.Namun pada penghujung 2012,saya mula aktif menulis dan mempunyai rangkaian blog daripada pelbagai niche.Cuma pada tahun 2017 fokus kepada satu blog sahaja manakala blog yang lain mulai pupus dan terbiar begitu sahaja.

Apakah pencapaian terbaik sebagai seorang blogger?

Pada tahun 2016 saya menerima jemputan sebagai media reporter untuk perasmian empangan hidroelektrik di Sarawak.Badan korporat tersebut telah menaja sepenuhnya perjalanan,tempat tinggal dan sebagainya selama 3 hari 2 malam.

In shaa Allah pada November 2017 sekali lagi saya diundang secara peribadi oleh NGO tempatan untuk membuat liputan rasmi event bertaraf dunia.

Percapaian ini bukan diukur dengan nilai duit tetapi perhatian badan korporat dan NGO terhadap pengaruh serta peranan blogger dalam dunia online.

Cabaran terbesar sebagai seorang blogger?

Bercakap tentang cabaran memang panjang ceritanya.Lebih baik saya ringkas iaitu saya berhadapan dengan trafik atau jumlah pembaca.Adalah perkara biasa blog saya dikunjungi oleh ratusan pembaca setiap hari.Jumlah ini semakin mengecil setiap bulan.

Saya terfikir balik apa yang saya tulis tidak sampai ke sasaran pembaca kerana artikel sukar berada di carian utama Google.Puncanya keyword tidak mampu bersaing dengan blog-blog otai yang lain.

Jelas disini bahawa cabaran saya sebagai blogger adalah trafik blog.Pengunjung organik tidak menyedari kehadiran artikel saya walaupun saya sudah menulis lebih 1000 artikel.Ada 600 artikel terpaksa masuk draf semula dan selebihnya ada 400 artikel boleh diakses di internet.

Jika ada satu nasihat untuk blogger baru, apakah nasihat tersebut?

Ya.Memang ada.Tulislah blog dengan hati dan perasaan.Tak de orang nak baca  maka diri sendiri boleh baca.

Selain itu cuba kuasai SEO supaya artikel berada di halaman utama enjin carian.Jika tidak artikel anda jadi artikel peram.Ada di online tetapi orang tak tahu punya kewujudannya waima betapa berkualitinya penulisan tersebut.


Sekali lagi banyakkan membaca buku,bahan ilmiah atau blog yang berautoriti untuk kefasihan menulis.Kalau tak rajin membaca mana mungkin boleh menulis begitu baik.

Jangan ikut macam saya.Tulis blog bertahun-tahun tetapi penulisan artikel tidak menghasilkan trafik yang mantap dan berkesan.

Akhir sekali  lagi jangan berputus asa.Yang ini boleh contohi saya.Saya mampu bertahan sebagai blogger walaupun pembaca tidak ribu riban dan income dari blog cumalah sejemput seperti janggut saya sendiri.

In shaa Allah saya tetap menulis blog kerana minat yang bukan bersandar kepada duit,trafik dan nama.


Bagaimanakah cara tuan buat duit daripada blog?

Banyak cara untuk mendapat duit dari blog. Saya suka affiliate dan review laman web.Dua cara ini bukanlah yang terbaik namun itu lebih baik daripada tiada menghasikan apa-apa pendapatan.

Saya tidak mengulas panjang soalan ini kerana buat duit dari blog masih ‘fail’ kepada saya. Maafkan saya dan saya rasa buat duit terlalu peribadi sifatnya.

Berapakah pendapatan tuan daripada blog?

-


Nampak tak?

Nampak ape?

Nampak tak bagaimana susah senang nak jadi blogger.

Ini yang dinamakan blogger kental.

"Agi idup agi ngelaban"

Itu je pepatah yang aku tau.

Dulu dan kini..

Aku tak kisah pun die tak kongsikan pendapatan blog beliau sebab tu hak masing-masing. Yang penting aku tahu beliau sangat enjoy untuk terus berblog dan memberi manfaat kepada orang lain.

Jika nak dibandingkan pengalaman dan pencapaian aku sebagai seorang blogger dengan MrHanafi, aku memang masih jauh lagi ketinggalan.

Tak ade sesiape pun yang jemput aku untuk apa-apa event hehe 😝

Orang kata pengalaman adalah cikgu terbaik yang boleh mengajar kita..

Banyak lagi aku perlu belajar dari blogger seperti MrHanafi ni.

Terima kasih aku ucapkan kepada MrHanafi atas kesudian beliau menjawab soalan-soalan aku yang tak seberapa ni. Aku harap hubungan antara blog ini dan blog MrHanafi akan terus terjalin. 

Selain itu, bagi blogger baru (termasuk aku ni), ambillah pelajaran daripada pengalaman MrHanafi.

Akhir sekali, mohon maaf sekiranya ada maklumat yang salah tentang MrHanafi. Sebarang kesilapan sila hubungi aku secepat mungkin ye 😇

3 ulasan:

  1. setakat ini ok je bro..

    saya menerima dengan hati terbuka...

    cuma trainer eUsahawan dah jadi outa hehehe..boleh baca kat blog kisahnya

    p/s : terima kasih bagi backlink

    BalasPadam
  2. Mr Hanafi yang koi nampak beliau seorang yang humble melalui penulisan di blog sendiri mahupun blogwalking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih bro Asyraf..

      Bro Asyaf pun apa kurangnya...

      Sejak akhir ini.

      saya terlepas pandang untuk jejalan di banyak blog..

      maafkan saya .

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.