Ads Top

2 Peristiwa Ini Memberi Maksud Sebenar Apa Itu REZEKI


Aku ada 2 cerita. Ini cerita betul. Mana yang baik tu dari Allah. Yang kurang tu dari kelemahan aku sendiri.

Sebelum ni ramai yang kata pasal rezeki, cara menarik rezeki dan lain-lain lagi. Tapi 2 peristiwa yang berlaku di sekeliling aku ni membuatkan aku terfikir dengan lebih dalam dan memahami erti sebenar REZEKI.

1. Kisah 'Kalau Ada Rezeki'

Pagi tu aku kena hantar mak ke hospital untuk buat medical checkup. Macam biasa malam sebelum tu mak kena puasa sebab nak ambil darah. Pagi tu aku hantar mak ke hospital seperti yang dah dirancang. Selepas lebih kurang 2 jam menunggu dari jam 8.30pagi hingga 10.30pagi, akhirnya selesai semua urusan di hospital.

Sebab mak puasa sejak malam semalam, aku pun ajak mak makan kat satu kedai yang aku tau memang spesel satay muarnye. Kedainya pun selesa.

Sampai kat kawasan kedai tu aku tengok orang ramai bukan main, dan parking tak ade kosong. 3 kali aku tawaf untuk tengok parking kalau ada.

Yes! Ada orang keluar, parking pun kosong.

Siap parking, aku cari kupon parking.

Malangnya tak ada.

2 blok dari situ aku dah nampak abang perbandaran sedang saman kereta orang. Pusing kiri kanan tengok tak ada kedai jual kupon.

Mak pun kate.."Tak ada kupon kita makan tempat lain jela..Nanti kena saman membazir je."

Dengan hati yang berat aku pun keluar dari parking sambil fikir mana lagi aku nak bawa mak ke tempat yang spesel pagi tu.

Dalam perjalanan tu tibe tibe aku teringat satu kedai yang baru pindah tak jauh dari kawasan tu. Sekitar 2 km dari kedai tadi.

Sampai ke kedai tu, aku tengok orang memang ramai. Tapi elok je ade satu parking betul betul depan kedai tu.

Alhamdulillah.

Masuk kedai tu aku terperasan macam orang yang aku kenal.

Oh tu pakcik belah isteri aku.

Lepas salam semua, aku pun ambil tempat selang beberapa meja dari pakcik tadi. Aku order macam biasa. Makan satay muar dengan penuh selera.

Siap makan aku pun minta abang waiter tu untuk kire. Abang tu dengan selamba berkata..

"Abang punye semua dah ada orang bayar tadi.." Sambil menunjukkan tempat duduk yang tadinya diduduki oleh pakcik isteri aku.

Alhamdulillah.

.
.

Kejadian ini menyebabkan aku banyak berfikir apa itu rezeki. Kalau nak diikutkan aku sebenarnya boleh berusaha untuk beli kupon di kedai makan yang pertama tadi dan makan kat sane. Tapi sebab rezeki aku kat kedai yang lagi satu ni dan rezeki aku pagi tu adalah untuk dibelanje orang.

Hati dan fizikal aku 'diarahkan' untuk ke kedai lagi satu tu..

Perkara yang lebih kurang sama mungkin berlaku pada korang. Cuma yang membezakan adalah sama ada korang sedar atau tak itu adalah salah satu bentuk rezeki.

Sama-sama kita fikirkan.



2. Kisah 'Tak Ada Rezeki'

Memang dah jadi adat keluarga aku suka bercucuk tanam di kawasan sekitar rumah. Antara yang paling senang nak tanam adalah pokok pisang. Mak dan kakak aku memang suka tanam pokok pisang.

Ada beberapa batang pokok pisang yang sekarang dah mengeluarkan buah. Tapi belum sampai masa untuk ditebang lagi. Selang beberapa hari, pisang tu nampaknya seperti dah sesuai untuk ditebang.

Abang aku berkata.."Pisang ni macam dah tua boleh ditebang ni.."

Kakak kemudian berkata.."Belum lagi tu..esok insyaAllah dah boleh tebang tu.."

Malam tu berlalu macam biasa tanpa sebarang masalah..

Pagi keesokannya kakak baru balik hantar anak ke sekolah. Die perasan macam ada yang tak kena dengan pokok pisang yang nak ditebang tu.

Bila die datang dekat rupanya pokok pisnag tu dah tumbang dan pisangnya dah tak ada!

Nampak dengan jelas ada kesan orang tebang dengan parang..

Pisang dah kena curi!

Tak ada rezeki la jawapnye..

.
.
.
Cerita ni ringkas tapi banyak beri pengajaran pada aku. Kalau nak diikutkan, jika semalam pokok pisang tu dah ditebang, takkan berlaku masalah kehilangan pisang. Tapi sebab tak ada rezeki, hati dan fizikal 'diarahkan' untuk tunggu sehingga esok..

Situasi ini mungkin juga berlaku dalam kehidupan seharian kita. Cuma kadang kita hanya anggap ia sebagai rutin atau lebih memikirkan 'siapa yang mencuri pisang' dari memikirkan apa pengajaran disebaliknya.

2 peristiwa ini membuka minda aku untuk terus berfikir dan memahami hikmah disebalik apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita 😊

Jumpa lagi akan datang ye, InsyaAllah..



4 ulasan:

  1. menarik cerita ini..

    siapa yang tulis begitu indah bahasa dan susunan ayatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita ni sama seperti kebanyakan perkara yang kita lalui setiap hari..objektifnya adalah untuk berfikir dari sudut yang berbeza :-)

      Padam
  2. Pisang tu sebenarnya "rezeki" orang yang curi tu la... Tapi dia ada pilihan sama ada nak ambik ke tak. Kalau ambik, rezeki tu haram. Sayangnya dia pilih yang haram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari satu sudut pandangan yang lain mmg betul apa yg tuan ckp tu :-)

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.