Ads Top

Job Pertama Dari SushiVid. Yeay!


Akhirnya Dapat Job Pertama Dari SushiVid. Yeay!

Baru dapat satu job dah bising sekampung.

Haha.

Teruje beb.

Eleh macam la korang masa first time tak teruje. Hahaha. 😁

Rasanya dah lama jugak aku daftar SushiVid. Tapi tak berapa nak jenguk sangat sebab rasa macam susah je nak dapat job kat sane tu. Maklumlah blogger ikan bilis. Kalau blogger ikan jerung mesti la dah dapat banyak job.

Oh.

Ada yang tak tau ke apa tu SushiVid?

SushiVid ni laman web untuk blogger, youtuber atau instagrammer buat duit. Kat sane ade tugasan-tugasan dari pelbagai jenis jenama untuk influencer mohon dan jika diterima, kita perlu laksanakan tugasan tu dan akan dibayar oleh jenama tersebut.

Nak daftar SushiVid tu senang je.

Asalkan ada blog dengan kunjungan sekurang-kurang 2000 sebulan..atau..

Ada Youtube Channel ada 250 subscribers..atau..

Ada Instagram dengan Follower minimum 2000 orang dah boleh join.

Untuk blogger macam kite ni..

2000 visit sebulan lebih kurang 70 visit sehari. Rasanya kebanyakan blogger boleh lepas minimum requirement ni.

Tapi dapat join pun tak menjamin korang dapat buat duit dengan SushiVid ni. Sebab kene hantar proposal dulu..kalau terpilih baru boleh buat duit..

Ini proses buat duit dengan SushiVid.


Bila dah daftar SushiVid, jangan lupa untuk kemaskini profil dan maklumat diri sendiri supaya pengiklan terpesona dengan proposal korang.

Nak dijadikan cerita.

Beberapa bulan lepas aku ada hantar proposal untuk satu job.

Tapi aku tinggal jela sebab rasa peluang tipis je.

Beberapa hari lepas aku dapat reply dari SushiVid untuk job yang harganya USD50.

Oh yeah..

Alhamdulillah.

Satu lagi cabang baru buat duit online dan buat duit dengan blog.

Tak terbayang aku kalau dapat beberapa job dengan bayaran macam tu jugak.. Masyuk jugak ek hehe..

Sape yang cukup syarat dan nak RM10 percuma boleh daftar ikut link aku ni → SushiVid.

Kalau tak nak guna link aku pun tak pe. Boleh pergi ke SushiVid terus. Tapi tak dapat la bonus RM10 tu.

Aku ok je 😊

Aku harap job aku di SushiVid akan bertambah seiring dengan perkembangan blog dan Youtube Channel aku.


Ni gambar sikit untuk job tu. Aku tak tau sama ada boleh atau tak nak tunjuk paparan ni. Takut pihak SushiVid marah pulak nanti. Jadi kebanyakan daripadanya aku blurkan. Deadline untuk job aku ni patutnya 31 Oktober, tapi diorang dah drag sendiri.

Suke hati diorang la. Yang penting aku dapat job hehe.

Kalau nak usha-usha SushiVid dulu pun boleh → SushiVid

Mana-mana ikan bilis, ikan kembung, ikan jerung yang nak share pengalaman dengan SushiVid pun sangat digalakkan. Boleh komen kat bawah ye. 😁 

8 ulasan:

  1. Tahniah...bila dpt job memang suka sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru nak merasa job kat sushivid. orang lain dah berkali-kali pun..hehe

      Padam
  2. susah tak buat job tu..

    kalau tulis artikel dalam bahasa Inggeris ..memang out of list tuan.

    sekolah pun tak lepas lagi ..

    hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulis blog atau video dalam bahasa malaysia pun boleh biasanya :-)

      Padam
  3. Dah banyak kali apply. Tak lepas lah, entah apa dia nak ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dinafikan mmg susah nak dapat job. Kecuali yg apply tu mmg follower sgt banyak

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.