Ads Top

Matlamat Google Adsense 2018 Tercapai!


Alhamdulillah. Salah satu matlamat aku untuk tahun 2018 nampaknya dah tercapai awal. Mungkin ada yang rasa matlamat ni kecil je, tapi dalam masa sama nampak peningkatan dari segi pendapatan blog aku dan juga perkembangan blog aku.

Apa matlamat yang tercapai?

Antara matlamat aku tahun 2018 adalah untuk dapat payment daripada Google Adsense setiap bulan.

Sebelum ni aku biasanya dapat payment 2 bulan sekali dari Google Adsense. Sejak beberapa bulan ni nampaknya ada peningkatan dari pendapatan Google Adsense aku.

Dan jika trend ni berterusanya, aku akan dapat payment setiap bulan dari Google Adsense. Setakat bulan Januari hingga Mei 2018 ni dah mula dapat payment dari Google Adsense setiap bulan.

Nak mencapai ke tahap ini pada aku pun bukan satu perkara yang mudah. Mungkin mudah untuk orang lain, tapi pejalanan untuk aku capai matlamat ni memang tak mudah pada aku.

Aku masih ingat masa mula-mula aku dapat akaun penuh Google Adsense, sebulan dapat tak sampai USD10 pun..Tak percaya boleh tengok sejarah pendapatan blog aku.

Bila naik tahun pertama..setiap bulan dapat lebih kurang USD30..

Bila naik tahun ke dua..setiap bulan dapat lebih kurang USD50..

Sekarang aku dah berblog masuk tahun ke 3..memang matlamat aku untuk dapat bayaran setiap bulan dari Google Adsense.

Satu lagi sebab aku rasa yang menyumbang peningkatan pendapatan adsense aku adalah apabila aku mula guna Google Adsense Auto Ads.

Aku ada cerita pasal Google Adsense Auto Ads dalam video kat bawah ni:


Google Adsense auto ads ni kita hanya perlu letak sekali je kod html. Iklan akan secara automatik keluar pada tempat yang strategik dalam blog kita. 

Tapi pendapatan iklan tak semewah affiliate marketing..

Aku tau yang pendapatan Google Adsense ni mungkin tak semewah buat affiliate marketing, tapi aku rasa macam lebih selesa untuk buat duit pasif dengan Google Adsense. Sebab setakat ni pendapatan iklan aku lebih perform daripada affiliate yang aku join.

Oh ye..

Pendapatan Google Adsense ni bukannya hanya dari satu blog..tapi daripada beberapa blog yang menggunakan akaun adsense yang sama..

Di tambah lagi dengan Youtube Channel aku..

Jadi bile total up dapatlah capai minimum USD100 tu setiap bulan.

Aku harap ini akan menjadi langkah kanan untuk aku capai matlamat USD100 sehari dengan Google Adsense pada masa hadapan. InsyaAllah. 😁

5 ulasan:

  1. yup.

    aku masuk tahun ke 2 baru berjaya maintain tetiap bulan sampailah sekarang.

    la ni, syukur ajelah kalau berjaya maintain tu. haha

    BalasPadam
  2. Aminn..Semoga terus maintain dan meningkat ;-)

    BalasPadam
  3. Terbaik. Semoga tuan terus sukses di masa hadapan.

    BalasPadam
  4. tahniah, moga tercapai hasrat untuk dapat USD100 sehari plak pasni

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.