Ads Top

Youtube Adsense vs Blog Adsense.


Ada orang buat duit dengan blog.

Ada orang buat duit dengan video di Youtube.

Aku dah cuba keduanya.

Ada pahit manis untuk keduanya.

Banyak masa dihabiskan untuk belajar tentang keduanya. Ebook, video banyak dah aku laburkan untuk ilmu. Sekarang masa untuk amalkan dan timba pengalaman sendiri.

Kadang rasa nak berehat satu dan fokus hanya pada salah satu. Tapi bila fikir balik, kenapa tak fokus kepada kedua-duanya? Sebab aku rasa aku belum betul-betul berusaha sampai ke tahap 'gila-gila' lagi.

Memang aku dah berusaha bersungguh-sungguh, tapi rasanya belum pada tahap full capacity walaupun kadang kala terasa keletihannya bekerja sepenuh masa di siang hari, dan berblog / buat duit online di malam hari. Siang melaksanakan tanggungjawab, malam melaksanakan minat 😋

Target aku satu hari nanti, pendapatan online blog dan Youtube adalah menyamai pendapatan kerja tetap aku. Aku target dalam masa 5 tahun lagi. Lambat? At least aku ada matlamat yang realistik dan aku rasa aku boleh capai matlamat tu.

Setakat ni pendapatan online utama aku adalah daripada 4 perkara ni:

  1. Blog Adsense
  2. Youtube Adsense
  3. Paid Review
  4. Affiliate
Hampir 80% pendapatan setiap bulan aku sekarang dari Google Adsense. Sama ada Youtube atau blog. Paid review dan affiliate agak kurang konsisten sekarang ni. Mungkin juga sebab aku masih kurang ilmu berkaitan affiliate marketing ni.

Ada yang tanya aku, mana yang lebih mudah sama ada Youtube Adsense atau Blog Adsense? 

Aku nak jawab soalan ni pun agak sukar.

Sebab dua-dua aku buat pun bermula dengan kesukaran.

Youtube Adsense


Tapi jika nak dibandingkan juga. Aku rasa Youtube Adsense lebih mudah. Cuma masalahnya sekarang Youtube dah laksanakan syarat yang ketat untuk join Youtube Adsense. Jadi untuk yang baru nak bermula dari zero memang kena usaha dengan hati yang kental untuk capai syarat yang ditetapkan.

Siapa yang nak course 20+ video buat duit Youtube percuma boleh tonton kat sini: Panduan Youtube Percuma

Sejak aku belajar dan guna SEO untuk Youtube, sebahagian video aku berjaya ranking dengan agak baik. Dalam masa sama bertambah subscriber. Dengan bertambahnya subscriber, bermaksud bertambahlah penonton sedia ada untuk Youtube Channel aku, selain SEO, subscriber juga adalah trafik yang penting untuk tonton video yang aku buat tu.


Blog Adsense


Untuk blog adsense pula, cabaran utama adalah untuk create blog dan cari trafik ke blog. Ada blog, takde trafik pun tak guna. Sebab trafik tu yang akan bantu kita untuk generate duit dengan Google Adsense.

Tak dinafikan memang sukar untuk buat blog. Mungkin lebih mudah untuk bermain SEO jika guna wordpress. Aku ada kedua-dua jenis blog. Aku merasai kedua-duanya. Wordpress atau blogspot, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.

Jika korang nak buat duit dengan blog, anda perlu baca Tips Blogging ni.

Tetapkan Matlamat Untuk Adsense


Aku memang dah ada target untuk Google Adsense ni.

Macam yang aku pernah cerita sebelum ni, aku target setiap hari aku nak USD100 dalam Google Adsense. Nampak susah tapi tak mustahil. Aku ada ceritakan planning aku untuk capai matlamat sehari USD100 kat sini. Tapi ia bukan kerja mudah. Banyak kerja keras dan masa tidur yang perlu dikorbankan.

Berdasarkan pengalaman aku beberapa tahun ni, nampaknya pendapatan Youtube Adsense lebih stabil berbanding dengan blog adsense. Tetapi kadang-kadang pendapatan blog adsense adalah lebih tinggi berbanding dengan Youtube Adsense.

Contohnya, setiap bulan aku dapat lebih kurang USD100 dari Youtube Adsense, tapi blog adsense kadang-kadang dapat USD100, kadang USD400, kadang USD50.

Bila income tak stabil, rase macam tak selamat dan menunjukkan banyak lagi perkara aku perlu ambil tahu dan perbaiki.

Itu je pendapat aku berkenaan Youtube Adsense ataupun blog adsense. Keduanya ada kelebihan dan kesukaran yang tersendiri.

Kini bergantung kepada anda untuk fokus dan cuba yang mana. Ada usaha dan komitmen, insyaAllah apa pun boleh berjaya 😁

6 ulasan:

  1. adsense profit utk blog dalam bahasa english banyak bagus. Utk Blog Melayu pulak 1 klik biasa USD 0.10 atau 0.20 saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya content English susah nak tulis. Grammer pun berterabur. Huhu

      Padam
  2. Bestnya ada income dari Adsense. Pasif income, tak payah buat kerja lagi once tak stabil kan. Main blog qiya tak approved lagi, guna email lain baru approved tu pun utk youtube. Jenuh jugak nak fikir nak bubuh content apa. Tapi kalau video toys review macam senang dapat engagement. Pendapat Qiya la sebab budak-budak 1-2tahun da pandai tengok youtube dan keep repeating tengok video yg sama contoh je setiap hari.

    BalasPadam
  3. Sekarang ni makin susah nak approve channel youtube.. kena 1000 subscribers dan 10k view.

    BalasPadam
  4. Salam....
    Minta cdgn tuan tuan...sy bru nk belajar bgmn nk jana online income..
    Rasa erminat pula 😁

    BalasPadam
  5. Salam tuan. Saya ingin bertanya boleh ke guna blog dan content yg sama untuk setup acc adsense kali kedua. Sbb yg first dh kena block.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.