Ads Top

Pendapatan Blog Bulan September 2017


Sekejap je dan masuk bulan Oktober. Padahal rasa baru je berlalu bulan Ogos. Bila tiba bulan baru, makanya..

Tibalah aku ceritakan pendapatan blog aku dan juga perkembangan aku dalam dunia online ni secara keseluruhannya.

Ok.

Bulan September bermula dengan excitement..

Tapi berakhir dengan agak suram..

Kenapa?

Teruskan membaca ye..

Jap lagi aku ceritakan..

EBook

Masa aku cerita pendapatan bulan Ogos 2017, aku ade cerita pasal aku sedang dalam proses buat ebook berbayar. Sehingga hujung bulan September, aku berjaya siapkan ebook tu..

Ebook tu panjangnya 120 muka surat..

Tapi bila aku baca balik muka demi muka..

Aku jadi was-was..

Bukan was-was dengan kandungannya..

Tapi aku was-was sebab..terfikir..

Sama ada ilmu yang aku kongsikan dalam ebook tu 'berbaloi untuk dibayar' atau tak..

Akhirnya aku decide..ebook tu aku bagi secara percuma sahaja untuk kumpul email list baru..

Aku pun tak tahu sama ada ianya berbaloi atau tak..

Tapi yang aku pasti aku dah belajar banyak benda semasa menulis ebook tu..

Kecewa?

Tak..at least aku tahu siapa yang dapatkan ebook tu akan mendapat manfaat walaupun aku tak jual ilmu tu..

Harap dapat la saham akhirat sikit..

Panduan Buat Blog Terbaik

Rasanya panduan terakhir yang aku beli adalah yang berkaitan dengan Google Adsense.

Dah lama dah..

Baru-baru ni aku ada beli satu lagi panduan blogging iaitu World Class Blogging.

Tak dinafikan ia antara panduan blog yang terbaik aku pernah baca dan tonton.

Walaupun ia sebenarnya untuk blog Wordpress.

Tapi banyak juga ilmu yang boleh dipraktikkan untuk blogger yang buat blog di Blogspot.

Paling aku suka yang berkenaan dengan kajian kata kunci dan proses article linking tu..

Aku rasa berbaloi beli panduan buat blog tu..

Yang nak tambah ilmu boleh dapatkan panduan World Class Blog tu..

InsyaAllah tak rugi. 

Google Adsense

Memang dari dulu lagi Google Adsense adalah antara cara buat duit dengan blog yang paling aku suka.

Tapi sejak akhir-akhir ni pendapatan blog dari Google Adsense macam semakin menurun..

Mujur la aku ada Youtube Channel yang boleh cover sikit-sikit pendapatan dengan Google Adsense..

Fuhh..

Macam ni la agaknya asam garam blogging..Ada turun..ada naik..

Ok.
Dah sampai masa untuk aku cerita pasal pendapatan blog aku untuk bulan September 2017.

Macam biasa, pendapatan blog dan online aku terdiri dari 3 sumber utama iaitu iklan, affiliate dan juga freelance.

Iklan

Pendapatan Google Adsense baru capai minimum cashout USD100 bulan September ni. Jadinya payout hanya dibuat pada 21hb Oktober nanti. Jadi aku kira pendapatan Google Adsense dalam pendapatan bulan Oktober je nanti.

Dari Ezoic aku dapat $33 untuk bulan September. Bagi yang pertama kali dengar ape kejadahnya Ezoic ni, boleh baca artikel aku sebelum ni pasal Ezoic. Tak larat nak tulis pepanjang lagi sekali pasal Ezoic. Setakat ni pendapatan dari Ezoic pun 2 bulan sekali berselang seli dengan Google Adsense.

Dari Mobicow pulak aku dapat $27. Alhamdulillah hampir setiap bulan ada cashout dari 'lembu' ni. Tapi trend pendapatan dari iklan Mobicow ni pun dah menurun. Mungkin sebab ramai dah guna ads blocker. Baca pasal Mobicow kat sini.


Affiliate

Satu lagi pendapatan utama blog adalah dari affiliate. Antara affiliate yang aku sertai adalah Lazada Malaysia, Involve Asia, Klikjer dan lain-lain. Secara keseluruhan pendapatan dari affiliate adalah seperti berikut:

Lazada RM127
EBay RM215
Headline Generator RM70
Klikjer RM16.5

Freelance

Alhamdulillah masih ada yang nak perkhidmatan penulisan aku. Bulan September aku berjaya buat 11 artikel dengan total bayaran RM275.

Jadi total pendapatan blog bulan September adalah lebih kurang RM950.

Pendapatan dah ada, kene la uruskan pendapatan dengan baik pulak lepas ni..


What Next?

Do what you do BEST!

Aku masih fikir.

Apa perkara terbaik yang aku lakukan dan boleh aku teruskan. Sekarang aku tahu mungkin aku tak sesuai untuk tulis ebook haha. Tapi aku boleh tahan la dalam menguruskan blog dan tulis artikel.

Mungkin kekuatan aku adalah menulis.

Niche Blog baru

Aku ada buat blog baru.

Aku setup blog tu sebenarnya dah agak lama..mungkin dalam 6 bulan lepas..dengan beberapa konten..

Bila aku tengok stat blog tu, nampaknya macam ada potensi..Sebab dengan aku tak buat apa-apa pun, visit setiap hari dalam lingkungan 200-300 pageview.

Bulan ni baru nak start serius dengan blog tu..

Aku nak buat eksperimen juga dengan blog tu..

Bile experiment dah selesai nanti mungkin aku akan ceritakan pengalaman aku..

Kalau semuanya berjalan lancar, insyaAllah hujung tahun boleh capai 1000 pageview/day.

Tu target aku untuk blog baru tu..

Setakat ni biarlah aku rahsiakan dulu nama blog tu hehe..

Bukan nak kedekut..tapi segan nak kongsi benda yang tak pasti hehe..

Ok.

Rasanya tu je dulu apa yang aku nak kongsikan tentang pendapatan blog aku pada kali ni.

Jumpe lagi nanti ye. Bye 😊😊

7 ulasan:

  1. banyak juga tu... alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..banyak lagi perlu ditambahbaik :-)

      Padam
  2. Tahniah.. banyak Tu hasil Dari pendapat blog je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger lain mungkin lebih banyak cume tak beritahu je :-) Pape pun Alhamdulillah :-)

      Padam
  3. Wah dapat banyak bro, tahniah,

    pasal adsense tu saya setuju, ada naik turun, sbb tu lah saya pun 2 bulan ni dah start untuk jana duit dengan youtube plak, pelbagaikan sumber, sebab saya sendiri nampak turun naik income blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro punye blog jauh lebih banyak tu :-)

      papepun same2 la kita berusaha yang terbaik untuk blog kite :-)

      Padam
  4. Alhamdulillah rezeki semoga semuanya berjaya.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.